Saturday, December 24, 2011

25

hey,
sudah menginjak 25.

by the way, ada nota wangi pendek untuk kamu :



assalammualaikum,
terima kasih untuk semua. moga2 akan ada pada masa akan datang.

ayanggg ayerr..
ayerr ayangg ayangg ayerrr angat2..
--> omey2 kn? saya tahu kamu suka!!




p/s : moga dipermudahkan semuanya. ameen ;)

Sunday, December 18, 2011

still like the first time we met

sudah berhari2 aku hitung membilang;
sudah berapa tahun kenal kamu
sudah berapa hari cinta kamu
sudah berapa jam sayang kamu
sudah berapa minit rindu kamu

*gila*

tapi betul apa.

bagi aku. itu bukan benda penting sangat.
semua itu berubah mengikut tempoh peredaran waktu.
ada pasang turun naiknya juga.
tapi ada sesuatu yang masih sama.
sama macam waktu dulu2.

*the first time we met*

malu2---->bunyinya seakan kelakar.
tapi itu fakta.
itu benar.

kita masih macam dulu. HAHA.




p/s : terima kasih untuk perasaan ini,Tuhan. biarnya hidup sampai kami mati berdua. ameen. insyaAllah kalau jodoh itu ada. ;)

Saturday, December 17, 2011

i feel the same way..

hey,cepat2.
saya pun rasa apa kamu rasa.







p/s : tunggu kamu sampai biru lebam. (o.0)

Sunday, December 11, 2011

mata.

hey mata,
cepatlah katup
tutup rapat2
biar sendat.

hey mata,
cepatlah katup
tutup rapat2
biar sampai hilang penat.



p/s : susah betul mahu pejam. =.=

benda2 yang boleh kau ikut serta daripada asyik tengok cerita2 berbulu2, menganyam ketupat dan seangkatan dengannnya.

hihi, hai!!

aku ada beberapa aktiviti yang boleh kau cuba. dan jika kau mahu ikut serta pun boleh. hidup sihat, minda pun kuat!!

*cewahhhh*

berikut adalah senarai aktiviti yang bakal aku lakukan dan telah lakukan ^^. dan kau boleh cuba jugakkk kalau kau mahu. seperti aku cakap tadi; badan sihat, minda kuat!!

*ngaummmmmmm*--> buat apa pun pantas!


a. paintball
permainan ini sangat menarik bagi aku. kerana ia memerlukan mental dan fizikal yang sangat kuat. fuhhh!!! aku kan gagah dan perkasa jadi permainan ini sangatlah sesuai. permainan yang memerlukan skill terbaik dari ladang supaya badan kita tidak akan bengkak2 dan lebam kelak. hahaha,percayalah!! ianya sangat fun!! selamat mencuba kawan2.



b. jogging adalah baik untuk kesihatan.
ini merupakan aktiviti yaang muncul dalam hidup aku disebabkan terlalu bosan dan banyak aktiviti lapang. jadi aku luangkan masa untuk berlari dan terus berlari. memandangkan aku suka berlari dan telah pulih daripada injured di lutut. maka dengan ini,aku berjogging sahaja untuk menghilangkan tekanan, rasa bosan, memenuhi masa lapang dan paling penting untuk fit!! yeah~~ Malaysia boleh!!

*sambil nyanyi lagu Negaraku depan laptop*

aktiviti ini tidak memerlukan kos. ianya sesuai bagi golongan yang mahu turunkan lemak2 di badan dan seangkatan dengannya. caranya mudah, anda perlu sukakan aktiviti ini dan buat terus menerus.



c. menunggang atv.
ini merupakan benda baru yang bakal aku cuba tidak lama lagi jika tiada aral melintang dan sewaktu dengannya. aku pun tidak tahu best ke tak. aktiviti ini perlu koslah sedikit tak macam jogging. yang pernah cuba tu,mestilah tahu seronok ke tak.. yang tak pernah cuba itu, ajaklah kawan2 pergi. jom2,moh ramai2 kita.



d. skyrunner seperti terbang sekejap ke langit!!
bagi mereka yang pernah nampak ini,pasti terfikir2 benda apakah ini. inilah skyrunner yang baru menjadi kegilaan anak muda remaja selain daripada berbasikal. ohhhhhhh,no!! mahu cuba?? boleh cuba di putrajaya. ini sangat fun!! bagi mereka yang takut gayat inilah masa untuk anda mencuba dan hilangkan gayat anda!!

