Monday, June 29, 2009

dunia boikot sama aku

datang dekat pls
aku mohon.
hari ini sedih aku.
dunia merajuk sama aku.


sebenarnya
aku sendiri yang mahu.
iya! mahu merajuk dengan dunia.



ini kerana..

mereka..











tidak mahu bicara sama aku.
tidak mahu senyum untuk aku.


p/s: biarlah kat dunia berlalu. esok masih ada kan? harap2..

Thursday, June 25, 2009

tatkala melihat orang lain..

cemburu bertandang bila malam larut datang. tatkala melihat orang lain senyum. cemburukah aku? argh,persetankan rasa itu! hari esok akan menjengah. tapi aku? masih disini. tatkala orang semua lena diulit mimpi indah. aku pula? sibuk melayani hati gundah. biarlah itu berlalu~ andai itu takdir-Nya..

dia yang pernah bertakhta di hati..

bicara hati merah itu
kata rindu pada kamu
tatkala gerimis mengundang
mengusik jiwanya yang bergalang.

bicara hati merah itu lagi
apa khabarnya kamu disana?
sudah makankah?
cukup pakaikah?

kata hati merah itu.
dia mahu menjerit nama kamu.
panggil kamu pulang.
kerana bau kamu semakin hilang.

bisik hati merah yang kecil itu.
dia doa kamu.
pesannya jangan pernah lupa dia.
kerna dia juga pernah bertakhta di hati.


p/s : aku masih mampu tersenyum. hari esok tunggu aku ya?


Wednesday, June 24, 2009

siapa sanggup?

aku punya masalah. kalau kalian punya masalah sama seperti aku. kalian juga tentu fikir sama seperti aku kan? tapi tidak mungkin dengan idea sebongek aku! huhu. masalah aku. perlu penyelesaiannya.

*fikir ligat*

masalah dengan dapur dekat rumah sewa aku tu. huhu,memang la cukup. tapi ada yang kurang. huhu,dapur tu nadi sebuah rumah tau! ingat tu. kau tahu apa idea yang aku fikir. untuk selesaikan masalah ni.

idea tercetus dalam bilik air. waktu tu tengah gosok gigi. hahaha,banyak sangat fikir. kalau idea aku berhasil. sudah tentunya kawan2 serumah dengan aku tak perlu fikir2 lagi. dengan idea aku ni. ongkos juga dapat dijimatkan. kalian mahu tahu apa? dengar sini idea gila aku.


idea pertama :
aku kena kawin secepat mungkin.

idea kedua :
suruh teman rapat kawin dengan pasangan dia segera gila! sebab aku tak sedia lagi!

huhu,kalau idea ni menjadi. masalah aku selesai. nak tahu kenapa idea ni tercetus? kalau kawin kan hadiah dapat banyak gila. jadi jimat la sikit. kalian tentu perasan kan? hadiah orang kawin dapat sure ada barang dapur sikit. hahaha,hadiah tu boleh memenuhi ruang dapur sewa aku.

bijak tak? hadiah macam blander, set pinggan mangkuk, set minum petang, set minuman, periuk2, dapur2, tentu dapat waktu kawin kan? jadi. tak payah la susah2 nak beli.

huhu,kalau tak sanggup suruh teman rapat kawin. t boleh sapu hadiah kawin dia. keke,buat muka tak malu. kalaulah ada 10 orang macam aku. sudah tentu institusi perkahwinan kat malaysia ni runtuh. kes cerai sure meningkat! huhu.

*sengih*


aku ada war2kan hal ni pada teman aku. aku sarankan dia kawin. ikut idea gila aku. sian dia. sampai terbawak mimpi. huhu,fikir sangatlah kot apa aku bagitahu. tapi kalau jadi pun kira untung apa? hahaha.

jadi. tawaran kawin akan dibuka segera. masuk meminang aku. kerja gila betul! hahaha,kalau betul2 ada aku pun tak tahu nak buat apa. nantilah fikir idea gila lain. ini hanyalah imiginasi aku. tapi kalau benar terjadi tak salahkan. tentu bahagia gila rumahtangga. rumahtangga yang di bina atas dasar dapur sewa.^^

*gelak gatal*


AMARAN KERAS : kepada gadis2 diluar sana. jangan tiru idea gila ini. ini hanyalah imiginasi aku yang ingin menyelesaikan maslah dengan segera.

Tuesday, June 23, 2009

laras bahasa yang gila~

hari ini aku mahu khabarkan yang indah. hari ini hari pertama masuk semester baru. hari pertama pergi ke kelas dari rumah sewa. hari pertama datang dengan keadaan yang tercungap2. nak tahu sebabnya? haha.. aku telah membawa lebihan dagu dari cuti yang lepas.^^

*bayang*

hari pertama dah kena run padang! argh,aku tak naklah. aku bela lebihan dagu ni selama tiga minggu sehingga takut untuk membuangnya. dugaan betul. budak yng lain pun sama perasaan seperti aku. sayang pada dagu2 yang sedang melabuh!

*tahan gelak*

sebelum ke padang. macam biasalah. pejumpaan ahli2 rukun tetangga. haha,yang perempuan bukan mainnya menutup dagu dengan kemas disebalik pin tudung. ^^ masing2 ketara gila perubahan dengan perubahan dagu yang tergantung goyang di bawah muka.

tapi..
lelaki kelas aku memang tak boleh nak tutuplah dagu tu! bukan bertudung pun. kan?

*gelak terus*

hari pertama : bersama pensyarah baru.

aku tak tahu nak kata apa. kelas yang selalu dengar riuh2 rendah ketika pj. diam. tersekat. mulut mereka terkunci. katup. rapat. pensyarah kali ini bagus! tapi...

terbatas sikit.

*aku tak leh nak gelak setan*

laras bahasa yang terpacul dari mulut ketika seisi mengajar. kesilapan yang dilakukan oleh aku sendiri rasanya. itu aku nak tergelak tu. haha,senyum ja bila dengar. nasib baik tegur secara berhemah. tak la terasa sangat. ^^ ditegurnya secara public!

*kelat tapi senyum juga*

mari belajar laras bahasa baru. kiranya aku belajar dari dia jugak la. ataupun dia sendiri belajar dari aku. mulut boleh tahan puaka juga aku ni. ( pinjam bahasa si jelita yang kacak ). sebab mulut kitaorang boleh tahan puaka juga. kalian jangan tiru aksi ni tau!

kata lelaki yang mengajar tu begini :

" jangan ikut kepala hotak awak! ikut apa yang kita train tadi. faham? " dia guna nada marah kat padang.

*dapat bayang tak?*^^

hari pertama : pensyarah yang lama.

hurm,mungkin ini dianggap serius bagi sesetengah pihak yang mementingkan kesantunan bahasa. haha,memanglah bahasa melayu kita penuh adab. tapi kadang2 cara kita membawa pembawakkan bahasa itu berbeza. cara orang lain caranya kan?

kan manusia diciptakan tidak serupa. kalau sama ja. dikatakan stereotaip pula. secara literalnya kita diciptakan berbeza. barulah ceria sikit. cuba fikir. jika kalian sama macam aku. dan aku pula macam kalian. bosannya hidup. buat dunia yang secara zahirnya luas ini tampak kecil. sempit. setuju tak?

mari! laras kedua : berahi.

*apa kalian fikir tu ya?* ^^

berahi membawa maksud tersangat suka. terlalu suka. perkataan ini sering digunakan oleh orang kelantan. dialek kata pensyarah aku tu. kalau di daerah lain tak tahu la apa maknanya plak.

*tutup mulut tahan gelak*

kalian. cukup setakat ini ya kita belajar. sebenarnya banyak lagi mahu aku kongsi! tapi nanti ya? tunggu~. tapi aku harap sangat hari ini. esok. lusa. tulat. tonggeng. terbalik. hari yang indah untuk aku. family aku. kawan2 aku. tak lupa juga untuk kalian.



Monday, June 22, 2009

terbang menggapai awan walaupun tanpa pipit~

hari ini. hari pesta. kembara cinta yang tidak kesampaian. tapi tidak mengapa. aku pergi bersama rakan2 baikku. ayuh!~ tapi entri ini panjang ya?^^

harap jangan jemu ya? masa naik jip ambil masa setengah jam. tambah paling murah dekat Malaysia ni. mari sini. dekat sikit. aku mahu bercerita. sekarang kita mulakan trip aku bersama kalian di bukit larut taiping perak.

mari. aku kenalkan. ini jip yang aku naik ngan kawan2 aku.


ini pula trek yang bakal kitaorang redah. ada 96 kona laps. untuk sampai puncak! ^^


ini kawan aku. amal. hahaha,sapa paling gemuk huh? dia atau aku? ^^


ini pak cik yang bawak ney. kelakar gila.

sewaktu dalam jip ini kan. pak cik ni boleh tahan la ramahnya. besa la. orang perak tak dak sombong tau!^^
dia siap buat lawak lagi. dia ramah nak mati. aku suka. sekurang2nya tak la bosan aku duduk kat belakang ni.

dia bilang sama kami. ada 96 selekoh maut kat sini. dia ada cerita pasal micheal shumacher. kalian tentu kenal pelumba kereta tu kan? hurm. pak cik tu suruh aku ngan lain berfikir. yang micheal tu bapa lekoh ja waktu berlumba dah terkenal kat satu dunia. yang dia ni 96 kali 3 trip sehari kat bukit ni. tak dak sapa nak pandang!^^

*aku tahan gelak waktu tu*

dia buat aku gelak la. boleh tahan la. kalian ingat tau! tak rugi sikit pun kalau buat baik dengan orang lama. mereka ni banyak pengalaman hidup sangat. banyak cerita balik dalam kisah mereka. tak rugi skit pun kalau layan dengar.

dia ada suh fikir lagi. antara bukit dengan gunung mana lagi tinggi kat semenanjung malaysia ni? hurm,cubalah fikir ya? macam2 lagi aku dengar. sambil diselang2 dengan gelak setan. tak kering gusi aku.


tengoklah kawan aku ney. gelak punya pasal sampai tak ingat dunia. aku snap pun tak nampak!^^



kami bertiga masih dalam jip. aku, amal dan syafiq!


bila sampai. ni la kerja aku. melompat lebih tinggi!


bersama syafiq. bajet gila!

mari sini. aku tunjuk apa yang boleh nampak dari puncak.

ades. tak terang plak. jerebu la kalian. jam kul 11.45 dah. tapi still blur. maaf ya?


jom. kita round. ayuh!


kena jalan la. pusing2 around.^^


mari! jom..


syafiq tengah tengok gelagat dua gadis sunyi di bawah. tu lah gelaran yang di gelarkan kepada aku dan amal.. ^^ bongek gila!


...1....


...2...

...3...


ney kat taman kat atas tu. buai yang rosak tu kerja amal! hahaha


hayun2. aku nak kawen dengan puteri bukit larut!


adesh.. wat apa ni?


amal! meh la hayun jap.. lalala,aku nak kawen dengan duda~


tak pernah jumpak buai. sian!


jom. kita naik ke penara plak. mari ikut amal..


usha dunia. SubahanAllah.


pandangan dari atas.


ni pun sama.


subahanAllah.


sambung bergambar kat penara.


pas penara kena lalu titi gantung goyang.


aku gayat waktu ni. takut sangat. entah macam mana aku leh takut. tak takut tinggilah. cuma kawan2 aku ni dok lompat2 kenakan aku. isk,malang betul. jaat gila.


tengokla bajet gila. kunun tak takut.


aku tak takut dah bila nak kat ujung.. hahaha,dunia oh dunia..


puas!^^


rehat2. penat.


nak p mana plak pas ney ya?


jom. amik gambar. buat muka penat sikit.. hahaha,tak jadi lah. syafiq napa tu?


tudia.. amik budak berdua ni kalau berkenan. solo lagi.


tiga rakan sunyi. kekeke^^


pls,dun take pls!


now,can la~


next..


chanteknya. tapi sebab awan ka budak bawah ni bercinta?


adoi. jatuh cinta plak budak berdua ni..^^

jip akan samapi pukul 12. naik dari kul 10 tadi. pihak bukit larut bagi masa dua jam sahaja untuk meninjau kawasan. sekarang dah kul 12. time to balik okay~

jip oh jip~


kuat sikit la weh~ lemah!


dah dok dalam jip. mana syafiq ney? aku tinggal gak kat atas bukit ni!


hahahha,nantilah cari. sekarang snap dulu. senyum sikit!


syafiq goyang dalam jip. trip to turun bukit. besh!


ada jip lain nak naik pula.

sampai bawah dekat 12 lebih la. enjoy gila. sampai 3 ratus keping gambar kami snap bersama. indahnya dunia~
kalian kalau nak datang sini. hubungi aku ya. aku ada untuk kalian. entri ni samapi di sini ja. panjang betul la~

Sunday, June 21, 2009

pagi malam kecewa ditambah dengan perasaan benci berbaur marah dan geram yang menggunung!

hari ini. hari marah. benci. campur dendam. geram. sudahlah kepala aku dipenuhi asap yang berkepul2. jangan cari masalah lah.

geram terhadap segelitir manusia itu. apa manusia itu fikir ya? tidakkah dia juga punya hati seperti aku. sama seperti manusia lain.

bilang sahaja jika tidak suka.
bilang sahaja jika rasa malu

bilang sahaja bila tidak perlu
bilang sahaja kau tidak perlu aku!

apa kau fikir?
huh,beritahu sekarang!

apa kau tidak punya hati.
sering sahaja sakitkan hati merah manusia lain.

hurm,pls lah.
jangan rosakkan hati manusia lain sama seperti kau rosakkan hati merah aku!


p/s: aku away~ kau sengajakan buat aku marah. muka cepat kedut tahu tak? kau sengaja nak buat aku cepat tua kan?!

Saturday, June 20, 2009

mari belajar.

hari ini aku akan ajar kalian mengenal huruf tau! mari dekat sikit.

.... a
...b
.....c
...d
e
.....f
...g
...h
...i
...j
.....k
...l
..m
n....
o..
p...
q...
r
s....
t..
u
..........v
..w
..x
y
..........................................z!

sudah setakat ini sahaja tau! ingat dalam kepala kalian semua.. ^^

Friday, June 19, 2009

senyum matahari..

hey.
aku tenung kamu lama.

hey.
cuba lihat sini.

*pandang pun*

hey.
aku tenung kamu lagi.

hey.
kali ini pegang kamu erat.

*kukuh*

hey.
biar aku sentuh dan rasai kamu lama.

*apa?*

sirna kamu.
bahang kamu.
semua itu menyapa tiap inci makhluk di sini.

p/s: makasih Tuhan dengan rahmat-Mu..

Thursday, June 18, 2009

mornink chenta!

ayuh!
ikut aku..
jom! senyum untuk dunia hari ini!..^^

Wednesday, June 17, 2009

sepi cerita kelmarin

cerita pada dunia bahawa ada dua benda penting yang perlu dikhabarkan! dengar teliti ya?

pertama :
sepi cerita kelmarin sudah berlalu

kedua :
kini ada cerita baru. cerita baru hari ini akan bertamu..

faham?

*angguk*

untuk sepi cerita kelmarin
biar kamu jadi kenangan untuk kisah hari ini.

untuk kisah hari ini
biar kamu jadi sejarah untuk esok hari.

untuk hari esok
tidak sabar untuk tunggu kamu!

Monday, June 15, 2009

terbang jauh surat cinta.

kali ney entri pasal surat cinta. hahaha,zaman muda2 dulu rajin juga berutus surat. macam2 jenis surat dapat.

surat cinta. surat di ajaknya bertumbuk. surat dari sekolah. surat dari posmen? dah tentulah kan? tidak puas sama akukah? tak mengapa.

hahaha. tapi adegan utus mengutus ni, aku rasa tidak lagi untuk zaman ini kan? kerana. dunia kan maju. sampai lupa cara nak utus surat. kalau dahulu suratlah paling canggihkan? pengikat kasih pasangan belangkas yang hangat bercinta.

sekarang peranan surat telah diambil alih oleh teknologi moden. sebagai contoh, sms, perbualan melalui telefon, chatting di internet.. hahahaha,gila! sapa terasa. buat muka tertelan biji durian tau!^^

surat bagaimana pula? aduh,ditinggalkan pula adabnya. pendek kata. dilupakan terus! macam kacang lupakan kulit. dan macam dia yang lupakanku tu! haha,aku bisa sengih. tapi....

*kelat*

patutlah cinta dahulu kekal kot. institusi perkahwinan tak runtuh. tak jatuh macam cendawan tumbuh kan?cinta dahulu hebat. tidak goyah walaupun taufan melanda. kira kalau tsunami datang tu. goyang2 inul ja! bluweks! suka hati aku la nak kata apa kan? tapi sekarang. mudahnya goyah.

mana tidaknya. kekuatan itu tidak ada. akar yang yang mencengkam tidak cukup kuat dan kukuh. kalau dahulu,surat itu ada sebagai pengukuh ikatan. secara literal nampak sebegitulah. hahaha,iyakan aja kalau tidak setuju pun. tidak salahkan? ^^

tapi sekarang tidak ada kekuatan itu! sebab itulah institusi perkahwinan kian jatuh. dan makin runcing. yang kasihannya kebajikan anak2 terbengkalai. disini. tujuan aku hanya nak berbasa basi dengan kalian. dan bukan juga promote surat cinta untuk memudahkan kalian bercinta.

hahahaha. indah apa dapat surat cinta. aduh! tingat plak kenangan disekolah. masa muda remaja. masa itu tiada lagi garis2 halus ketawa, garis2 halus di mata yang terbentuk secara semulajadinya apabila usia kita menginjak dewasa. tak nak sebut tua. ramai terasa kelak. termasuk aku!

seingat otak aku yang ligat berfikir ini. ingat lagi baik kata pantun yang selalu digunakan :

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap dibalas..

huwaa.... benarkah cinta itu buta? aduh,umur tidak sampai belasan tahun pun. sudah pandai berpantun!^^
tapi adatkan? masih adakah budaya itu lagi? ada rasanya kot. tapi tak ramai bilangannya.

pengalun jiwa yang mengalun irama cinta di surat2 merah hati. mereka melafazkan apa terbuku di dada sebagai pengikat janji! poyosh gila. tapi itulah. adat melayu menulis surat cinta. romantis katanya orang melayu lama.

secara konklusinya. tradisi surat cinta ini masih ada. walaupun sedikit bilangannya. kerana pengalun jiwa itu sangat romantis bicaranya ketika mencoret bait di papar merah hati itu. hahaha,teringin juga pengalun seperti tu la. keke^^

p/s : aku ada terima something! tapi bukan surat cinta tau! tapi... biarlah rahsia. untuk silent reader itu terima kasih ya?

Saturday, June 13, 2009

situasinya macam aku pesalah tegar!



mari sini. mahu cerita. aku hadiri mahkamah di taiping. pernah dengarkah nama tempat ni? hahaha.tak pernah tidak mengapa. mari sini. dekat sikit mahu cerita. sebelum tu angkat lengan. angkat kaki. hahaha,saja ja. kalau ikut bagus. pendengar arahan yang baik.

hadiri tempat ini. atas kisah 2 tahun yang lalu. aku kemalangan. hahaha,kalu teringat petang tu. nak tergelak! cam tauhu sumbat rasanya. sakit. tak enak. tak pernah makan tauhu sumbat? tak pa. aku pun tak pernah. soal itu kita cuba lain hari ya?..^^

situasi :
ketaq lutut cam nak mati. gila! aku pun tak tau. nak habaq macam mana dah!

depan pintu masuk. aku main langgar ja. bukan aku pun tu!

sewaktu masuk dalam. macam pesalah ja. duduk dalam kandang pesalah. benar gila! aku kena bersumpah dahulu. up! lagak gaya macam baca ikrar waktu kat perhimpunan. bunyi lebih kurang begini :

saya nur aqilah bt rosli mengaku bahawa segala apa yang di tuturkan oleh saya adalah benar sama sekali dan tidak ada yang benar melainkan yang benar2 belaka!

waktu tu aku sendiri pun tak tau! bunyi macam salah pun ada. tapi lebih kurang macam tulah. kelakar gila. setuju atau tidak? itu yang selalu diajukan pada aku bila mana aku perlu menjawab soalan peguam yang menyoal aku.

dalam situasi ini. aku berfikir. memang la. kalau orang betul pun boleh jatuh salah. soalan peguam tu putar belit. kadang2 aku sendiri tak faham. bapa kali kena ulang. sian sama aku kan? nak kata pekak. ada la sikit. hahaha^^

aduh,sebab tulah orang islam tidak digalakkan jadi peguam. takut salah membela. satu kaki dah masuk neraka tau! pedih.
tapi ini benar. pendek kata. mereka soal aku macam aku pesalahnya. argh,persetankan semua itu!

p/s: itu baru kena soal kat mahkamah. tak tau bagaimana plak cara aku disoal disana kelak. bila mana laungan dan suara itu bertempik menyoal

"siapakah Tuhan kamu?"