Monday, November 23, 2009

silent iii

aku berehat..
sedang menumbuhkan tubuh baru.. hahahahah~tunggulah kemunculan..

nur aqilah rosli

versi baru.
gemuk++
alaf baru.^^

Tuesday, November 17, 2009

cerita 20 orang budak.

semakin sunyi.

...................................

kisahnya bermula dari group di friendster. salah seorang ahli.

melan jovy : semua menggilang?..
korg!!
ade fb jgn r lupe fs..
group kite kat cnie..
sedih taw...
Confused Sad

dh 3 sem kita bersama..
jom share cerita2 pahit manis spanjang 3 sem..
imbau kembali memori..
pas ni kita dh bpecah..
doa2 moga kita kekal bersama ea...
will mis u all...

ade ape2 nk dluahkn x??
cter2 best ke??
nak kutuk sape2 ke??hehehe...

ciq didiy :;
ngeee...aku tak hilang la...sentiase ade..
kwn2!! aku syang korg sgt2!!
walaupun aku ni pendiam dalam kelas tak bererti aku xsayang kalian..ngeehehehhe..
hope next year n sampai bile2 kte sentiase ade ye..
muuuuaaahhh3!

begitulah kisah masing2 saling memerlukan. bagi aku. hilang seorang. tak lengkap cerita 20 budak nie.
kami bergerak tanpa tutor. tutor hanya pada nama.
tapi tiada guna pun.
budak 20 bergerak sendiri.

interpretasi dari aku kisah 19 budak yang aku kenal.
selama satu setengah tahun.

atiq..
dia bertudung labuh. cantik orangnya pada mata aku. rindu atiq.. gaya atiq kutuk qilah sambil wat gaya wali band.. atiq,pandai.. walaupun kdg2 kelam kkelibut.. tapi atiq tetap cool. dia jugak pandai wat air..

chot..
dia nie kecik orangnya. sudah ada yang berkenan. rindu kamu chot.. wakkkk u! kelakar gila.. rindu nanti bila chot panggil kak qilah.. unk kan..>ayat chot selalu guna

moon..
mun..dia punya angin dalam badan. sekali dia berbunyi. kalah laungan kerbau. tak percaya? tanya mun sendiri.
kali ini cuti sebulan lebih. tak dapat dengar bunyi bergh2 lagi :(

jovy..
dia orang sarawak. ayak dia selalu guna> amik gambar.... rindu jovy t.. kamera jovy banyak sangat bakti..
sebab kamera dia,kami mula rapat. mulanya kisah 20 budak.

mus..
dia sangat kacak bila menjadi seorang lelaki. dia juga sangat jelita bila menjadi seorang gadis.
mus dia selalu sindir kami (gadis2) jelita ker kau? ayat dia.. tak pernah aku lupa.... sedihnya aku...aku syg kau tau!

baasit..
dia berkaca mata. lagak gayanya macam dato`. assalamualaikum pelajar.. saya..>baasit.. gaya mengada hang aku tetap ingat... selalu sakat2 aku biar aku malu.. merah2.. hahahha,hang memang pandai belakon..

udin..
berbadan besar. cakap negeri dan bersahaja.
suka wat lawak bodoh dengan moto rxz dia. selalu ajak aku jual tubuh kat dataran.. hahahah,siotlah kau.. pasti rindu dengar bunyi moto..

farah..
dia cantik. ramai dah kata begitu. hihi^^. selepas yang lama2 tu. aku dengan farah dah boleh sembang. siap dengan moto 123 dutchlady tu. boleh tahan jugak farah nie. mulut dia. tambah lagi bila dia dapat ngata tutor. tapi memang cam hampeh pun,kan?

*kalau setuju sila angguk*

hahahhaha,naim2.. jaga cik farah elok2.. ^^

awanis..
pemalu kot orangnya. tidak suka bergambar. walaupun tak bapa sembang. dia asyik dok emo belakang aku.. kekeke,kelakar.. men tagged tak sudah.. selalu kena perli ngan aku,diana.. tapi tetap cool..

dayah..
nampak baik. tapi mulut dia kalu mengata dan menyakat aku. hebat. hahahhaha,caiyok.. suka nyakat aku sejak2 ada lencongan.. hahahha,ada ja nak kenakan aku...

