Saturday, July 25, 2009

rasa itu sudah mati.

entri versi 2 : apabila rasa itu mati untuk manusia jenis itu.

bukan hendak mendiamkan diri tanpa bicara. tapi kehidupan aku sejak dua menjak ada umbang ambingnya. hendak bercerita. serba salah jadinya. baik diam kan saja. cari tempat untuk mengadu domba. puas. tapi,tidak sepuas jika aku menyatakan amarah itu pada tuan punya badan.

kalau itu terjadi. pasti rasa itu sudah lama mati. jauh pergi dalam sudut hati. mati. tapi aku tidak memilih untuk memaki. buang semua amarah pada tuan punya badan. kerana aku nanti nampak tidak cantik. macam mereka. bukan kah begitu?

*tahan gelak sambil tutup mulut*

jadi aku diamkan aja. tapi hati aku sakit. sakit. sakit sangat. mengapa ada lagi manusia seperti ini. mana rasa hormat. mana pergi adab ketimuran itu. mana perginya? mana hilangnya? manusia itu sungguh kasihan. kasihan sangat aku melihat kamu. mana tidaknya.

rasa aku mati untuk kamu. rasa aku mati untuk menjengah sudut telinga kamu. supaya kamu dengar aku. hurm,aku bukannya abid yang berhati malaikat. aku juga punya perasaan berhati syaitan.

dan bila hati aku mati untuk berkata2 untuk kamu. dan kamu kelihatan sangat tidak cantik. pada mata aku. dan pada mata mereka yang lain.

hati itu suah penat berbicara..

Friday, July 17, 2009

manusia jenis apa kau ni?

satu kejadian yang sangat mengecewakan aku. aku tidak sanggup untuk berdepan dengan manusia itu. tidak semua manusia perfectkan? bak kata diana sahabat aku. owh,tapi kau lagi teruk. kenapa kau berperangai demikian rupa? kenapa? dan mengapa ya?

manusia itu tidak punya hatikah? lantang bertingkah dan sanggup merobek dan menginjakkan kehormatan manusia lain. owh,manusia itu. kau nampak sangat tidak cantik berperwatakan demikan. memang kau cantik. maksud aku benar2 cantik. agak la. tapi,bila kau demikan. punahlah.

jika kau rasa manusia seperti kau layak. kenapa tidak kau cuba? kenapa hanya berkehendakan tapi takut untuk meragut supaya ia jadi milik kau. owh,manusia itu. aku tersangatlah marah sekarang. dengan watak kau yang berpura2 abid dan berhati baik macam malaikat kecil.

semua orang biasa saja. dan semua manusia itu sama. mungkin kau dan aku berbeza. kita punya cara yang berbeza untuk mengekspresikan jiwa muda. mentaliti aku dan kau juga ada bedanya. kalau kita sejiwa. kita mungkin jadi kawan baikkan? harap begitu.

*senyum sinis*

owh.tidak mungkin itu. mustahil untuk memungkin itu. pesan aku. aku kasihan sangat dengan kau. kerana ada yang mengeji kau dibalik aku. dan itu menampakkan kau tersangatlah buruk. owh,tidak! kerana kau tersangatlah cantik. percayalah.

aku juga suka mengeji. mengkritik. kerana aku memang berwatak jahat. dan manusia lain tahu aku jahat. walaupun aku baik sebenarnya. dan aku rasa aku benar2 baik. hahaha,^^

*muntah cepat*

tapi kau yang berwatak malaikat kecil. masakan mungkin berperangai demikan. kan? manusia lain tahu kau baik. manusia2 itu pandang kau tinggi. kerana kau gadis yang suci. tapi sejak perkara itu,manusia lain dan aku mula mengeji kau dalam diam. kau bangga diri tanpa sedari. hey,manusia bangunlah!

oh,kasihan benar. bangunlah manusia itu. kalau kau berkehendakan sangat, bangun sendiri! dan jangan mengeji manusia lain yang cuba untuk bangun dengan sendiri. manusia punya banyak cara untuk berdiri. dan untuk manusia lain itu bangun dan berdiri bukan mudah dengan adanya orang macam kau!


aku sangat emosi. maafkan aku kali ini okay? kalian. pergi dulu ya? maafkan aku..