*cewahhhh,macamlah aku tak takut gayat*



e. panjat2 bukit disekitar kawasan anda.
aktiviti rekreasi seperti ini sangat fun bila ramai2. jangan terlalu ramai,nanti pening kepala mahu jaga. ada yang tertinggallah, letihlahh, pancitlahh, cramplahhh and wateva benda2 yang lain. jadi pergilah bagi mereka yang belum mencuba.

okehh,kawan2. kepada yang ingin mencuba sesuatu yang baru!! jangan lepaskan. hidup muda hanya sekali!! cubalah,ya!! selamat beramal.

by the way, jagalah kesihatan dan adab kesopanan anda ketika melakukan apa2 pun jenis aktiviti.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Saturday, December 10, 2011

cakap memang mudah cuba kau buat tengok!! mampu?

"KOMITMEN"

apalah maksud disebalik word ini "komitmen". komitmen merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa penjajah. perkataan seerti dengan komitmen adalah tanggungjawab. menurut kamus dewan bahasa tanggungjawab bermaksud kewajipan yang dipikul oleh seseorang; iaitu segala yang wajib ditanggung oleh seseorang itu.

satu perkataan yang mudah disebut tapi sukar untuk dilaksanakan. itulah komitmen. tidak kiralah apa dasarnya sesebuah komitmen itu digubal dan dilaksanakan. yang pasti komitmen adalah suatu tanggungjawab yang berat untuk dipikul.

tanggungjawab untuk Maha Pencipta, tangungjawab untuk kedua ibu bapa, adik-beradik, suami isteri, anak-anak buah, anak2 murid, keluarga, sahabat, keja dan lain2 lagi. banyak,bukan? ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dipikul oleh sembarangan orang. jika manusia itu mampu. dia hebat. hebat dari pelbagai segi, IQ, EQ dan SQnya.

hari ini aku mahu berkongsi sedikit apa yang aku rasa mengenai komitmen. komitmen terhadap sesuatu perhubungan. tidak kiralah hubungan kekeluargaan atau hubungan suami-isteri, adik-beradik dan seangkatan dengannya.

bagi aku,seseorang yang betul2 yakin dengan dirinya sahaja yang boleh merancang dengan baik sesebuah pelan bagi memastikan kelancaran dalam sesuatu perhubungan. dan pelbagai isu timbul dalam benak fikiran aku sebelum dan semasa aku mengadakan komitmen dalam sesebuah perhubungan.

dan aku rasa aku terlalu muda untuk memberikan sepenuh komitmen dalam perhubungan.

betulkah?

ini andaian yang aku buat jika aku masih mahu meneruskan tangungjawab yang sedia ada ke arah yang sebuah perhubungan lebih siriyes.

1. muda lagilahhh.
muda? ceh!! 23 sudah umur nak menececah masih dikatakan muda!! muda wat~~ ececee.. tak nak ngaku! pelbagai persoalan yang muncul dalam kepala otak aku yang suka berfikir ini. antaranya : adakah aku terlalu muda untuk adakan sebuah komitmen perhubungan dengan bakal pasangan ku kelak? bukankah aku terlalu muda untuk menjaga hati2 manusia yang baru wujud dalam hidup aku? pandaikah aku ambil hati manusia2 itu? cukup matangkah pendapat aku yang aku utarakan nanti? siapa mahu dengar aku nanti jika aku terlalu muda untuk adakan komitmen dalam perhubungan ini?

nih pun merupakan hayat muda aku. sekali dalam seumur hidup. mahu rasa semua yang perlu aku buat. semua mahu cuba,setiap benda. bagilah peluang untuk aku rasa. kalu dah pegang title "tunang" atau "isteri". semua tu dah tak boleh. terbatas. terbatas semuanya termasuk ruang dan waktu. haish.

