Tuesday, October 1, 2013

Mencari Homestay Idaman di area Manjung, Perak??

hai2! masih tercari2 lagi homestay? gelisah tak dapat tempat nak berteduh malam? hotel area lumut terlalu mahal? ini ada suggestion untuk korang. ini dekriptif mengenai homestay ini.

Homestay Idaman

muka depan rumah! banglo.

Alamat : Homestay Idaman,
Pasir Panjang Laut,
32040 Manjung Perak.

JARAK : 
jarak ke Kunci Air: 10 minit
jarak ke Medan Selera : 10 minit
jarak ke Lumut : 20 minit
jarak ke Sitiawan : 15 minit
jarak ke Manjung : 10 minit
jarak ke Taiping : 1 jam 30 minit
jarak ke Ipoh :1 jam 30 minit

peta lokasi


HARGA : RM180

KEMUDAHAN
- 3 bilik berkatil dan 1 bilik solat disediakan
- 2 Bilik air
- 1 ekon
- kipas syiling bagi setiap bilik
- seterika
- Tv Toshiba LED

KEMUDAHAN TAMBAHAN
telah disediakan kemudahan dapur
- dapur memasak dan gas
- pinggan
- meja makan
- heater
- mesin basuh

Check in : 12 tengahari
Check out : 2 petang
bergantung juga kepada budi bicara juga.



bilik tidu utama berhawa dingin

dapur yang lengkap

ruang tamu hadapan

pesanan untuk korang!
rumah ini sesuai untuk percutian keluarga, pertunangan dan majlis kahwin.

Jika berminat sila hubungi saya ENCIK SAHIMI di talian 017-5605487. tempahan awal dialu-alukan. Terima Kasih.

Wednesday, September 11, 2013

abah.


kehadapan abah. orang yang paling paling sekali dirindu saat ini.

setiap apa yang ada hari ini adalah kerana abah. didikan abah. bantai balun abah. lawak abah. bersulam kasih sayang ibu yang melengkapi abah.

abah adalah manusia yang paling tak pernah meminta apa2. senyum tenang walaupun penat melayan kami anak beranak. habis kuat pun pergi tido menyepi sendiri. 

walau abah utamanya hanya selepas suami dan keluarga kedua, akak harap abah tahu. abah tetap lelaki nombor satu yang paling akak sayang dan lelaki paling gemokk kat hati ini!!-- walaupun abah kuruihhhh secara fizikalnya.

terima kasih abah. untuk semua :'(

Monday, September 9, 2013

Angka 24

Genap tahun yang ke 24..
Angka yang patut aku syukuri di atas nikmat pemberian Tuhan.

Syukur,
Angka 24 aku masih boleh bernafas lagi di muka bumi. Bukanlah hidup kaya mana, susah pun tidaklah juga. Tapi hidup dikelilingi orang yang tersayang itu adalah lebih bermakna.

Syukur ,
Angka 24 aku masih mempunyai abah dan ibu. Abah adalah orang yang tidak pernah gagal jadi yang pertama tiap2 tahun untuk ucap selamat hari lahir kepada aku. Tidak lupa juga ibu yang tak pernah lokek dengan ceramah dan kasih sayang kepada aku walaupun telah bergelar puan. Dan apa yang aku harapkan semua ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang. Semoga mereka berdua sihat2 selalu.

Syukur,
Angka 24 ini sudah punya buah hati. Buah hati yang tak putih mana tapi cukuplah manis itu ada. Terima kasih sebab jadi buah hati yang ada selalu untuk saya. Jadi teman untuk ketawa, teman berkelahi, teman borak, teman teriak dan juga teman bercinta. Terima kasih juga sebab layan karenah sumbing saya yang tiada henti. Moga awak sentiasa dalam barakah Tuhan. Jangan penat bercinta dengan saya.

Syukur
Angka 24 ini juga bakal menamatkan zaman belajar 5 tahun setengah. Zaman belajar yang dipenuhi dengan sahabat2 dan kawan2 yang hebat pesonanya. Tidak pernah berasa jemu untuk lihat tumbesaran badan ketak2 mereka hingga ke hari ini. Moga Tuhan panjangkan pertalian kasih ini sampai bila2.