Wednesday, July 15, 2009

biar aku hirup sisa2 hidup ini dengan kalian.

aku punya cerita. takut aku mahu khabarkan. mungkin kalian juga sama seperti aku. rasa apa yang aku rasa. kerana kita hidup pijak bumi yang sama. hidup dan sedut udara yang sama. atau mungkin kalian sendiri tidak rasa apa yang sedang bergolak dalam hidup aku sekarang!

harap situasi aku dan kalian sama..

mahu sahaja aku khabarkan
agar bisa kalian tahu
tatkala aku membilang detik
hati merah itu sangat takut

hati merah itu sangat takut
takut hilang akan kalian.
detik2 yang pernah wujud
masakan mungkin dipadam terus.

mahu juga aku khabarkan
agar bisa kalian tahu
kita makin hampirdan terlalu hampir
dengan hari penghujungnya.

hati merah mula gundah
katanya biar dia hirup semua sisa
hirup gelak ketawa dan
sedut sedih bersama

harap2. hari esok masih ada.
dan untuk kelahiran akan datang
aku harap mereka tahu
masih berbakinya kisah kita.

cheras
3petang..

Tuesday, July 14, 2009

imaginasi i

pasir pantai putih cerah
ditambah dengan bau laut masin
menyeringai kicauan burung camar
matahari mahu tukar sinarnya.

aku dan kamu
di bawah pohon rimbun hijau
menguis2 pasir putih
diam tanpa bicara.

biar bahasa tubuh membicara
jangan kamu pergi jauh
mahu kamu ada.
kamu sahaja.

matahari mula tukar wajah
bulan mengganti cantik!
jangan pergi lagi.
bicara diam tanpa kata.

* angguk puas*

"hati merah dicuri orang!" kata mereka.

hari ini selasa. 8 pagi-10 malam.

hari ini benar gila. aku dijadikan bahan ketawa manusia sejagat. gila! benar gila. spekulasi yang kotor berkumandang dari pagi hingga melarat ke pintu bilik. manusia sejagat tidak henti2 menyakat manusia kecil bermulut bising macam aku.


benarkah muka aku nampak macam orang berchenta? gambar ney manusia sejagat amik tanpa aku sedar!^^

takrifan cinta. argh,persetankan semua. tidak punya lagi istilah itu setelah hati merah itu mati. hahaha,manusia sejagat sahaja suka menyakat manusia macam aku. nak tahu kenapa? sebab dah lama aku bahan kan manusia2 itu dengan objek2 mereka.

sekarang.

tiba masa untuk aku dibahan pula. argh,boleh tahan jugak la. sebab sebelum ni manusia seperti aku hanya tahu gelak untuk membahankan manusia2 itu. perkataan keji2 mula terpacul hingga merasuk dan merosakkan nafas tenggorakan mereka. dan sekarang. aku pula sesak nafas sehingga aku menahan merah muka.

bila mana pergerakan manusia yang suka terbang melompat seperti aku di ikat kakinya. argh,tidak bisa bernafas. dunia berhenti berputar. seakan2 mengiyakan semua. bongek gila! apa harus buat? manusia sejagat itu sebenarnya salah tafsir agaknya. mana mungkin aku punya perasaan itu lagi.

kalian tahu? canangan aku bercinta sampai dikecam hebat di dalam kelas. di rumah. di blog. sampai pensyarah aku. menanyakan tentang apa emosi aku sekarang? argh,tidak mungkin ya manusia2 sejagat. aku tahu benar kamu bahagia bersama objek kamu. jadi pergi dan terbanglah~

pesan aku : mahu jadi pengapit seluruh manusia sejagat itu. aku sayang benar sama kalian! sungguh!^^

jejaka berkaitan terbang kamu ke ufuk timur bersama chenta kamu kelak!^^
di sini hanya sementara. dan ia tidak mungkin.
mustahil untuk memungkinkan sesuatu itu.


cheras 10.45 malam

Friday, July 10, 2009

tiupkan aku.

angin.
tiupkan aku.
lebarkan sayap kamu
agar aku bisa aman denganmu..

hati tidak mahu lagi bicara. seakan2 hilang punca. tiupkan semula jiwa aku pls!..


