Thursday, July 26, 2012

hadiah.

"Perkara paling manis ialah ketika dua orang saling rindu, namun tidak berkomunikasi tetapi  keduanya mendoakan didalam sujud masing2"


Tuhan bantu aku untuk kuat. kadang2 manusia seperti aku diuji turun naiknya iman. kadang-kadang memandang manusia lain yang mungkin imannya kuat atau agamanya lebih baik dari aku seakan-akan sama tingkahnya seperti aku atau kadang-kadang sebaliknya lebih teruk. 

arghh,mungkin saja aku yang cetek soal agama. mungkin manusia macam aku ini tidak mahu memahami mereka atau mereka buat-buat tak faham yang aku melihat mereka untuk dijadikan contoh. tapi mereka gagal menjadi contoh terbaik buat aku.

salah aku juga, penah aku terbaca satu buku (tak pasti tajuk apa). disitu tertulis contoh perempuan terbaik didunia ini adalah siti khadijah khuwailid, siti aisyah r.a. fatimah az-zahra. semua wanita, perempuan-perempuan, gadis-gadis mahu jadi seperti mereka tetapi tidak akan berjaya walaupun mereka ingin menjadi yang demikian rupa.

khilaf aku juga salah pilih idola, huhu.

Tuhan. aku tahun Tuhan. iman aku lagi nipis daripada kulit bawang. tapi aku cuba usaha untuk menjadi wanita solehah suatu hari kelak. insyaAllah aku sedang berusaha ke arah itu. cuma kadang-kadang halangan persekitaran yang membuatkan aku lemas untuk menjadi seperti mereka.

bantu aku Tuhan. bantu aku dan dia. supaya kami berdua kuat untuk saling mendoakan masing2 dalam sujud kami tanpa kami dua tahu apa ibabat kami kepada-Mu, Tuhan. aku tidak mahu kelak ibadat aku akan dipersoalkan. atas alasan apa yang perlu dan harus aku beri pada-Mu waktu tu. aku takut.

Tuhan. mungkin aku khilaf dalam membuat keputusan dan penilaian terhadap mereka-mereka. jika aku salah. Kau tunjuk mana elok dan betulnya. dan jika aku betul. kau perelokkan aku untuk aku terus dan terus mencuba untuk menjadi yang baik. InsyaAllah. dan Tuhan jangan Kau biar aku membuat apa-apa keputusan dalam hidup ini walaupun sesaat, sesungguhn-Nya kau lah sebaik-baik wakil yang aku ada. insyaAllah.

terima kasih Tuhan. hari ini aku belajar sesuatu. permudahkanlah kami ke arah yang lebih baik. :)


Sunday, July 22, 2012

mubarak.


alhamdulillah. sudah masuk hari kedua umat islam menyambut ramadhan. Moga Tuhan memberkati ibadah kita sepanjang bulan ramadhan ni. kalau dulu aku tengok orang sweet2, aku pun nak swet2 jugak. tapi sekarang ini aku nak semua orang sweet2 dengan Tuhan pula. bagi aku bulan ramadhan inilah menggambarkan siapa diri kita yang sebenar. haihhh,maklum ler awak-awak semua, syaitonnn dah kena ikat. jadi kita dengan nafsu kita saja tinggal. kalau buat jahat tu beringat-ingatlah tahu?? haha. fikir balik sama ada kita ini antara syaitonn yang terlepas ker time-time bulan baik ini. :)

ok. sampai sini saja tazkirah pada hari ini. moga bulan ini menjadi bulan kita tampung segala kekurangan pada bulan-bulan yang lalu. insya-Allah.

lots of love
aqilah.rosli

Tuesday, July 17, 2012

jari

tak usahlah kecah dengan pelbagai sindiran dan tuding2 sesama lelaki dan perempuan dalam situasi hantaran tinggi mengikut kertas kualifikasi.

yang pergi ngok ikut statistik siapa suruh?

korang yang nak kawen--
apa sibuk cakap orang?

nak puaskan hati orang satu hari.
sepanjang hidup bertekak hutang laki-bini.
buat apa?

orang mampu-- biar dia mampu.
jangan la marah.
dah dia ada duit nak tanggung semua itu.

yang kita orang biasa2--
jangan la dengki busuk hati.

orang sewa baju pengantin ribu2--
nak juga.
walhal baju sepasang boleh makan sebulan.
tak ke bodoh tu?

harta orang--
biar la dia.

kita ni--
sedar diri.


p/s : mohon perempuan yang kata ini kuat jiwanya kerana junanya sedang sakit kuat. mohon Tuhan bantu dia.

Tuesday, July 10, 2012

ohhhhh gula

eh2.
tak sangka plak saya.













 
awak pun gula jugak!!

p/s : sabar tahu ^^

Tuesday, July 3, 2012

senyum

Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
(surah ad-dhuha ayat 7-8)
ini yang saya belajar petang td. :)