In sha Allah
Angka 24 ini akan jadi sejarah paling indah buat rentetan aku sendiri pada masa akan datang. Moga kita menjadi berusaha lebih keras lagi untuk esok untuk hari yang lebih baik dan indah.


kekasih

terima kasih untuk semuanya Tuhan :')

p/s : untuk orang baru yang bakal lahir. Moga awak baik2 sahaja. :)

Wednesday, June 26, 2013

baju kahwin/nikah yang hendak disewakan.

baju pengantin laki & perempuan

beadings penuh di tangan dan kaki kain

panjang veil dan details penuh atas kepala 

pakat dengaq sini. ada baju nikah cantik murah yang nak disewakan dengan harga yang berpatutan. aku rasa hampa patut tengok! haha. lagu nih cerita dia.

setelah berbincang dengan kanda. kami berdua telah buat keputusan untuk menyewakan baju ini pengantin lelaki dan perempuan. daripada biar berhabuk dan berkepuk di dalam almari. dan sedikit sebanyak membantu korang yang bakal kawen tu jimat sikit duit disamping dapat share happines dengan weollllsss..

pengantin laki :
tinggi : 178cm (178-180cm boleh sebab labuh)
saiz : L & XL
termasuk sampin sekali.

pengantin perempuan :
tinggi : 159cm -- (160-163cm bolehh lagi sebab labuh kain leret belakang)
saiz : S dan M
termasuk tudung & veil dan bunga tangan.

jadi sapa2 yang agak2 hampir sama dengan kami ni. boleh ler sewa. harga kami letak sekitar rm 220 untuk kedua-dua baju dan 50 sahaja deposit. jika baju dipulangkan dalam keadaan elok. 50 deposit akan dipulangkan semula. Jimat tak? boleh nego lagi kalau adik beradik. hahaha :D

Lokasi baju untuk disewa Kuala Lumpur dan Perak.

ok2 apa boleh terus contact saya di 017-5357248 Qila


p/s : actually baju ini inspired by maria elena punya dress nikah dia. lebih kurang baju tu ler..

Tuesday, June 25, 2013

Mencari Homestay di Seri Manjung, Lumut Perak?

hai2.. sibuk nak cari homestay?  aku ada suggestion untuk koranglah. ini deskritif mengenai homestay yang wajib korang datang jika ada sebarang majlis seperti kenduri kendara, pertunangan ke, atau pun nak g bercuti dengan famili dan rakan-rakan. sila baca bawah :_

LOKASI : NO 46 SERI MANJUNG PERAK -- 1KM DARIPADA SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' SERI KAMARUDDIN 
ini rumah depan dia

JARAK : jarak dari Janakuasa TNB sultan azlan shah : 2KM
jarak ke teluk batik : 12KM
jarak ke LUMUT :10kM
jarak ke AEON : 8km
jarak ke teluk senangin: 20km
jarak ke lekir : 15km
dan 5KM ke IKM & KOLEJ KEJURURAWATAN MANJUNG

HARGA : RM180

KEMUDAHAN
- 3 Bilik berkatil & 1 bilik santai (bertoto)
- 3 Bilik air
- 1 ekon
- 2 kipas bawah , 4 kipas syiling
- seterika
- Tv Toshiba LED 29 Inci

KEMUDAHAN TAMBAHAN
telah disediakan kemudahan dapur
- dapur memasak dan gas
- pinggan
- cerek elektrik
- pembakar roti
- mesin basuh

Check in : 12 tengahari
Check out : 2 petang
+ bergantung pada budi bicara juga
kat bawah ni ada le gambaq sikit2 aku letakkan.


dapur lengkap.

bilik yang ada aircond

bilik lagi ada kipas jelah yang nih


p/s : pesanan untuk korang! rumah ini sesuai untuk percutian keluarga, pertunangan dan majlis kahwin.

