Tuesday, September 29, 2009

sinergi yang hilang

hari ini hari silent.
sinergi yang kuat itu
makin pudar

dan kemudian
hilang.

sebelum dan selepas

mari ikuti kisah budak2 belajar kompetensi kecerdasan emosi (KKE). sebelum dan selepas mereka belajar subjek ini. mari lihat watak2 di bawah :

sebelum:-
watak pertama :
chot2.

perwatakan :
selalu main mesej waktu belajar

selepas :-

analisis : didapati chot2 menjadi semakin beremosi setelah belajar subjek kke. berangan sahaja kerjanya. tetapi dia tidak lagi mesej semasa belajar. sekurang2nya dia berubah.


sebelum:-


watak pertama :
ganu


perwatakan :
selalu sedih dan merasa dirinya tidak sempurna

selepas :-

analisis : ganu didapati sangat berwibawa. dia sudah belajar mengenal emosi dengan lebih baik. di samping belajar untuk menikmati hidup. lihatlah dia sekarang. owh,tidak~^^

sebelum:-


watak ketiga :
eja in the blanket


perwatakan :
suka kotorkan baju

selepas :-

analisis : eja udah belajar kke. jadi dia bukan lagi budak yang suka kotorkan baju. dia dah pandai. dia guna biozip macam ika. baju lama pun nampak baru. ini semua hasil belajar kke.

...............................................

kesimpulannya : mereka berubah secara drastik setelah belajar menegenali emosi masing2. samada berubah dari sudut positif atau negatif. terima kasih.

majulah sukan untuk negara!!!!!!!!!!!

Monday, September 28, 2009

nota pendek buat manusia sejagat.


hati merah mahu bicara
buat manusia sejagat di atas.

melangkah sudah beribu batu.
sudah pasti ada yang tersungkur. tergelincir. terseliuh atau segala macam ter lagi.
oleh itu, aku mahu bilang sama kamu.
iya. kamu.
manusia sejagat.

pertama :
jika ada orang lain marah, maki, hina.

tindakan :
senyum sahaja

kedua :
jika ada yang bilang salah satu antara kamu tidak cantik/kacak :

tindakan :
diamkan sahaja.

ketiga :
jika ada yang bilang kenapa kamu suka amik gambar?

tindakan :
amik sahaja gambar dengan dia. kerana dia kepingin juga.

keempat :
jika ada yang bilang kenapa kamu diam?

tindakan :
jangan ingat am i talking to the wall?

kelima :
ingat pesan ni. kita belajar kke. eq mesti tinggi.

......................................................

huh,penat aku.
apa aku mencarut entah.
selamat tinggal manusia sejagat.

hidup cepat pulih.
kerna aku sangat letih.

hihi.
julai-disember 2009

Saturday, September 26, 2009

ini keluarga baru.

aku punya keluarga baru.

kata mereka :
asal dengan kau ni huh?
makin tua makin berjiwa muda pulak.

jawab aku :
memang aku muda apa?

balas mereka :
cis!

gerakbalas muka aku :
^^

mari kenali keluarga baru aku. sini. tengok bawah.

nama aku bul-bul
aku ketua di sini.
umur aku 25 tahun.

nama aku mus-mus
umur aku 24 tahun
berasal dari k-el

nama aku dan-dan.
nama sebenar aku pondan.
aku dijumpai di kedai mamak.

nama aku pula mun-mun
aku pandai gelak.
gelak setan!

*jijik gila kau nih,mun-mun*

nama aku pula puk-puk
nama betul aku bapuk.
aku juga dijumpai dikedai mamak oleh seorang gadis

ini keluarga baru kami.

bahagia kan? kami anak angkat. mahu beli kami. boleh dibida harganya. bergantung kepada ketua kami. ^^

kepada silent reader itu. makasih.
masa makin suntuk ya?

