aku makin takut hilang kalian. aku benar sayang kalian. aku takut. masa ini terlalu suntuk buat aku. aku terlalu takut untuk menyatakannya. tapi aku mahu kalian tahu aku sayang kalian. kita sudah macam adik beradik.
*auta jalah*
tapi benar. aku terlalu takut. aku mahu kalian bersama aku. sama kita jalan seiring. pegang tangan bersama. berjalan menyata cinta. memaki hamun. bercanda tawa. sedih bersama. tangis sama. tanggung beban bersama. gaduh bersama.
tapi entahlah. tapi tu buat kita makin rapat. sehingga ada manusia yang selalu menghina dan mengeji kita tu lari keluar kerana kerjasama keji kita. hurm,tapi aku tidak kisah. sebab kalian ada sama aku. entah. walaupun keji tabiat itu. tapi aku suka.
*aku buat muka jijik*
kalian. kalau masa itu masih ada. aku mahu ulang cerita kita. biar berputar ligat dalam benak kepala. biar aku simpan kenangan kita mengembara bersama. walaupun hampir setengah tahun. tapi aku rasa masa itu suntuk sangat buat aku.
sungguh. aku sayang kalian. harap ukhwah kita hingga hujung nyawa. sebelum itu,biarlah sisa baki masa ini aku hirup. aku mahu menikmati masa ini. masa ini bersama kalian.
*tunduk*
p/s : i love you!!!
cheras
8malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment