Sunday, April 25, 2010

saya sesak nafas! CPR sila cepat please~

penat. mood saya rosak. tak tahu kenapa. mahu cari manusia yang boleh dengar aku.
tapi. tak ada. semua orang lari. makin jauh. jauh. dan jauh.

aku penat nak kejar. rindu rumah gamaknya. tiap hari call rumah. cakap sama ibu. abah. abang. adik dengan abby. tapi macam tu jugak aku. telefon ke rumah tak sama dengan pulang sendiri ke rumah. kan? sebab itu aku masih sama.

tiap kali call rumah. cakap sehabis tenang. takut mereka perasan aku. hurm,tapi jangkaan aku tepat.

adik kata :
akak tak pandai sorok sedih.
haish.
adik2.

emosi aku punah ranah. terletak paling bawah. aku sendiri tak dapat nak paut semula.
sesak nafas tenggorakan aku. seksa.

ada sesiapa yang boleh bagi CPR?
untuk redakan nafas berat aku.
ada sesiapa yang boleh sedut masalah aku?
untuk ringan beban aku.

ada tak?

aku betul2 perlu.

Tuesday, April 20, 2010

musuh + kawan baik = sahabat!

cumil bukan dia?

mari sini. dekat sikit. nampak kat atas itu. itu kawan baik aku. dia sangat cantik,bukan?

dialah satu-satunya kawan baik merangkap musuh ketat seangkatan dengan kerjaya aku sebagai bakal guru. haish. meh sini. aku mahu kenalkan.

nama : nur diana bt md yusof
umur : 20 tahun
status : already taken!

hahhahaha,aku duduk jauh dari family. kenal plak dengan dia nih. haish. ingat tak ngam. alih2. kamcing jugak!

orang kata kami gila. mana tak nya. caci maki melayang sudah jadi sebati dengan diri. mungkin orang lain pelik. title "mak ayam" jadi saksi. sampai sekarang. masih diikuti.

bak kata ibu. memang susah nak jumpa kawan betul2 ada dengan kita. jatuh bangun kita. aku ingat lagi pesan ibu. suami boleh tinggal kita bila2 sahaja. tapi bukan kawan.

kalau nak. kena kawan. kena kawan betul2. kawan yang boleh membina kita. kukuhkan kita bila kita jatuh. haish. mujur aku ada satu. kalau tak dak rasa pelik.

sunyi.

kalau bersembang. tengah2 malam sampai 2 3 pagi tu. kitaoranglah tuh. tu kalu 3 hari tak jumpa. kalau berbulan2 lebih lama pada itu sembangnya. apa yang aku bualkan aku pun tak tahu.

yang penting. aku sennag ada dia. penah jugak terfikir. takut juga kalu kami berdua bertengkar. mahu satu dunia tanya. huh! gila~

mohon,Tuhan jauhkan semua itu.

aku penah pesan pada dia. kalau pergaduhan itu terjadi. haish,ingat aku! aku masih kawan dia.
hahahah,diana2. moga kuat ikatan kita nih. mahu jadi pengapit kau nanti! ^^

bak kata aku dulu2.
mahu kau ada untuk hari2 ketawa
mahu kau ada untuk hari2 duka
mahu kau ada untuk hari2 perang
mahu kau ada jugak untuk hari2 damai..

thanks,sebab jadi kawan TERGEMOok aku!!

=)

Monday, April 12, 2010

someone had stolen "hati merah" saya.

terima kasih.

ada untuk hari-hari susah.
ada untuk hari-hari senang.
ada untuk hari-hari sakit
ada untuk hari-hari sihat.

terima kasih.

ada untuk hari-hari kuat.
ada untuk hari-hari lemah.
ada untuk hari-hari sibuk
ada untuk hari-hari senggang.

terima kasih.

ada untuk hari-hari gaduh
ada untuk hari-hari perang.
ada untuk hari-hari baik.
ada untuk hari-hari damai.

terima kasih lagi.

sebab selalu berleter macam ibu saya.
sebab selalu bagi nasihat macam abah saya.
sebab jadi kawan macam adik2 saya.
sebab jadi sebahagian cerita saya.

terima kasih juga.

kerana curi masa saya.
kerana curi gelak kuat kuat saya.
kerana curi merajuk saya.
kerana curi perhatian saya.

dan akhir sekali.
kerana curi HATI MERAH saya.

*jaga baik2,tahu?*

labels ; insan terGEMUK kat hati saya.

Sunday, April 11, 2010

abah.

terima kasih.

sebab terima anak comot seperti aku.
sebab terima anak cantik seperti aku.
sebab terima anak jahil seperti aku.
sebab terima anak bijak seperti aku.

terima kasih jugak
sebab jadi kawan baik aku.
sebab jadi musuh aku.
sebab jadi abah kepada aku.
sebab jadi suami pada ibu aku.

haish. sayang betul aku kat abah hari nih. mahu jemput kawan-kawan yang lain sayang abah sama2. eh2,bukan abah aku. abah masing2lah. yang lama tak telefon abah tu,sila telefon sekarang. bagitahu yang korang sayang abah korang.

*cepat amik fon*

haish. lambat2. tengok nak cek kredit plak. bila nak telefon pakwe ka? awek ka? ada plak kreditya. tak baguih2. dah2. tak dak masa dah nih. cepat call. kata i love you.

malu eh? tak payah malu2. itu abah korang. nak malu buat apa. hahaha,kalu kata,mesti abah terkejut. biar dia terkejut. asal dia tahu korang masih ingat dia walaupun jauh.

*faham?*

waktu inilah nak sayang abah. waktu abah masih ada. bukan begitu? jangan bila dah tak dak nanti. baru nak cari2. pada kawan2 yang tidak punya abah lagi. sedekah al-fatihah. itu memadai. doa lagi baik.

hanya tiga perkara bekal di kubur.
1.amal jariah
2.doa anak yang soleh
3.ilmu yang dimanfaatkan.

*doa cepat untuk mereka*

amin. mudah-mudahan.
meraka aman.
letak di tempat orang yang soleh.

semalam..
bergaduh manja ngan abah.
maklumlah. aku anak paling KUAT merajuk.

=)

abah call.

aku : huhu. baru nak cari akak. akak call abah asyik tutup fon aja.
abah : bukanlah. bateri fon. padam. adik2 kamu ler. keja main.

aku : eleh,ye ka?
abah : yerla. kamu sihat?

aku : fikir abah tak nak kawan ngan akak dah.
abah : la. takdaknya. handfon matilah. bateri tak dak. fikir bukan2.

aku : ( kunun2 majuk dalam talian )
abah : buat apa tu?

aku : eleh,nak tukar topik lah abah itu
abah : haish,mana ada.

*tergelak*

bla.bla..etc..etc..

...bualan anak beranak. mana leh bagitau,tahu?..

hahaha,kawan2.
sebanyak mana pun aku buat salah.
sejauh mana pun aku duduk.
secantik dan sehodoh mana pun aku.
sebaik dan sejahat mana pun aku.
dia tetap abah kepada aku.

sampai bila2.

macam tu jugak korang kan?

Saturday, April 3, 2010

ini mungkin terakhir untuk hati merah.

berat hati mahu menyatakan itu.

diam dia
benar2 sakiti aku!!

kalau bisa aku jadi penulis skrip.
untuk hidup aku sendiri.
dia pulak watak utama.
dia akan aku wujudkan
sampai akhir
nyawa.

dan.

mungkin.
itu tidak akan terjadi lagi.

=(

p/s : people make mistake,dear.

Friday, April 2, 2010

kentut paling banyak!!



hahahaha,siyes, aku pun tak tau kenapa kuiz begitu menyentuh hati perempuan aku! naik kejong kaki aku gelak!

*tak tahan*

tahniah kepada pemenang!

=)