Tuesday, July 7, 2009

rindu.

hari sibuk.
rindu untuk membicara jiwa.
tiada madah untuk mengalunkan jari untuk berbicara jiwa.

aku rindu nak balik la.
rindu.
rindu sangat!

*senyum hambar*

ibu.
abah.
adik2.

tunggu aku pulang!
bicara di talian tak puas.


maut gila rinduuuuuuuuu! ('_')

Friday, July 3, 2009

dengar ini cerita..

“Apa nak jadi dengan kau ni Apih? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu.

Apih hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.

“Kau tu dah besar Apih. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam dengan Ika tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Apih terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Apih mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.

“Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengarah Baasit tu? Cakap Apih, cakap!” Jerkah ibu.

Apih semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.

“ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Apih berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Apih menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Apih bu, Apih janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Apih meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.
“Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Apih yang kurus itu.
“Bu…ampunkan Apih bu…bukan Apih yang mulakan…bukan Apih….bu, sakit bu..!!”, rayu Apih dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.

Apih memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Apih hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Apih. Tangan Apih yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Apih menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Apih memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Apih berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengarah Baasit yang merupakan penyumbang ekonomi terbesar di sekolah, menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Apih sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Udin anak pengarah itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Apih mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Apih merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.

Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Apih sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Apih tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Apih sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Apih ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Apih mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Apih terlelap juga.

***********************************************

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Apih terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Apih tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Apih terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Aisyah kehairanan.

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Apih disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.

“Ibu, Aisyah nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Aisyah lapar, tapi tunggulah Kak Ika dengan Abang Din balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut.

Apih menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Apih.

“Kak Ika dengan Abang Din nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.
“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Aisyah pelik la. Kenapa bila Abang Apih balik, ibu tak masak macam ni pun?”.

Apih terkejut mendengar soalan Aisyah. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

“Abang Apih kan hari-hari balik rumah? Kak Ika dengan Abang Din lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu.
“Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Abang Apih pun..”, soal Aisyah lagi.

Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Apih mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ika dengan Abang Din dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Aisyah mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Aisyah terus bercakap tentang Apih. Pada ibu, Apih anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Apih dek kerana marah dan kecewakannya.

*******************************************************

Selepas ibu dan Aisyah keluar, Apih juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.

‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni…." dia bermonolog sendiri. Apih melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang.

Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Mustaqim, sahabatnya.

“La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Apih ingin tahu sambil bersalaman dengan Mustaqim.
“Aku tolong jaga butik kakak Diana aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula.
“Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Apih jujur. “Waa…bagus la kau ni Apih. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” terlopong mulut Apih mendengar tawaran Mustaqim itu.
“Betul ke ni Musz? Nanti marah kakak Diana kau!” Apih meminta kepastian.
“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Mustaqim meyakinkannya.
“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Apih agak keseganan.

Mustaqim hanya menepuk bahunya sambil tersenyum.

“Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Mustaqim.

Apih hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Mustaqim yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Apih menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.

“Tak sampai sepuluh ringgit pun Musz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Apih bersungguh-sungguh.

Mustaqim hanya mengangguk senyum. Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.


Setelah tiba, kelihatan Zulaikha dan Muizzudin sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si lo’la’, kucing kesayangan arwah ayahnya.

“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.
“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi.

Apih hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Zulaikha dan Muizzudin menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

“Abang ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Abang, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Zulaikha, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.

Apih mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.

“Abang! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Muizzudin, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Apih mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Apih tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Apih sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Apih nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.

**********************************************************

Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Apih terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Apih keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Apih menunggang motosikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Nyot sebagai pembantu di bengkel membaiki motosikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Apih keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Apih di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Apih. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Apih. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti selalu, Apih bekerja keras membantu Abang Nyot di bengkelnya. Sikap Abang Nyot yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Nyot baik. Dia banyak membantu Apih antaranya menumpangkan Apih di rumahnya dengan percuma.

