Wednesday, September 11, 2013

abah.


kehadapan abah. orang yang paling paling sekali dirindu saat ini.

setiap apa yang ada hari ini adalah kerana abah. didikan abah. bantai balun abah. lawak abah. bersulam kasih sayang ibu yang melengkapi abah.

abah adalah manusia yang paling tak pernah meminta apa2. senyum tenang walaupun penat melayan kami anak beranak. habis kuat pun pergi tido menyepi sendiri. 

walau abah utamanya hanya selepas suami dan keluarga kedua, akak harap abah tahu. abah tetap lelaki nombor satu yang paling akak sayang dan lelaki paling gemokk kat hati ini!!-- walaupun abah kuruihhhh secara fizikalnya.

terima kasih abah. untuk semua :'(

Monday, September 9, 2013

Angka 24

Genap tahun yang ke 24..
Angka yang patut aku syukuri di atas nikmat pemberian Tuhan.

Syukur,
Angka 24 aku masih boleh bernafas lagi di muka bumi. Bukanlah hidup kaya mana, susah pun tidaklah juga. Tapi hidup dikelilingi orang yang tersayang itu adalah lebih bermakna.

Syukur ,
Angka 24 aku masih mempunyai abah dan ibu. Abah adalah orang yang tidak pernah gagal jadi yang pertama tiap2 tahun untuk ucap selamat hari lahir kepada aku. Tidak lupa juga ibu yang tak pernah lokek dengan ceramah dan kasih sayang kepada aku walaupun telah bergelar puan. Dan apa yang aku harapkan semua ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang. Semoga mereka berdua sihat2 selalu.

Syukur,
Angka 24 ini sudah punya buah hati. Buah hati yang tak putih mana tapi cukuplah manis itu ada. Terima kasih sebab jadi buah hati yang ada selalu untuk saya. Jadi teman untuk ketawa, teman berkelahi, teman borak, teman teriak dan juga teman bercinta. Terima kasih juga sebab layan karenah sumbing saya yang tiada henti. Moga awak sentiasa dalam barakah Tuhan. Jangan penat bercinta dengan saya.

Syukur
Angka 24 ini juga bakal menamatkan zaman belajar 5 tahun setengah. Zaman belajar yang dipenuhi dengan sahabat2 dan kawan2 yang hebat pesonanya. Tidak pernah berasa jemu untuk lihat tumbesaran badan ketak2 mereka hingga ke hari ini. Moga Tuhan panjangkan pertalian kasih ini sampai bila2.

In sha Allah
Angka 24 ini akan jadi sejarah paling indah buat rentetan aku sendiri pada masa akan datang. Moga kita menjadi berusaha lebih keras lagi untuk esok untuk hari yang lebih baik dan indah.


kekasih

terima kasih untuk semuanya Tuhan :')

p/s : untuk orang baru yang bakal lahir. Moga awak baik2 sahaja. :)