2. anak sulung dan banyak lagi komitmen lain.

sulung!! sah kau tak boleh adakan komitmen dengan pasangan kau nanti. nanti siapa mahu jaga adik2 kau? siapa yang nak bagi duit sekolah? siapa? nanti kau lupa adik2 kau bila kau ada pasangan kau nanti,camna? ibu bapa kau? nak bergantung pada siapa?bolehkah aku hidup tak dak ibu abah t? sapa nak bagi nasihat kat aku t?

boleh ker?? boleh ker??

3. banyak aktiviti lain yang tidak sanggup aku lepaskan.

aku sukakan aktivti lasak dan mencabar. aku suka buat semua benda sorang2. aku suka. rasa macam burung merpati. cewahhh!! nampak sahaja macam jinak tapi aku susah nak didekati. orang selalu salah sangka kata aku peramah,padahal aku pemalu. tapi itu semua orang tak percaya. maybe jugak sebab perwatakan aku yang kasar. tapi elok juga,cuma orang terdekat boleh kenal aku siapa. baik buruk dan tunggang langgangnya hidup seperti aku. aku seronok sangat jadi aku sebenarnya. bertapa aku sukakan cabaran sehinggakan aku terlepas ke sarawak bercuti sorang2 untuk tempoh hampir seminggu.

boleh ker nak buat semua kalau selepas kahwin nanti? terbatas2.

4.minat pada moto berkuasa besar
mampukah aku tinggalkan minat aku ini untuk lebih fokus dan siriyes pada masa akan datang kelak. ini minat aku sejak dari aku kecil. wahai perempuan,sabarlah jika kau terpaksa melupakan minat kau ini. simpan sahaja dan kuburkan minat kau ini. haish,tapi mampukah?? bagaimana pula jika komitmen kau pada perhubungan yang ada sekarang tidak membenarkan apa yang kau minatkan. kau diam sahaja kah??

boleh beri peluang nanti jika kesempatan. boleh ker?? banyak lagi menda lain perlu kita fikir.

5.sayang dengan apa yang aku ada sekarang.
maksud aku kehidupan yang aku ada sekarang. masih seronok2. berpoya2. wahh,bukanlah mainkan hati lelaki2 yang ada kat luar sana yang aku maksudkan. apa yang aku maksudkan sayang mahu meninggalkan apa yang aku ada sekarang. kawan2, kehidupan solo yang masih kanak2 riang, pergi ke sana sini, buat ikut suka hati, kawan dengan semua orang, sayang semua orang. nak buat itu, nak buat ini. haish, macam2lah lagi.

macam awak sayang nak tingalkkan dota,macam tu jugak saya.

6. salah percaturan dengan pilihan yang aku buat sebelum ini.
apa yang aku maksudkan adalah selama ini aku buat keputusan yang salah. sepatutnya aku tidak patut ada apa2 komitmen penting lagi. sebab gatai sangat, aku mengiyakan pilihan itu. dan itu tidak sepetutnya berlaku sejak awal2 lagi. salah aku kah yang buat pilihan??

betul ke kita salah?? atau salahkah kita mencuba?

7. ada orang lain sebab tu tak nak teruskan apa yang kau ada sekarang?
hell. itu tak dak kena mengena dengan kehidupan aku. aku rasa aku tak boleh nak jaga sesuatu perhubungan itu dengan baik. bukan sebab ada orang lain atau apa. aku rasa macam menyusahkan diri pun ada bila main kayu banyak nih. satu pun pun haru biru kalau dua naik biru2 hitam gelap,pehtu faham2 sendirilah.

saya perlu seorang jah. perempuan bukan boleh kahwin 4 pun. macam awak boleh 4,kan?

8. terlalu memaksa, dipaksa atau terpaksa?

aku terlalu memaksakah dalam sebuah perhubungan itu?? dia bagaimana? terpaksa atau dipaksa untuk ada kan sesuatu yang tidak ada supaya menjadi ada. itukah? atau bagaimana? betul2 keliru.

