Thursday, January 28, 2010

refleksi sepetang.

masa berlalu sangat pantas. maaf benar tinggal lama ruangan ini. tidak tahu apa yang ada di benak fikiran aku sendiri. hilang kawalan. dari permulaan awal tahun. segala tampak sukar untuk aku.

*bingung*

salah aku juga. mungkin ada ketikanya aku lupa Dia. Tuhan aku. iman aku goyah di saat aku lemah. memang benar. manusia itu sangat lemah. patutnya aku akui. wanita itu juga lemah. hanya dijadikan daripada tulang rusuk kiri belahan jiwanya.

refleksi. hampir sebulan. aku berkongsi kelas yang boleh dikatakan rumah kedua aku setelah tempat tinggal. argh,betapa tertekannya aku. bila budak2 20 itu sudah tiada bersama aku. aku sendiri perlu bangunkan diri aku. yang mereka itu bukan aku punya lagi.

hurm,aku sendiri perlu bangunkan diri aku. kadang2 terfikir. apa benar aku mampu. hurm,Tuhan. aku sebenarnya tidak cukup kuat untuk ini. bantu aku ya?

*senyum hambar*

aku cuba selindung di sebalik senyum. bahawa aku benar2 suka dengan keadaan baru ini. argh, mahu hidup 4 tahun lagi bersama orang2 baru ini. aku belum cukup sedia lagi. kenapa hanya satu setengah tahun aku di beri peluang cuma?

bayangkanlah.

dahulu kehidupan aku.

amik gambar. cetak semua kenangan. sematkan dalam potrait indah. satu pun aku tidak mampu lupa.

*sungguh*

tapi sekarang.

tiada satu pun orang mahu cetak gambar. sematkan potrait indah bersama aku. bagaimana mampu aku ingat mereka kelak. 4 tahun itu tempoh yang lama tahu?

dahulu kehidupan aku.

tiada satu pun mahu jaga penampilan. maksud aku. tiada pula yang menampal bedak tiap saat. jaga penampilan tiap masa. compact powder sentiasa di tangan. mulut bermerah-merahan.

tapi sekarang.

aku naik rimas. pantang sahaja pensyarah keluar silih berganti. cermin ajaib berada di tangan. mahusumbat2 bedak di seluruh tubuh badan. aku jelik. cantiknya bukan sangat. owh,tidak. sangat menjengkelkan. kerana aku lebih cantik tanpa compact powder di tangan.

dahulu kehidupan aku.

penuh dengan perkongsian. tidak kira masalah atau apa. gelak ketawa bersama. mengutuk dan mengeji bersama. indah tahu? makanan. sangat banyak untuk di kongsi. walaupun sikit tapi rasa puas bila kongsi. sudah macam adik beradik. makan sama2. gaduh sama2.

tapi sekarang.

tidak lagi. berpuak2. tiada kejelekitan lagi. kau hal kau. dan aku hal aku. sangat sedih. dunia ini dengan aku sangat berbeda sekali. aku terlalu sukar untuk mengadaptasi lagi situasi ini.

*sengih*

bila masa kerja. di tolak aku suruh ke depan. menjengkelkan kan? kenapa tidak kau sahaja yang pergi. rugi sahaja compact powder di tangan itu kalu tidak dilihat orang. kenapa aku yang tanpa compact powder ini yang kau tolak ke depan.

haha,aku tahu. aku memang cantikkan?

*angguk*

aku hilang punca semangat sebab aura mereka tidak membangkitkan aku. aku takut aku sendiri lemas dalam kelekaan aku sendiri. aku benar2 buntu. hilang punca. kadang terjenak di dalam kepala. apa benar budak 20 yang lain gembira dengan apa yang mereka punya sekarang.

hurm,sudah tentulah kan. aku sahaja yang terasa kehilangan. benar2 kehilangan. sungguh Tuhan. aku benar2 sayang mereka. rasa bagai hilang separuh jiwa. Tuhan, Kau ada untuk aku kan?

*syukur*

hurm,sudahlah. aku sudah hilang kata. aku sudah bilang. aku masih belum dapat mengadaptasi kehidupan aku lagi. aku lemah. cukup rapuh. harap aku kuat.

labels ; rindu juta2 tahu?

Monday, January 25, 2010

dungu.





sudah 4 tahun menjadi sejarah..

lupakan sahaja.








labels ; kembali menaruh harapan

Sunday, January 24, 2010

kali ini aku perlu kuat.

lama sudah aku tinggal ruang ini.
bukan menjauh hati.
akan tetapi
mahu memujuk kata
untuk mula bicara.

rapuhnya iman aku minggu ini.
terasak2 dengan duniawi.
mungkin salah aku juga.
tersasar bicara.
tersandung bahasa.

Tuhan,
aku kembali khadam buat-Mu
bantu aku Tuhan.

:(



p/s : jikalau masalah semudah abc..

Thursday, January 7, 2010

senses.

bila kenangkan budak2 itu
sedih
sayu
kali ini benar2 pisah.
jauhnya.
bila difikir2kan balik.
mahu sahaja putar balik masa itu
setahun setengah tidak cukup untuk aku.
mungkin benar.
Tuhan aku lebih Maha Mengetahui.
aku cuba berlagak tenang.
dihadapan mereka.
tapi aku tidak cukup kuat untuk itu.
tambahan pula.
manusia yang bertutup litup itu.
benar2 buat aku benci.
menggunakan air mata.
dan itu pula jadi pertaruhan untuk mendapatkan
apa yang di kehendakinya.
mengutarakan alasan yang bisa aku juga gunakan.
aku rasa tidak adil.
aku benar2 tidak adil.
aku tahu.
aku bukan perempuan atau gadis
baik seperti kau
punya wajah kudus
yang tiada celanya.
yang berlitup dari atas hingga ke bawah.
tapi aku juga bukan jahil mengenai
hukum hakam
hubungan baik dengan pencipta
dan
hubungan baik sesama manusia.
kau fikir apa?
semua ini milik kau?
huh?
bosannya hidup jadi kau.
penat pura2.
bila mana kau curi2 lihat aku.
kau tahukan?
aku memang marah dengan sikap kau.
kalau kau tidak tahu atau pura2 tidak tahu.
aku tidak kisah.
aku bertambah syukur pada Tuhan aku.
sebab aku tidak serupa seperti kau.

Wednesday, January 6, 2010

3 hari romantis

bila refleks balik ke belakang.
tenung.
ingat kembali.

lama tahu?

tidak jumpa.
rindu.

tiap saat yang ada
tidak mahu hilang
mahu di pasak2 tiap moment yang ada.
biar dia di situ.
bisa kamu ingat nanti.

moment indah.

waktu itu.
kamu benar2 ada dengan aku.

bila masa 3 hari makin suntuk.
seperti mahu mati.
rasa di siat2
sakit benar.

tiap nafas aku yang hembus
rasa berat.
benci tahu?

labels ; taiping~