“Apih, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Nyot tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.
“Macam serius jer bunyinya Abang Nyot?” Apih kehairanan.
“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Apih tersedak mendengar soalan itu.

Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Apih itu, Abang Nyot segera menghulurkan air.

“Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Nyot lagi cuba menduga.

Soalan Abang Nyot itu benar-benar membuatkan hati Apih sebak. Apih mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

“Apih, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Nyot mengubah topik setelah melihat reaksi Apih yang kurang selesa dengan soalannya tadi.
“Ada” jawab Apih pendek.
“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau.." tidak sempat Abang Nyot meneruskan kata2nya.

Apih menggeleng-gelengkan kepala.

“Semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Apih disusuli ketawanya.

Abang Nyot melemparkan tulang ayam ke arah Apih yang tidak serius menjawab soalannya itu.

“Ala, gurau ja la Abang Nyot. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah naik private jet dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”.

Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Nyot. Abang Nyot tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah. Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Apih kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Nyot sewaktu makan tadi.

“Abang Nyot, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Apih sewaktu selesai menutup pintu bengkel.

Abang Nyot yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Apih memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Nyot terasa agak sebak.

“Abang Nyot, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Nyot tu, saya hadiahkan untuk Abang Nyot.” Kata Apih lagi.
“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Nyot.

Dia risau kalau-kalau Apih menyalah anggap tentang soalannya tadi. Apih hanya senyum memandangnya.

“Tak apa, saya bagi kat Abang Nyot. Abang Nyot, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” balasnya dengan tenang.

Sekali lagi Abang Nyot memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.


Berbekalkan upahnya, Apih segera menuju ke butik kakak Mustaqim untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

“ Hey Apih, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Mustaqim setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Apih hanya tersengeh menampakkan giginya.

“Pih, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Udin tu?”
“Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Apih dengan tenang.
“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Mustaqim lagi.
“Tak apa lah Musz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.”
“Pih..kau ni…..”
“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” jelas Apih memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.
“Aku nak beli jubah ni Musz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Apih sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.
“No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” soal Mustaqim ingin tahu.
“Aku kerja kat bengkel Abang Nyot. Jadi pembantu dia", terang Apih.
“Abang Nyot mana ni?”
“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Apih dengan panjang lebar.

Mustaqim mengangguk .

“Apih, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?”
“Hari ni la…” balas Apih.
“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”
“Bukan, minggu depan…”
“Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Mustaqim lagi.
“Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

*********************************************************

Apih keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Apih tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Apih membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing loqlaq hilang kawalan dan terus merempuh Apih dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Apih terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya.

Apih membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Apih melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Apih gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Zulaikha, Muizzudin dan Aisyah memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Apih semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.

Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Apih semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Apih terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.


Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Apih bersama Zulaikha, Muizzudin dan Aisyah. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Apih selama ini. Andai Apih melukakan hati ibu, Apih pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Apih bu..Apih janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Apih sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’

Kad itu dilipat dan dicium.

Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Zulaikha, Muizzudin dan Aisyah. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Mustaqim tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Apih. Apih tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Apih dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Udin datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Apih dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Apih. Lepas tu, dia ejek-ejek Apih. Dia cakap Apih anak pembunuh. Bapa Apih seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Mustaqim dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Apih kerana kesalahan menumbuk Udin.

“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Musz?” Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Mustaqim lagi.

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Mustaqim. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

tamat..

created by loqlaq in the lentiq_gendut_gugu`s group..
misi berdakwah dalam senyap.. membentuk umat manusia yang baik..

Wednesday, July 1, 2009

sampai satu tahap

sampai satu tahap.
hati merah itu
tiada warna
tiada apa.
hanya kosong.

sampai satu tahap
hati merah itu
menjadi sekeras2nya
sekeras kerikil.
hampa.

*senyap*

sampai satu tahap
hati merah itu
tiada tahannya
lalu pergi.
jauh.





jauh..








jauh..











terlalu jauh







menuju ke suatu sudut yang jauh dari pandangan~