Jika berminat sila hubungi saya ENCIK DIN di talian 016-2026443/ o17-5357248. tempahan awal dialu-alukan. TQ

Thursday, May 23, 2013

suami isteri

awak
masa dulu saya selalu cemburu tengok orang bercinta
diaorang selalu tangkap gambar sama sama
duduk rapat rapat 
pipi pula laga-laga 

tapi kita pula waktu itu
tangkap gambar jarang sekali
ada pun satu dua
itu pun jauh-jauh sekali. 

kekasih sampai syurga :)

awak..
saya tahu kita tak banyak gambar berdua dulu dulu
tapi sekarang semuanya dah lain awak
kita boleh bercinta macam orang yang saya selalu dok cemburukan tu.

tangkap gambar sama sama
duduk pulak rapat-rapat
pipi pun boleh laga-laga! 
pahala pun dapat

kan? yeay!!

penamatan sebuah cinta dongeng

Assalamualaikum w.b.t

Hai! Dah genap dua bulan aku dah sah jadi isteri orang. Baru nak buat review sebuah kisah dongeng dalam kamus hidup aku. mai dekat. dekat sikit. aku nak habaq kat hampa pasai aku menikah hari tu. Alhamdulillah. aku ngan kanda telah selamat dinikahkan pada 23 Mac 2013 yang lalu.


Sampai sekarang, aku asyik tanya soalan yang sama pada kanda. sebab aku masih lagi tak percaya. inilah orang tua tua habaq miang keladi! hah,aku lerr tuh!! HAHA

antara soalan yang biasa aku tanya kanda

"eh,kita ni dah kawen eh?"
"Orang dah jadi isteri ke?"
"kita boleh pegang dah eh? pahaleee eh?"

aku ingat lagi. Walaupun sibuk berpraktikal di Kajang dan berulang alik Kuala Lumpur –Taiping tapi aku masih sempat jeh nak siapkan persiapan majlis perkahwinan yang Ala-aladin. Tapi aku puas hati sebab apa aku impikan dapat okehhh!  Yang penting baju manik aku jahit sendiri.

*senyum bangga*

Penat lelah aku ngan kanda kumpul duit even tak jangka pun nak kawen dalam waktu belajar tapi terkawen jugak. Dulu masa nak kena pinang. Takut jugak kena marah dengan abah, opah, ibu, along, acik, adik beradik, jiran, kawan2, ular, biawak. Ok, dah merapu. Tapi bila dah kena pinang, semua jalan macam laju sampai waktu kawen semuanya mudah. Alhamdulilah.

Kalau nak kata tak dak gaduh tu tipu sangat ler. Siap cakaran harimau, cakaran mentadak semua keluar. Tapi kami dua buat cool jeh terutamanya kandalah. kadang2 dia bukan tau pun aku kagum dengan sikap cool dia tu. 

Sebelum kawen, aku takut jugak keputusan yang dibuat tak betul. lama2 macam dapat petunjuk. Mungkin dia adalah jodoh terbaik aku. Aku pun terima tanpa segan silu. HAHAHA.

*kau memang gatal,kan?*

Sebelum kawen

Aku ingat lagi. Aku ada sembang dengan abah kat dapur.

Abah : kamu jaga diri kak. Pandai-pandailah nak bawak diri. Kamu kena ikut laki kamu.
Aku : yer, tahuuu.. tapi kami kan dok jauhhh.. abah ler jaga akak.. akak bukan anak abah,ke?
Abah : sekarang ye lah anak abah lagi. Kamu tu tanggungjawab abah lagi. Tapi lepass ini kamu bukan tanggungjawab abah lagi. Kamu tanggungjawab orang lain.
Aku : …..(tak dak jawapan)

*tunduk g bilik laju laju pegang fon*

Aku : Jangan tinggal orang
Kanda : Npe plak nih?
Aku : Abah macam tak mau bela orang lepas orang kawen dengan dia. Macam mana nih?
Kanda : Lepas nih awak tu tanggungjawab saya. isteri saya.
Aku : abah
Kanda : kita jaga depa nanti. Jenguk depa selalu.
Aku : … (lega)..
  
Pagi waktu nak kawen

Aku : abah, abah jadi wali tolong angkat nikahkan ke nanti?
Abah : tak. Takut. Tak ada kekuatan.
Aku : …(muka memujuk sambil pegang paha abah)..
Abah : …(muka senyum).. mintak maaf tak dapat. Abah takut kak. Macam rasa kena kawen plak.
Aku : haihhh! Ke situ plak abahnyee… takpelahhh,abahhh kan tak sayang.
Abah : Bukan tak sayang.. tapi takut!!
Aku : ok lah kalau macam tu..

