Sunday, February 28, 2010

=)

rindu..

labels ; bahagia

hari bodoh yang panjang.

pergh. tajuk entri tak boleh nak blah. tapi aku rasa memang bodoh pun. kawan-kawan aku juga setuju. plan hari sabtu. mahu keluar ramai2. bukan ramai sangat pun. 4 orang saja.

mari dekat. aku kenalkan dengan suspek utama.

suspek utama : nur diana md. yusof

suspek kedua : faez alwi

suspek ketiga : mustaqim khairuddin
suspek keempat : nur aqilah rosli sebagai aku yang jelita.

*tak ley blah tambah2*

seterusnya,keempat-empat suspek ini bergeraklah mengikut plan yang telah dirancang. gagah dan bergayanya semasa bertolak dari rumah. suspek ketiga akan tunggu di lrt cheras. manakala suspek kedua akan naik dari lrt salak selatan. suspek keempat dan pertama menunggu teksi dari rumah untuk ke lrt cheras.

part bila mana kebodohan bermula :
aku ( selaku suspek keempat ) dan suspek kedua menunggu teksi. pergh,lama gila. padahal nak pergi lrt ja. touching gila tunggu lama. cadangnya mahu pergi jom heboh. tapi tak bawak kamera. memang bodoh gila. teksi plak lembab. suspek ketiga dok berleter tunggu lama kat lrt.

kemudian sampai di lrt. naik la dengan gaya artis yang baru nak tempa nama. sampai di salak selatan. ingat boleh umpa dengan faiz (suspek kedua) tapi ternyata hampa. dia terlepas tren. dia tersalah naik.bodoh2. dah lama tak naik gamaknya. hihi^^

tunggulah di bukit jalil. tiket pergi dan balik pun dah beli. kununnya ikut apa yang tertulis kat signboard lrt tu la. sampai kat sana. hahahaha,panas gila. dah la kamera pun tak dak nak pose maut pun tak boleh. bila nampak orang tengah shoot masuk tibi ja. aku ajak lain2 buat muka paling cumil sambil tangan angkat peace. pehtu pergi dekat kamera tu. hahaha.

*siyes cumil*

bila tengahari. panas gila. free2 jadi hitam. kitaorang pun decide balik. tapi susupek ketiga mahu tengok niyang rapik. alah,aku dah tengok masalahnya. tak apalah. ikut jugak. aku boleh tengok cita lain nanti. masalahnya tiket pergi balik dah beli. nanti masing2 kena balik platform masing2. faiz turun salak selatan. yang kami bertiga kat cheras.

aku buat cadangan : turun saja hang tuah. slumbersudah. depa plak marah aku kata tak baik menipu segala.

*poyo gila*

pastu. faiz turun tren kat salak selatan. keluar2. masuk balik beli tiket baru. kitaorang pun sama. tapi kitaorang kat turun kat cheras. sambil gelak2 dengan kebodohan sendiri.

tiba2..

ada pakcik polis tegur : kenapa buat macamtu? nak pergi mana? napa tak habaq ja kat kat kaunter nak turun tempat lain tadi. ley ja tambah duit. ish2. taknak tanya kenapa? takut pakcik gari ka?

aku, mus diana : gelak gila bangang. kata diri sendiri bodoh2. tapi memang bodoh pun.

turun tren. faiz tentulah naik dulu. kemudian jumpa kitaorang. yang nak dijadikan situasi ini bodoh. bila tren sampai. kitaorang cari faiz. sudah di pesan kat faiz,duduk kat kat gerabak tengah. tapi dia duduk kat gerabak belakang sekali. pastu boleh plak dia buat muka cumil terjejol kat kepala kat luar panggil kitaorang.

aku nampak dia. dengan akal dikepalaotak yang tak berapa nak balance. mus dahului aku. kejar faiz. aku pun berlari dengan cumil ala2 hidustan. tapi aku tak sempat. masuk gerabak lain. fuh,anseb baik sempat masuk. ini gara2 ghairah sangat nak kejar faiz. hahahaha,bodoh gila rasa waktu itu. diana yang kat belakang aku pun kata aku. pelik dengan aku. boleh plak lari2.

bila sampai next stesen tu, aku ajak diana turun pergi kat faiz dengan mus. kat gerabak sebelah. siyes. bodoh gila rasa. depa gelakkan aku. sebab aku berlari2 tadi.

