Tuesday, June 23, 2009

laras bahasa yang gila~

hari ini aku mahu khabarkan yang indah. hari ini hari pertama masuk semester baru. hari pertama pergi ke kelas dari rumah sewa. hari pertama datang dengan keadaan yang tercungap2. nak tahu sebabnya? haha.. aku telah membawa lebihan dagu dari cuti yang lepas.^^

*bayang*

hari pertama dah kena run padang! argh,aku tak naklah. aku bela lebihan dagu ni selama tiga minggu sehingga takut untuk membuangnya. dugaan betul. budak yng lain pun sama perasaan seperti aku. sayang pada dagu2 yang sedang melabuh!

*tahan gelak*

sebelum ke padang. macam biasalah. pejumpaan ahli2 rukun tetangga. haha,yang perempuan bukan mainnya menutup dagu dengan kemas disebalik pin tudung. ^^ masing2 ketara gila perubahan dengan perubahan dagu yang tergantung goyang di bawah muka.

tapi..
lelaki kelas aku memang tak boleh nak tutuplah dagu tu! bukan bertudung pun. kan?

*gelak terus*

hari pertama : bersama pensyarah baru.

aku tak tahu nak kata apa. kelas yang selalu dengar riuh2 rendah ketika pj. diam. tersekat. mulut mereka terkunci. katup. rapat. pensyarah kali ini bagus! tapi...

terbatas sikit.

*aku tak leh nak gelak setan*

laras bahasa yang terpacul dari mulut ketika seisi mengajar. kesilapan yang dilakukan oleh aku sendiri rasanya. itu aku nak tergelak tu. haha,senyum ja bila dengar. nasib baik tegur secara berhemah. tak la terasa sangat. ^^ ditegurnya secara public!

*kelat tapi senyum juga*

mari belajar laras bahasa baru. kiranya aku belajar dari dia jugak la. ataupun dia sendiri belajar dari aku. mulut boleh tahan puaka juga aku ni. ( pinjam bahasa si jelita yang kacak ). sebab mulut kitaorang boleh tahan puaka juga. kalian jangan tiru aksi ni tau!

kata lelaki yang mengajar tu begini :

" jangan ikut kepala hotak awak! ikut apa yang kita train tadi. faham? " dia guna nada marah kat padang.

*dapat bayang tak?*^^

hari pertama : pensyarah yang lama.

hurm,mungkin ini dianggap serius bagi sesetengah pihak yang mementingkan kesantunan bahasa. haha,memanglah bahasa melayu kita penuh adab. tapi kadang2 cara kita membawa pembawakkan bahasa itu berbeza. cara orang lain caranya kan?

kan manusia diciptakan tidak serupa. kalau sama ja. dikatakan stereotaip pula. secara literalnya kita diciptakan berbeza. barulah ceria sikit. cuba fikir. jika kalian sama macam aku. dan aku pula macam kalian. bosannya hidup. buat dunia yang secara zahirnya luas ini tampak kecil. sempit. setuju tak?

mari! laras kedua : berahi.

*apa kalian fikir tu ya?* ^^

berahi membawa maksud tersangat suka. terlalu suka. perkataan ini sering digunakan oleh orang kelantan. dialek kata pensyarah aku tu. kalau di daerah lain tak tahu la apa maknanya plak.

*tutup mulut tahan gelak*

kalian. cukup setakat ini ya kita belajar. sebenarnya banyak lagi mahu aku kongsi! tapi nanti ya? tunggu~. tapi aku harap sangat hari ini. esok. lusa. tulat. tonggeng. terbalik. hari yang indah untuk aku. family aku. kawan2 aku. tak lupa juga untuk kalian.



No comments:

Post a Comment