Aku pun gegas siap dan rombongan lelaki dan perempuan akan tunggu di masjid. Aku akan datang lewat sikit. Lepas siap pakai baju nikah impian aku tu, aku terus gerak ke masjid. Kawan baik aku faeizah yang tolong bawakkan aku. Abah tunjuk tanda gud (tumbs up) kat aku. Dalam hati, bolehhh tahan cara abah nak puji. Hihihi,tapi aku tak berapa nak konpiden pakai make up rasa macam pondan!

*gatai*

Sampai dekat masjid. Nampak kanda dari jauh. Ntaq mesej kat dia.
Aku : amboihhhh,segakknya. Nak p menikah ngan sape??
Kanda : eh, dia mana? Dia mana?
Aku : dalam hati. Hahaha

*cewahhhhhh*

Kesimpulannya, seorang ustaz telah mewakilkan pihak abah untuk nikahkan aku dengan kanda. Pehtu, kami dah sah jadi suami isteri. Yeayyy!! Eh,silap excited sangat ler plak. kat bawah sikit jah gambaq menikah. nanti aku hapdate lagi kalu tak busy body okehh? :)

suami isteri

jemahsss yang datang
kawan2 lentiq zaman dulu2
outdoor :)

the end :)

p/s : salam sayang untuk semua. kawen awal weh kawen awal!! :P


Wednesday, March 13, 2013

marry me..

lagi 10 hari.

dap

dup

dap

dup

dap..

okeh,bilang hari.. debaq baq hang!!!

:)

Sunday, February 10, 2013

ca ya ci nun alif na = cina

tahun ini tahun ULAQ!! orang cinalahh kata. aku bukan percaya sangat pun. ulaq ka biawak ka apa ka.

bagi aku setiap kelahiran di muka bumi ini memang telah tertulis dan ditetapkan sejak azali. Tuhan telah menetapkan sendiri siapa jodoh mereka, apakah rezeki mereka, bagaimanakah nasib mereka, bilakah ajal mereka dan lain2 lagi.

dan aku teringat artikel yang aku baca berbunyi seperti ini.

barang sesiapa yang mahu mengubah nasib diri mereka sendiri maka mereka sendirilah yang harus mengubahnya dengan cara berusaha dan yang paling penting adalah doa dan tawakal pada Maha Esa.

jadi tak kisahlah kau lahir tahun apa pun. yang penting kau jadi orang baik2 sudahlah,kn?


sapa lahir tahun ulaq? angkat tangan cepat :p

haishhh,nak jugak tanya tu. HAHA


okeh, kawan2 yang di hormati. mari dekat pakai mai la tengok nih. ini dia kawan aku. aku panggil dia cina dah hampir 5tahun setengah aku kenal cina nih. tahun nih baru nak buat OFFICIAL punya wish after lima tahun berkenalan.

teo siok yin
selamat hari raya cina, CINA! : D



p/s : in shaa Allah kalu umuq hang panjang. hidayah hang sampai. status agama hang pun bertukaq. yeayyyy! time tu aku tak panggil hang cina dah. aku panggil mualap plak. hihi

mai doa2 ramai moga2 bertambah satu lagi umat islam :)

Saturday, February 9, 2013

angka

nampak tak angka apa tu?

in sha Allah semuanya akan berjalan seperti yang dirancang. lain2 persiapan macam berjalan seperti biasa. aku sahaja yang hangat2 tahi itik. bajet D.I.Y bagai alih2 R.M.A (ready made already) teruk2. memandangkan status yang digalas terlalu banyak. kebanyakkannya masa tidak mencukupi. kadang2 rasa macam menyesal pun ada. tapi aku ingat pesan abah "benda baik takkan kita nak tolak".

rezeki itu pasti, Allah s.w.t akan tolong. percayalah :)

untuk pengetahuan setakat ini sekolah praktikum di Sk Semenyih 2 berjalan lancar seperti biasa. cuma kali ini aku lebih banyak belajar. aihh,maklumlah pensyarah yang menilai salah satu panel penggubal kurikulum sektor Pendidikan Khas. memang mencabar. yang penting info yang diberikan bagus dan kita boleh aplikasikan sampai aku kerja kelak.
 
oklah. all da best uolllllssss :)