Sunday, December 11, 2011

benda2 yang boleh kau ikut serta daripada asyik tengok cerita2 berbulu2, menganyam ketupat dan seangkatan dengannnya.

hihi, hai!!

aku ada beberapa aktiviti yang boleh kau cuba. dan jika kau mahu ikut serta pun boleh. hidup sihat, minda pun kuat!!

*cewahhhh*

berikut adalah senarai aktiviti yang bakal aku lakukan dan telah lakukan ^^. dan kau boleh cuba jugakkk kalau kau mahu. seperti aku cakap tadi; badan sihat, minda kuat!!

*ngaummmmmmm*--> buat apa pun pantas!


a. paintball
permainan ini sangat menarik bagi aku. kerana ia memerlukan mental dan fizikal yang sangat kuat. fuhhh!!! aku kan gagah dan perkasa jadi permainan ini sangatlah sesuai. permainan yang memerlukan skill terbaik dari ladang supaya badan kita tidak akan bengkak2 dan lebam kelak. hahaha,percayalah!! ianya sangat fun!! selamat mencuba kawan2.



b. jogging adalah baik untuk kesihatan.
ini merupakan aktiviti yaang muncul dalam hidup aku disebabkan terlalu bosan dan banyak aktiviti lapang. jadi aku luangkan masa untuk berlari dan terus berlari. memandangkan aku suka berlari dan telah pulih daripada injured di lutut. maka dengan ini,aku berjogging sahaja untuk menghilangkan tekanan, rasa bosan, memenuhi masa lapang dan paling penting untuk fit!! yeah~~ Malaysia boleh!!

*sambil nyanyi lagu Negaraku depan laptop*

aktiviti ini tidak memerlukan kos. ianya sesuai bagi golongan yang mahu turunkan lemak2 di badan dan seangkatan dengannya. caranya mudah, anda perlu sukakan aktiviti ini dan buat terus menerus.



c. menunggang atv.
ini merupakan benda baru yang bakal aku cuba tidak lama lagi jika tiada aral melintang dan sewaktu dengannya. aku pun tidak tahu best ke tak. aktiviti ini perlu koslah sedikit tak macam jogging. yang pernah cuba tu,mestilah tahu seronok ke tak.. yang tak pernah cuba itu, ajaklah kawan2 pergi. jom2,moh ramai2 kita.



d. skyrunner seperti terbang sekejap ke langit!!
bagi mereka yang pernah nampak ini,pasti terfikir2 benda apakah ini. inilah skyrunner yang baru menjadi kegilaan anak muda remaja selain daripada berbasikal. ohhhhhhh,no!! mahu cuba?? boleh cuba di putrajaya. ini sangat fun!! bagi mereka yang takut gayat inilah masa untuk anda mencuba dan hilangkan gayat anda!!

*cewahhhh,macamlah aku tak takut gayat*



e. panjat2 bukit disekitar kawasan anda.
aktiviti rekreasi seperti ini sangat fun bila ramai2. jangan terlalu ramai,nanti pening kepala mahu jaga. ada yang tertinggallah, letihlahh, pancitlahh, cramplahhh and wateva benda2 yang lain. jadi pergilah bagi mereka yang belum mencuba.

okehh,kawan2. kepada yang ingin mencuba sesuatu yang baru!! jangan lepaskan. hidup muda hanya sekali!! cubalah,ya!! selamat beramal.

by the way, jagalah kesihatan dan adab kesopanan anda ketika melakukan apa2 pun jenis aktiviti.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

3 comments:

  1. wey aku nak join paintball..
    u dah tua stop thinking about skyrunner la weyh.. bknnya best pun..semua patah kang baru tahu

    ReplyDelete