9. perbezaan latar belakang, minat dan lain2 lagi.
benda ini buat kita kadang2 bergaduh. jika tidak boleh beri komitmen pada sesuatu baik jangan beri pada mula. jangan langsung. bagaimana kalau tolak ansur itu wujud. bagus juga. kau dan aku saling2 tukar minat. kita share sama2. baru hidup kita variasi dan tidak mudah bosan.

saya mudah bosan. saya akui itu. saya tahu awak terima saya walaupun daripada ceruk sampah saya datang. terima kasih untuk itu. hargai sangat.

itulah beberapa andaian yang aku telah buat sebelum dan sedang mengadakan sebuah komitmen perhubungan. tetapi aku juga buat beberapa kesan2 yang mungkin aku terima dan bakal aku tempuh jika aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sebuah komitmen perhubungan yang mungkin tidak sepatutnya berlaku sebelum ini.

1. umur penghalang.
habis tu sampai bila kau betul2 bersedia untuk sesuatu perhubungan itu. apa umur yang kau letakkan untuk kau lebih bersedia? 23 itu bukanlah muda sangat pun. kalu lelaki yalah!! mens begin at 40. kalu kau,mau kedut2 datang dah.

2. sampai bila mahu berseronok?
sampai bila itu aku sendiri tak tahu. yang penting aku belum puas lagi nak meneroka bumi ini. kalau dapat pasanagn yang memahami jiwa boleh pergi sana sini after kahwin or wateva. aku sanggup.

3. orang lain okeh jah. kenapa tidak kau?
mahu jugakkk macam orang lain itu. seronok aja. yang kahwin tu memanglah seronok tetapi lepas tu kita tidak tahu apa jadi,kn? sapa juga situasi, aku bukannya status macam mereka2 tu. tunang orang,isteri orang. hahha,kalu ada mungkin aku pun sama. jaga tatasusila dan lain2 perkara lagi.

4. mungkin lepas nih kau jadi andartu.
hahahaha,betul jugakk. dah tidak siapa mahu kalu perangai dan andaian2 kau tu masih dok bergolak dalam kepala. haish, Tuhan itu Maha Tahu. tak takut pun jadi andartulahh.

5. kau mungkin takkan jumpa orang macam dia lagi.
betul. itu aku setuju. mungkin juga dia patut ada lain tak sepatutnya dia tersilap jumpa aku dulu. atau pun Tuhan sengaja bagi dia temui orang yang salah iaitu aku sebelum jumpa yang betul2 sesuai dengan dia.

6. ada kesan lain lagi.
entah. mungkin. mungkin aku tak lupa kau. dan mungkin juga menjejaskan kehidupan aku. untuk lupa apa yang kita2 pernah lalui dulu2.

hurm,konklusinya. aku masih keliru dengan apa yang aku mahu sekarang. dan aku rasa kau dan aku juga sama bukan?

arghhhhh,komitmen!! cakap senang arhhh,buat tengok.. kau mampu??




p/s : untuk awak yang mungkin bakal baca. kita perlu banyak belajar lagi. mungkin. kita tak cukup kenal antara satu sama lain.

Friday, December 9, 2011

nota buat pengantin yang bakal jadi pengantin basi kelak



selamat pengantin baru wahai gadis sunti yang bakal bergelar isteri.

hurm,kak nana!! happy tak?? hihi,rasa macam baru semalam kita bergaduh bertekak, bersembang pasal hantu waktu kena rasuk, bergosip dan lain2 kerja kaum hawa buat bila berjumpa.

tip* top* tip* top*

dah nak kahwin. tapi eloklah pun. umur dah lanjut. tak leh jadi macam kak ti yang nak tunggu umur 30 baru nak kawen. hahahahha---> mati kalau kak ti nampak nih.

nota untuk kak nana,

kak nana. sudah bergelar isteri orang dan bukan lagi tunangan orang seperti dahulu2 kala. buah tangan dah jadi pengarang jantung pisang. pelissss, jaga baik2. jangan degil. dengar cakap suami walaupun uncle rahmat dia tersangatlahh penyabar dan baik orangnya-->biasalah orang perak memang baik. dia dah jadi suami tau!! syurga bawah tapak kaki suami. bukan ma lagi dah!! hihi

