Tuesday, March 31, 2009

Balada Si Gadis Kecil~

hari tue kelas dengan Pn. Norma. dia perdengarkan puisi untuk kitaorang sekelas. boley tahan la suara dia. sedap didengar. bait lirik yang menyentuh hati kecilku. Pn.cakap itu hasil nukilan Zubir Ali.

puisi yang berkisarkan seorang gadis kecil di bumi Gaza. aku sedikit tersentuh dengan bait kata puisi tersebut yang mengisahkan keperitan dan kepedihan seorang gadis kecil..

Gadis kecil itu telah bertahun
dicengkam derita
di khemah pelarian yang menjanjikan
duka dan cita
Munir, tidak mengenal erti cinta
telah kering mata
menangisi kematian ayah, bonda
dan saudara
Pada suatu senja, langit syatilla menjadi saksi
pembunuhan anak kecil dan wanita
Munir ditembak mapenuh luka
Tapi, ajalnya belum tiba
kerna Tuhan masih mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September itu
telah menjadi bukti
sempurnalah kekejaman
satu bangsa yang sombong dan hina..

kau manusia yang bertopengkan syaitan! kau lebih teruk daripada bintang!
kau sanggup menindas insan yang lemah. konon kau akan menjadi hero dimata dunia..

bagi aku? kau hanyalah manusia yang tidak punya akal dan tidak punya maruah kerana kau sendiri yang memperkotak-katikkan maruah kau sendiri.

kau kejam!
aku mohon Tuhan..
Bantulah mereka yang memerlukan..
AMIN~

Sunday, March 29, 2009

petang yang indah~

aku dok sorang ja.. jariku mengorak untuk menulis lagi..
ntah apa yang aku fikirkan sekarang.. harap petang yang indah ini jangan berlalu lagi~

aku..masih mengikut rentak jemariku untuk mencoret hasil nukilanku.. ntah apa yang aku coretkan.. tiba2 terpandang sekawan burung.. kalaulah aku menjadi burung itu~

aku?
terbang
bebas..
tinggi..
gembira menikmati petang yang indah ini..

matahari beransur terbenam.. warna jingga itu kian malap..kelam..
jangan pergi lagi~
aku ingin mengamatinya, merasainya..
dan menikmatinya..

Tuhan,aku mohon panjangkan umurku..
biar aku menikmati kekuasaan-Mu lagi..

sapa aku?

sapa aku? aku pun tak tau nak cakap macam mana.. tetiba ja nak wat blog sendiri..
huhu..aku pun bukan reti sangat nak menulis.. tapi nak gak menulis.. tak kisah la untuk apa..
dan kepada siapa tulisan aku dicoretkan..

tapi.. aku? tetap aku..

Kalau semalam aku tak bisa kenali siapa aku..
Mungkin esok masanya aku kenali apa itu aku..
Kalau semalam aku terus kecapi apa itu kecewa..
Mungkin esok aku kenali apa itu bahagia..
Kalau semalam aku masih bisa terus teriak mengenal erti cinta..
Mungkin esok aku kecundang kerana mengenal erti cinta itu..
Sampai kapan aku harus membilang waktunya..
Harusnya aku membiarkan detik itu berlalu mengikut rentaknya..
Sampai kapan mahu aku tunggu detik untuk itu yang mendebarkan jiwa..
Nyata aku bingung dengan apa adanya...

tapi..
aku harus juga menempuhinya..
Andai itu takdir-Nya..