dina..
kau cool dengan gaya kau.. walaupun kau nya suara tak baligh.. kau tetap di hati aku.. gaya kau panggil aku.. kak qilah.. kak qilah.. kita nak mintak tolong ni.. >ayat kau bila nak mintak tolong... siyes terngiang2 lagi..

jer2..
dia berkaca mata. tapi sekarang dah tak pakai. contact lens. cantik orangnya. bab kenakan orang pun hebat.
hahahha,ketua beremosi aku sem nie. pak lawak.. dok kata diri jelita.. keja nak berlawan dengan mus.. tapi jer2.. kau memang cantik pun.. siyes..tapi aku lebih sikit.. hahahhahaa

ganu..
selalu kata dia tak cantik. muka ada bintik2 (jerawat). tapi dia tak sedar dia tu cantik. dari awal aku kenal dia. orang yg kedekut nak kongsi makanan.. hahha,nak kongsi ngan aku sampai sorok2.. ngek gila.. tapi fun kawan ngan kau.. tambah lagi bila kau malu2.. suka sgt sakat kau... kau cantik tau! kalau dopeh kata kau.. kata kat dia.. aku kata kau cantik dari semua org.. percayalah aku~

din
dia takut kucing. orang panggil dia bulu. adalah sebab kot. dia melatah. tapi melatah dia pelik.
"a bodoh.. a bodoh"
sentiasa ada dalam otak aku.. tak ley lari.. walupun kau kuat tido... kau style gila..

dopeh..
dia nampak macam tak yakin. tapi otak power gila. hahhaha,banyak sungguh cita sal dopeh.. keja dia bg idea yg kdg2 tak munasabah.. suh aku nak kat abg nuar.. ades,dopeh2... pak lawak la.. abg nuar atiqnya.. keja nyakat org terutamanya awanis,ganu.. kau memang great..

ija..
dulu nampak garang.,sekarang siriyes.. manis.. makin cantik.. sejak2 ada org bela ni kot.. ija2.. maksih makanan2 kau.. kek kau.. selalu nyusah waktu sem 1.. aku ngan ganu suka g bilik kau... seb banyak makanan.. besh2..
kepada jejaka2 di luar. dia dah di booking.
melepas korang rasa kek coklat dia.
enak2.

cina..
nama dia teo. aku panggil dia pompuan cina seb dia kawan cina aku.. hahha,dia gelar aku pompuan melayu.. pompuan tua.. ayat2 tu wat kita rapat.. biarpun selalu bertekak manja ngan dia.. dia cool. hahahha,biar pun skandal ramai.. aku tetap sabar jadi kawan kau.. sebenarnya nak mintak skandal kau sikit boleh? hahahah^^

ika..
ika matang dalam segala hal.. dia bg nasihat dalam diam.. dia tegas pada pandangan aku.. tapi karekter ika kdg2 cam kartun bila dia wat lawak.. hahahahha,ika2.. dia org selangor.. tapi dah cakap kami2.. seb terlebih kawan ngan atiq.. kan ika kan?

diana...
dia melatah. dia cantik juga. dia sentiasa ada ngan aku.. susah sennag aku,dia ada.. dia great.. aku syg dia.. sanggup dengar lawak boodoh aku.. kdg2.. tak tahan.. dia marah aku.. tapi aku tak kisah.. walupun dia muda.. dia tak panggil aku kak.. dia sama ngan ija..
yang paling aku tidak boleh terima.
hahahaha,dia selalu panggil aku hitam gemuk.
itu sahaja..^^

harapan aku :
mereka ni ada selalu dengan aku. korang memang yg paling great.. aku syg korang sgt.. harap tahun depan kita nek degree sama2.. grad sama2... nak tangkap gambar sma2 lagi.. harap takkan putus hubungan ini..

kita paling cantik..
kdg2 pun paling buruk
kita paling baik..
kdg2 paling jahat..
kita paling sihat..
kdg2 paling lemah..

apa2 pun kita..
kita memang saling lengkapi..
takdak salah sorang..
cerita lentiq gendut gugu
takkan menjadi..
biar dia jadi legend kat maktab..!
Very Happy
Very Happy Very Happy Very Happy Twisted Evil

ops. terlupa cerita pasal siapa itu aku kan?

aku tak berani nak describe sapa tu aku... sebab semua dia atas.. reflek balik kepada siapa tu aku.. aku bukan berlagak menjadi seorang manusia berhati malaikat bila aku berkata begini. tapi itu kenyataannya. apa ada pada mereka. itu juga ada pada aku.


terima kasih sebab dengar cerita kawan2 aku.
Crying or Very Sad Crying or Very Sad

otak sedang tak balance~
labels ; kehilangan dua benda dalam tempoh yang sama.

Monday, November 16, 2009

pulang.

bakal pulang esok. kali ini pulang lama. lama sikit. nak duduk rumah. membesarkan tubuh yang sedang membiakkan lemak2 yang makin tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

*siriyes*

tak tahu apa yang bakal aku lakukan bila balik rumah nanti. yang ligat dan suka dok terbang dalam kepala adalah makan.

makan.

dan

makan lagi.

terima kasih.

Friday, November 13, 2009

penghujung kisah budak 20. lelah untuk membilang bila waktu kita bisa ketemu.

satu.

dua.

tiga.

.......................

penat sudah.
dan itu.
makin hampir.

aku tahu mereka itu turut merasainya.
selamat terbang budak 20..


Monday, November 9, 2009

misterius rasa pagi ini.

rasa mahu terbang jauh2
bawa bulan
bawa bintang
bawa matahari sekali
kalau terjumpa.

berjanji atas paksi
percaya dan setia.

jangan pernah sekali cuba robohkan
mimpi realiti semalam
yang cuba aku kait.

tapi
tunggu dia
sampai menjadi kain seela.

p/s : makasih untuk itu. haha,misterius rasa di pagi bongek untuk budak bongek macam aku!

Sunday, November 8, 2009

lenguh.

semalam
hari ini
dan esok.

kalau itu masih ada.

*angguk*

tidak lelah dengar kamu
celoteh kamu
suara sumbing kamu
lawak senget kamu

tapi satu
mahu bilang kamu.
pipi gebu aku lenguh
tak henti2 senyum dan maki2 buat loh!

terima kasih.

Tuhan cepat hantar dia pulang untuk aku. tolong suruh orang itu bawak kereta laju2. puas2.^^

interpretasi dari seorang yang bernama..

l.o.v.e

sama dengan

lelaki otai verstyle emotion : in love with u..

perjalanan seharian

cheras-kedah
9.30pagi


Friday, November 6, 2009

facebooking..

menyebabkan ramai manusia mengabaikkan tanggungjawab terhadap kewajipan mereka.

.................................

sebelum membuat facebook :

kisah pertama : dengar di radio.
kisah ini dengar di radio. salah satu siaran yang terkemuka kat malaysia. bolehla. kisahnya dari seorang suami. suara hati sang arjuna raga itu akhirnya bersuara juga apabila melihat hidupnya yang dulu dijulang2 bagai menatang minyak yang penuh kini mula berubah kepada menatang nasib si pak belalang.

suara hati sang arjuna raga yang terpinggir :
saya suami. saya ada pengalaman mengenai facebook. saya tidak ada facebook tapi isteri tercinta saya punya satu. dia main farmville. saya tidak kisah pada mulanya. sebab saya fikir biar dia main isi masa lapangnya. tapi tibalah satu hari tu. saya balik tengah hari. mahu makan. saya tanya dia.

sang suami : abang balik ni ayang. ayang sedia makan apa?
si isteri : jap2 abang.

sang suami : awak buat apa?
si isteri : facebook.

sang suami : abang nak makan.
si isteri : jap abang. saya nak bagi makan lembu, kambing saya nie.

sang suami tidak terkata apa. hanya geleng kepala. melihat gelagat si isteri yang telah mengabaikannya. sang suami mengakhiri perbualan. nasib baik aku sayang bini. kalau tidak. ish2..

kisah kedua : dengar dari kawan2.
facebook ni fun. banyak benda kita boleh dapat kat sini. huhu,ada macam2 application kita leh apply main. terutamanya farmville. boleh bela2 binatang. best.

mOon : kak.dayah sanggup bangun 3 pagi semata nak kutip hasil.
aku : ya ka? gila.

pernah jugak aku tengah kat luar bersama dengan kawan aku yang digelar moon. dia dok asyik membelek2 jam tangan yang saiz yang agak besar di tangan keciknya itu. aku hairan. dengan penuh tanda soal bertaburan di atas kepala aku. aku runsing. lalu aku tanya dia dengan yakinnya.

aku : moon,napa tengok2 jam.
moon : kak. moon nak kutip hasil. nak kul 12 dah nie. takut moon rugi.

aku : ades. kutip apa?
moon : kutip hasil farmville. t dapat untung.

*geleng kepala*

moon : moon, nak mesej dayah. nak suh dia tolong kutip hasil.
aku : hurm,tak ley wat apa2 dah budak2 ni. rosak.

kisah ketiga : kejadian depan mata.
kisahnya apabila kawan aku yang sorang ni sanngup menghabiskan masa di hadapan laptop. untuk berlumba moto kat facebook. owh,tidak mungkin. kawan baik aku sendiri dah terkena sumpahan facebooking.

dia teralit main facebbok sampai terlupa dia perlu membuat permohonan biasiswa untuk kakak tercinta melanjutkan pelajaran. akibat teralit berlumba moto. kakak dia gagal mendapat biasiswa. bukan kerana kakak dia tidak pandai. tapi dia lupa isi borang kat internet. ish2,teruk2. sumpahan facebooking.

begitulah kisah sebelum aku membuat facebook. kemudian,angin bertiup sepoi2 bahasa dipipi kanan dan kiri aku. dan menyebabkan aku pun terbuat facebook. ini semua salah teo seok yin. pompuan cina. yang menghasut2 aku.

selepas membuat facebook.

jam pertama membuat facebook :
aku dihentam hebat oleh orang rumah aku. ades,bilik sebelah2 ja. tapi facebook jadi tempat mengeji aku. tidak cukup di rumah aku sahaja. kawan2 yang tinggal di seberang jalan pun mengeji aku.

jovy :
hey,kak qilah pun nak jadi orang yang mengabaikan orang yang tersayangkah?

dayah :
lepas nie pasti ada orang yang terabai.

teo :
welcome to the club. ni untuk orang muda sahaja,pompuan tua!

munie :
mak ayam facebook. nak solat pun sempat facebook.

diana :
jom,men moto.

ajib :
facebook fun. baru nak wat fb. apa beza kau ngan hawa?

kesimpulannya : itu baru jam pertama.

hari berikutnya :
aku masih tidak mengaplikasikan segala application di facebook. alhamdulillah. aku ignorekan sahaja.
aku pandai. tak nak memalukan diri. sebab aku mengeji mereka yang bermain sampaitidak peduli orang. hahaha,siot ja aku.poyo.

akhir kata : terima kasih kerana menyaport aku. sekarang masa untuk study fb > padahal exam sedang berjalan.
jangan tiru aksi ini.

hurm,facebook2.namamu meniti di bibir tiap hidupan. bagus sgtkah itu?

yang Hodoh, Comot dan Gemuk itu..

aku..

.........................................

isk2.. diana yang kata aku gemuk..

tapi itu aku tak nafikan.
kerana perbezaan amat ketara.
owh,tidak.

hitam-begitu sinonim dengan aku. sejak2 aku sibuk beriadah dengan menglibatkan diri dengan aktiviti2 luar yang menyebabkan kepudaran warna putihdi wajah aku bertukar kepada kehitaman.

diana selalu kata aku.

diana : oit,hitam.
aku : siot!

gemuk- juga panggilan ini meniti di bibir dak diana. owh,sangat kasihan sama aku,kan? dia selalu kata aku gemuk. sebenarnya kekasih pengarang jantungnya yang selalu panggil dia Mok. jadi dia reflekkan balik kepada aku untuk melempiaskan nafsu kegeramannya terhadap kekasihnya itu.

diana : oit,gemuk! dah2 la makan tu.
aku : makan jugak. buat endah tak endah.

*padan*

boOlat- nama baru aku. kuangajar betul kepada pereka yang menggelarkan aku dengan nama ini. benci2. entah lah. bolat sangat kot. kawan2 kata perubahan ketara sangat. hahaha,memang ar. aku suka makan. pas makan aku tido. nak buat cana. terima sajalah.

manusia yang menggelarkan aku bOolat : ish,tudiaa awek bOolat!

*bersuara sambil memerhati aku sinis*

aku : haramlah~

kesimpulannya : sesiapapun kamu. kamu. dan juga kamu pada mata aku. atau kawan2 kamu sekeliling. jadilah diri sendiri.
bukan mudah untuk kita kekalkan diri kita
untuk menjadi diri kita sendiri..

kita tahu apa nilai yang ada pada diri.
dan kekalkan ia
supaya
dunia tidak hilang
salah satu unsur
value
yang ada pada kita.

akhir kata :
majulah sukan untuk negara.