;)

nota untuk uncle rahmat,
jaga kak nana baik2 jugak. dia kasar dan garang macam singa tapi tugas anda paling berat tahu?? iyalah. mahu membentuk singa yang garang supaya jadi lembut dan manja macam kucing. auwwww~~

Ingatlah. perempuan adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok. Ada kalanya perempuan akan membuatmu begitu marah. Maka,ketahuilah. saat itu perempuan menghendaki kau sebgai suami menasihatinya dengan hikmah. sungguh. sesungguhnya mereka masih perempuan yang lemah dan suka pada kelembutan. namun begitu,harus juga ingat. dialah sebahagian daripada tulang rusukmu. jangan cuba untuk meluruskannya kerana dia akan patah, jangan pula biar dia bengkok kelak selamanya dia akan salah.

ingat. nasihat dengan bijak dan hikmah. itu simbol kekuatan seseorang lelaki yang bergelar suami untuk melayari bahtera perkhawinan bersama.

cewahhhhhhh!! gila panjang nota untuk uncle.








p/s : nasihat macamlah qilah dah kawen,kn?? apa2 pun tahniah. semoga berbahagia selalu. ;)

pepatah orang purba kala

"cari orang yang sayang kita lebih daripada kita sayang dia"

aku rasa ada benarnya juga. hahaha,tapi kalau semua orang sikap lagu ni,hidup macamana mahu aman, damai dan sentosa?

tak gitu abg long? kak ngah? adik ipar-duai?

entahlah. kenapalah entri aku dua tiga menjak cakap pasal "love euw--auww-auww" jer nih. haish. lain macam dah aku nih,dah tak brutal macam dulu lagi dah. hebat!!

apa2 pun. cakap zaman orang purba kala dulu betul. ikutlah. apa yang penting sayang diri kena lebih. pandai sayang diri dulu,baru boleh nak sayang orang lain. kalau tak reti jaga diri sendiri,tak payah nak gatai nak sayang2 orang lain.

bai~~

p/s : sayang awakkkkk. rindu awakkkkkk,nur aqilah rosli!! hahaha,gila!! ^^

angan-angan melangit

angan-angan yang terlalu melangit
tak mungkin akan dicapai
kalau ianya ada pun
pasti wujudnya keajaiban,bukan?

apa yang aku tahu, tidak semua yang kita mahu kita akan dapat semudah abc. kita perlu perlu berusaha dan terus berusaha untuk mencapai apa yang kita mahukan.

tapi,kalu sudah berusaha tapi tidak berjaya juga bagaimana pula?

*pening*

mungkin Tuhan itu Maha Tahu. Dia tahu apa yang lebih baik untuk kamu dan apa yang tidak baik bagi kamu. ingat! percaturan Dia Maha Hebat. yakinlah.








p/s : Tuhan aku mahu kau beri yang terbaik untuk aku dan aku tahu Kau tahu semuanya.
ameen ;)

Tuesday, December 6, 2011

personaliti anda mengikut tarikh lahir.

TARIKH LAHIR ANDA .

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

.....................................

mengikut tafsiran di atas janganlah hendaknya di percaya bulat2. yang mana positif dan kekuatan untuk personaliti anda, jadikan itu sebagai sandaran untuk hari akan datang kelak. gunakan sebaik mungkin. insyaAllah,pasti berhasil. yang mana negatif, perbaiki diri. sungguh nama pun manusia. memang ada kuat lemahnya.

salam sayang dari saya. bai~~ ^^

Monday, December 5, 2011

a lesson untuk hari ini.

Kalau kita terlalu sensitif dan cepat kecil hati selalunya kita kurang yakin diri dan tiada fokus tepat dalam hidup oleh Prof Dr.Muhaya

sungguh. ini aku. dari dulu sampai sekarang.

apa yang aku dapat hari ini. cari Tuhan bila masalah timbul. bukan dengar manusia-manusia lain berkata nista, mencemuh menghina, menuduh membabi buta. cari keluarga untuk bergantung semangat dan cari manusia bernama sahabat untuk minta nasihat.

saya maafkan semua orang untuk hari ini ;)