Thursday, January 28, 2010

refleksi sepetang.

masa berlalu sangat pantas. maaf benar tinggal lama ruangan ini. tidak tahu apa yang ada di benak fikiran aku sendiri. hilang kawalan. dari permulaan awal tahun. segala tampak sukar untuk aku.

*bingung*

salah aku juga. mungkin ada ketikanya aku lupa Dia. Tuhan aku. iman aku goyah di saat aku lemah. memang benar. manusia itu sangat lemah. patutnya aku akui. wanita itu juga lemah. hanya dijadikan daripada tulang rusuk kiri belahan jiwanya.

refleksi. hampir sebulan. aku berkongsi kelas yang boleh dikatakan rumah kedua aku setelah tempat tinggal. argh,betapa tertekannya aku. bila budak2 20 itu sudah tiada bersama aku. aku sendiri perlu bangunkan diri aku. yang mereka itu bukan aku punya lagi.

hurm,aku sendiri perlu bangunkan diri aku. kadang2 terfikir. apa benar aku mampu. hurm,Tuhan. aku sebenarnya tidak cukup kuat untuk ini. bantu aku ya?

*senyum hambar*

aku cuba selindung di sebalik senyum. bahawa aku benar2 suka dengan keadaan baru ini. argh, mahu hidup 4 tahun lagi bersama orang2 baru ini. aku belum cukup sedia lagi. kenapa hanya satu setengah tahun aku di beri peluang cuma?

bayangkanlah.

dahulu kehidupan aku.

amik gambar. cetak semua kenangan. sematkan dalam potrait indah. satu pun aku tidak mampu lupa.

*sungguh*

tapi sekarang.

tiada satu pun orang mahu cetak gambar. sematkan potrait indah bersama aku. bagaimana mampu aku ingat mereka kelak. 4 tahun itu tempoh yang lama tahu?

dahulu kehidupan aku.

tiada satu pun mahu jaga penampilan. maksud aku. tiada pula yang menampal bedak tiap saat. jaga penampilan tiap masa. compact powder sentiasa di tangan. mulut bermerah-merahan.

tapi sekarang.

aku naik rimas. pantang sahaja pensyarah keluar silih berganti. cermin ajaib berada di tangan. mahusumbat2 bedak di seluruh tubuh badan. aku jelik. cantiknya bukan sangat. owh,tidak. sangat menjengkelkan. kerana aku lebih cantik tanpa compact powder di tangan.

dahulu kehidupan aku.

penuh dengan perkongsian. tidak kira masalah atau apa. gelak ketawa bersama. mengutuk dan mengeji bersama. indah tahu? makanan. sangat banyak untuk di kongsi. walaupun sikit tapi rasa puas bila kongsi. sudah macam adik beradik. makan sama2. gaduh sama2.

tapi sekarang.

tidak lagi. berpuak2. tiada kejelekitan lagi. kau hal kau. dan aku hal aku. sangat sedih. dunia ini dengan aku sangat berbeda sekali. aku terlalu sukar untuk mengadaptasi lagi situasi ini.

*sengih*

bila masa kerja. di tolak aku suruh ke depan. menjengkelkan kan? kenapa tidak kau sahaja yang pergi. rugi sahaja compact powder di tangan itu kalu tidak dilihat orang. kenapa aku yang tanpa compact powder ini yang kau tolak ke depan.

haha,aku tahu. aku memang cantikkan?

*angguk*

aku hilang punca semangat sebab aura mereka tidak membangkitkan aku. aku takut aku sendiri lemas dalam kelekaan aku sendiri. aku benar2 buntu. hilang punca. kadang terjenak di dalam kepala. apa benar budak 20 yang lain gembira dengan apa yang mereka punya sekarang.

hurm,sudah tentulah kan. aku sahaja yang terasa kehilangan. benar2 kehilangan. sungguh Tuhan. aku benar2 sayang mereka. rasa bagai hilang separuh jiwa. Tuhan, Kau ada untuk aku kan?

*syukur*

hurm,sudahlah. aku sudah hilang kata. aku sudah bilang. aku masih belum dapat mengadaptasi kehidupan aku lagi. aku lemah. cukup rapuh. harap aku kuat.

labels ; rindu juta2 tahu?

3 comments:

  1. fuh sapa yang berbedak-bedak tu.cayalah

    ReplyDelete
  2. aku tau sapa...
    aku jg punya rasa yg sama..
    amek gamba bdua,ngn teo sja.
    kdg2 eja nk jg.org laen wt bodo sj!
    bila wt lwk,bodo saja!sah cam org gila!
    xda sapa nk ktawa..kdg2 klo rasa kasian sgt suka la jg! bongek gila..
    mmg kecewa gila,xgumbira pn ada,malah duka di muka..tp sapa yg kisah? mereka kata"ko aku sama ke?kita beza!" hampeh! mmg sakit jiwa!
    ....tp, apa lg mampu aku bicara?? andai itu takdirnya.... -.-

    ReplyDelete
  3. mahu kenal ka sapa bedak2? meh la datang lagaknya kalah mak ayam lentiq.. hahhaha

    ReplyDelete