*argh,malu dengan diri sendiri*

sampai di hang tuah. masing2 gelak. nak tengok niyang rapik. aku tengok cita lain. waktu dok beratur panjang. diana nak baliklah plak. aku tak kisah. go with the flow ja. sampai di kaunter. aku pilih la nak tengok cita book of eli. pilih seat dok sorang ja. dah diaorang naktengok niyang rapik. bila tiem diaorang beli tiket. penuh plak. ada pun,masing2 dok jauh2. tak jadilah diaorang tengok.

depa pun pilihlah tengok muvi the bookof eli. malangnya. aku terpisah ngan depa. touching. macam janda gila tengok muvi sorang2. tak kisahlah. dengan masing2 jinjing beg ribena,maggi ngan potato.

*beg2 beli kat jom heboh tadi*

memang bergaya gilalah. tak tau nak pusing mana. duduk lepak kat tingkat 5. duuduk plak atas lantai. makan potato chips. dah abis potato chips. makan kerepek pisang. bak kata kawan2 aku,nak tampak lebih bergaya dan berharta. mereka pun masukkan kerepek pisang ke dalam bekas keropok potato chips tadi.

memang bengong gila waktu tu. masing2 dah tak betul. berkelah punya lama. sambil mengimbas kejadian bodoh tadi2 dan tadi. bila masuk ja wayang. dah tentu2lah aku dok sorang. siyes bergaya dan jelita. perasan nak mati. tak kisahlah tu.

tengah dok tengok muvi. jalan cita dia pulak lembab. cita pasal bibble la plak. ades,busan2. aku dah la boring dok sorang. yang couple depan aku nih plak boleh lak sendeng2 pala. tekanan aku. nak gelak pun tak boleh. adeh. bila dah habis. aku rasa bodoh. dahla panggung penuh. melarat2 bodohnya.

waktu nak balik. masing2 buat refleksi.

mus : dari pagi aku rasa bodoh. ramai gak orang2 bodoh tadi eh? kena tipu ngan cerita tuh.
diana : apa aku nak tulis tajuk kat entri aku hari ini eh?
faiz : tak mau balik lagi. nak sambung kerja bodoh g jusco maluri pastu patah balik g masjid jamek.
aku : bodoh.

p/s : memang bodoh hari itu. aku pun tak tau nak describe cana. malam kena ceramah dengan insan itu. ^^

Monday, February 22, 2010

suara baru aku.

agak lama. aku perlu ruang untuk betul2 aku terima keluarga baru aku. pada mulanya,aku tidak boleh terima. bahawa aku sudah kehilangan budak 20 itu. tapi kali ini. aku bangkit. walaupun goyah pada mulanya. sekarang,sudah berubah. persepsi aku pada keluarga baru aku. kali ini bukan lagi budak 20. tapi 18. sungguh.

tapi.
rindu itu masih ada,tahu?
pada budak 20 itu.

keluarga baru aku. sudah mula faham aku. karenah aku. ngongoian aku. berleter aku. marah aku. gelak aku. diam aku. semuanya aku. walaupun tidak semua warna aku serlahkan lagi. tapi aku pasti. mereka terima aku apa adanya. tapi tiada lagi bunyi2 panggilan kak di corong telinga aku. huh?

*rindu*

wajah keluarga baru aku. rupanya kami ini sebulu. perangai merapu. cakap tak tentu. tapi kami bersatu. sejarah baru. suara baru. semuanya baru. nak bermula. kisah baru keluarga 18.


blocking lah rahimi.

wajah serebeh keluarga aku.

bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Tuhan, buat aku jatuh cinta semula. dengan kawan-kawan baru aku. keluarga baru aku. tapi yang lama masih ada dalam hati. siapa boleh lupa orang lama kan?

mohon Tuhan.
kuatkan aku.
sama keluarga baru aku.

