Sunday, February 10, 2013

ca ya ci nun alif na = cina

tahun ini tahun ULAQ!! orang cinalahh kata. aku bukan percaya sangat pun. ulaq ka biawak ka apa ka.

bagi aku setiap kelahiran di muka bumi ini memang telah tertulis dan ditetapkan sejak azali. Tuhan telah menetapkan sendiri siapa jodoh mereka, apakah rezeki mereka, bagaimanakah nasib mereka, bilakah ajal mereka dan lain2 lagi.

dan aku teringat artikel yang aku baca berbunyi seperti ini.

barang sesiapa yang mahu mengubah nasib diri mereka sendiri maka mereka sendirilah yang harus mengubahnya dengan cara berusaha dan yang paling penting adalah doa dan tawakal pada Maha Esa.

jadi tak kisahlah kau lahir tahun apa pun. yang penting kau jadi orang baik2 sudahlah,kn?


sapa lahir tahun ulaq? angkat tangan cepat :p

haishhh,nak jugak tanya tu. HAHA


okeh, kawan2 yang di hormati. mari dekat pakai mai la tengok nih. ini dia kawan aku. aku panggil dia cina dah hampir 5tahun setengah aku kenal cina nih. tahun nih baru nak buat OFFICIAL punya wish after lima tahun berkenalan.

teo siok yin
selamat hari raya cina, CINA! : D



p/s : in shaa Allah kalu umuq hang panjang. hidayah hang sampai. status agama hang pun bertukaq. yeayyyy! time tu aku tak panggil hang cina dah. aku panggil mualap plak. hihi

mai doa2 ramai moga2 bertambah satu lagi umat islam :)

Saturday, February 9, 2013

angka

nampak tak angka apa tu?

in sha Allah semuanya akan berjalan seperti yang dirancang. lain2 persiapan macam berjalan seperti biasa. aku sahaja yang hangat2 tahi itik. bajet D.I.Y bagai alih2 R.M.A (ready made already) teruk2. memandangkan status yang digalas terlalu banyak. kebanyakkannya masa tidak mencukupi. kadang2 rasa macam menyesal pun ada. tapi aku ingat pesan abah "benda baik takkan kita nak tolak".

rezeki itu pasti, Allah s.w.t akan tolong. percayalah :)

untuk pengetahuan setakat ini sekolah praktikum di Sk Semenyih 2 berjalan lancar seperti biasa. cuma kali ini aku lebih banyak belajar. aihh,maklumlah pensyarah yang menilai salah satu panel penggubal kurikulum sektor Pendidikan Khas. memang mencabar. yang penting info yang diberikan bagus dan kita boleh aplikasikan sampai aku kerja kelak.
 
oklah. all da best uolllllssss :)