biar serebeh sama.
biar comot sama.
biar gelak sama.
biar sedih sama.
biar kuat sama.
biar jatuh sama.

sebab kami akan duduk lama
untuk tempoh lama.

maksih Tuhan. adakan mereka pula untuk aku.
:)

Friday, February 19, 2010

ahad.

kalau sempat.
mahu kamu ada.










lama tahu tunggu kamu?




labels; mimpi

Monday, February 8, 2010

pelik





sejak2 akhir ini : aku suka sangat orang menyoal aku

kamu sihat hari ini?

suka sangat.
(=

kalau semua masalah semudah abc dan 123.
hidup tentu tiada warna kan?
tiada pasang surut suka dan duka kan?


labels ; mood aku tenang. makasih Tuhan.

Saturday, February 6, 2010

menjawab segala tohmahan dan anugerah khas gadis2 sempilai.

aku di sini sebagai wakil gadis di sempilai. ingin membalas balik hujahan di ruangan :
1.http://munirahmohamad.blogspot.com
2.http://piggyxris.blogspot.com

hahaha,mengena aku dalam diam adalah suatu perkara yang tidak dapat aku maafkan. owh tidak. aku akan membidas part2 yang mana betul dan yang mana salah. sesungguhnya kita tidak boleh menegakkan benang yang basah. tapi kalau benang dah basah, jemur ja bagi bennag tu kering. puas hati. kalau setuju. sila.

*angguk*

jika tidak

*tampar pipi kawan sebelah*

ok. dah buat? bagus.

seterusnya.

aku akan menjawab hujahan dari pihak munirah mohamad pembangkang kuat pihak gadis cantik seperti aku.

*senyum*

kematangan membawa kita secara rasionalnya kepada pembangunan lahiriah dan rohaniah berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan.- aku anak angkat dr.tan. itu kenyataan.

penyakit malas sememangnya ada pada tiap manusia. cuma bagaimana kita mencorakkan kemalasan kita itu kepada positif atau negatif.

menjawab kepada aku mals mandi> hahaha,bengong! aku jimat air. kau tengok bil bulan januari. sikit kan? kita kena sekat belanjawan kita.

menjawab kepada kemalasan diana memasak > aku rasa dia tak nak bazir gas. dia suruh kau masak untuk sepet ja. hahaha,tak betul tu diana?

menjawab kepada kenyataan aku membenci dota > hahaha,betul! aku tak suka dota.dia telah menyebabkan aku jadi seperti diana. bagai melukut di tepi gantang.^^

*angguk setuju*

menjawab kepada kenyataan yang lain >no komen. kerana aku di dalam bilik tidak tahu apa jadi kepada penduduk di hadapan yang terbiar terseksa. harap maaf. aku gelak gila syaiton dah.

aku akan menjawab hujahan dari pihak perempuan cina iaitu pembangkang juga tapi pihak yang berhaluan2.

menjawab kepada kenyataan qilah gadis gila bear? huh,tidak boleh di terima. bear2 tu hanya sebagai anak2 yang akan dijadikan sandaran bila bonda ayahanda mereka bercerai. aku tak main bear2. pergh,jatuh kemachoaan aku cina oit~

kenyataan aku malas basuh baju >aku basuh baju hanya pada hujung minggu. kerana aku tidak gunakan perkhidmatan basuh baju secara percuma di rumah tumpangan. hahaha,cina tak baik tau menyusahkan mak mertua. hahaha,lebiu~ aku juga tidak sibuk bila dihujung minggu. untuk mengelakkan kebosanan di rumah bila berseorangan. aku akan gunakan kain2 baju sebagai pengikat kasih aku dikala sunyi.

memberi hujahan mengenai kemasan rumah. aku ingin memberi penyataan. aku juga kemas rumah. ahaha,siapayang tak pernah memegang penyapu dan mop,huh? hahaha,sendiri mau tanya. andai penyapu itu boleh berkata2.kiki,kelakarlah. nama cina, dina ngan munie chantek tak dak dalam senarai.

hahahha,seterusnya.

anugerah khas untuk semua gadis sempilai. setahun duduk. macam2 berlaku. pahit maung. susah senang bersama. apa2 pun kalian masih kawan aku.

walaupun pelbagai anugerah boleh aku berikan kepada tiap seorang. hahahaha,tapi tak elok lak rasanaya.
hahaha,ni semua munie chantek punya pasal. kerana ketidaktahanan dalam memperjuangkan hak2 penduduk hadapan daripada halangan2 yang mendatang.

p/s: idea kau tu aku sokonglah munie chantek.. hahahaha^^

Friday, February 5, 2010

bila mana semua manusia tidak mahu melayan aku.

mencabar betul tahun baru ini bagi aku. bulan kedua telah mula menjengah hidup aku. semua gadis2 keluar bila di hujung minggu. aku pulak membosankan diri kat rumah. argh,semua orang sibuk. hinggakan terlalu bosan. aku perdendangkan lagu raya untuk diri sendiri.

oOOOoo~balik kampung..
oOooooo~ balik kampung!

siriyes huduh gila. terfikir juga mahu buat apa supaya tiap saat dalam hidup aku tidak terbuang begitu sahaja. ada beberapa senarai yang boleh digunakan,aku rasalah.depa dok ligat dalam kepala aku. menari2 poco2. antara idea yang difikirkan oleh aku :

1. mencari kerja part time
tapi sebagai pelajar. cara membahagikan masa itu sangat penting. tambahan pula aku ini sibuk. kalah perdana menteri. mahu jaga tubuh badan lagi. mahu jaga anak2 patung. mahu jaga rumah. mahu jaga kulit. sibuk memasak lagi. sibuk tido yang utama. kerana sebagai pelajar aku haruslah mendapatkan tido yang cukup. betulkan?

2. menjadi baby sitter
tapi tak dak pula anak orang aku nak jaga. setakat anak2 patung kat rumah ni adalah. takkan kot aku hendak belai2, bagi makan anak2 patung budak2 rumah aku tu. gila namanya. nanti budak2 rumah kata aku meroyan hilang anak pulak.

3. bukak pusat tuisyen sendiri kat rumah sewa.
aku masalahnya. aku tak reti. nanti apa2 jadi kena tanggungjawab. lagi pun apa aku ley ajar? setakat abc 123 one two tree ok la. masuk plak sejarah nanti.aku yang tido dulu kot. idea nih tak patut. dah la area rumah aku ni kawasan cina. tak pasal aku ajar alif baa taa nanti.
hahaha,padan.

4. buka kedai fotostat sendiri
sementara bajet masih ada. aku boleh gunkan ruang ini untuk menyibukkan diri dengan main dengan printer kat rumah dan bergelumang dengan ink2 hitam. tentu cumel muka aku waktu tu kan?
percayalah~^^

5.pergi ke kelas menjahit.
siapa punya idea bengonglah nih. dah la pergi kelas jahit kena bayar. dan aku pulak tak suka bab2 bayar. remeh plak tu. tunggu aku dewasa sikit untuk aku belajar2 semua nih. sekarang aku tak nak ada komitmen dengan kain2.

6. berkahwin
ini aku suka. haha,tapi calon plak tiada. aduh,kalau ada pun. sure tak cukup duit. haha,aku rasa idea ni paling bernas kot. bila dah kahwin. suami aku mesti datang jumpa aku. hahaha,sambil selam minum air. jadi hujung minggu aku pasti tak bosan. tak duduk sorang kat rumah dah. duit pun tak banyak habis. sebab aku ditanggung halal.

kalau ikutkan kesemua idea yang di beri memerlukan peruntukan yang tinggi. hurm,bingung2. bosan. apa aku merepek pun aku tak tahu. sia2. jika ada cadangan bernas sila kemukakan. terima kasih.

Tuesday, February 2, 2010

entri tiada title..








"selayaknya aku atau kamu yang tidak layak untuk bergelar anak kepada si polan?"








*senyum*

pahit.

Tuhan.
Kau ada untuk kami kan?
mohon bantu ibu abah sudah cukup.
tidak mahu lebih.
hanya.
tidak mahu sedikit pun cela
pada hati merah mereka lagi.


labels ; kamu bodoh la abg. tapi kita tetap adik beradik juga kan?