Thursday, September 10, 2009

dalang tembelang ii

manusia kelas atasan. jijik kan?

mari. dengar kisah kedua aku. mari sini. dekat sikit. aku mahu khabarkan sesuatu. mengenai manusia sejagat diatas. pasti kalian tidak kenal. mereka ini manusia2 pinggiran.

kepada lelaki jagoan se-malaya!

mereka sudah berpunya. manusia di atas ini juga telah mengenakan aku di rumah setelah puas aku dihentam hebat di kelas pada hari petang bersejarah aku. owh,tidak mungkin. aku dihentam hebat.

terima kasih
untuk semuanya ya?^^

dalang tembelang i

keluarga au~ta sahaja. tapi siriyes bahagia!^^

kalian. dengar sini. aku mahu cerita lagi. kali ini. mengenai kisah2 dalang yang terdapat dalam kalangan manusia2 di atas. hurm, terjadinya kisah ini bila mana umur aku makin menginjak dewasa. hahaha. maksud aku. usia aku sudah menginjak ke alam 20-an. tapi itu hanya pada nombor kan? aku masih muda pada zahir dan batinnya.

percayalah~

mari dekat sikit. aku mahu kenalkan dalang-dalang yang terbabit pada hari bersejarah aku.


kekejian muka dalang pertama

kejijikan pada muka dalang kedua


kejelitaan pada muka dalang ketiga

kelicikan muka dalang keempat


auta sedih dalang kelima

kisahnya bermula bila mana di suatu petang yang sunyi. dingin. hujan renyai2. suram ja suasana. auta jalah. jangan percaya sudah. lihatlah manusia2 sejagat sedang sibuk. maksud aku. mereka benar2 sibuk. seorang pun tidak peduli sama aku. tidak mahu dengar aku. huh, sedih gila. semua tak sayang.

mereka sedang menyibukkan diri.
kemudian.




















terjadinya tragedi september
pada tarikh 09 sepetember 2009.


pang! ades.

owh, tidak. apa putih2 ni?

aku masih suci. sesuci tepung.























setelah dihujani dengan tepung2.
mari lihat bawah.
betapa kasihan sama aku.


aku masih chantek kan?


bang2 boom!

keji2.

apa2 pun. masih mampu senyum walaupun dalam mulut punya tepung! kave2. takut tertelan.


hurm,begitulah alkisahnya mengenai manusia2 sejagat yang terlalu lama berdendam untuk kenakan orang2 veteran seperti aku. owh, tidak mengapa. kerana aku benar sayang kalian. benar sayang. terima kasih untuk semuanya.

manusia sejagat. harmonis kan?

hidup tidak selalunya indah. tapi kita sendiri yang perlu mengindahkannya bukan?^^


Sunday, September 6, 2009

silent ii

maaf kerana sudah lama menyepi. mungkin masa yang terlalu suntuk aku amati bersama manusia-manusia itu makin tipis. nipis. ya. benar2 menyesakkan nafas tenggorakan aku. sehingga sampai satu tahap aku mahu berhentikan waktu itu. jam itu. minit itu. saat itu.

aku harap ini terbaik buat aku dan manusia2 yang aku sayang itu. bak kata pepatah kalau orang yang kita sayang elok kita tinggal-tinggalkan. tapi.

tapi.

kalau betul2 tinggal. bagaimana? aku rasa tidak akan ketemu lagi manusia seperti mereka itu. argh,mereka itu sangat baik. bagus. chantek. maksud aku benar2 tau!

kepada belog aku. sudah lama aku tidak mengungkai kata. tidak membicara jiwa. owh,sangat kasihan.benar kasihan. tiada kata bukan beerti tidak mahu bicara. tiada rasa bukan beerti hati merah itu mati. kan?

p/s : aku terpaksa pergi dulu. nanti aku update entri lagi eh. owh,aku tersangatlah sibuk! percayalah~lalala^^


Saturday, September 5, 2009

ayuh sayang!


hari makin suntuk sayang. ayuh! nikmati semua ini.

Thursday, September 3, 2009

aku bukanlah superman.

sejak dua menjak. hati tidak tenang. apa di dalam benak fikiran. aku sendiri tak pasti. rasa macam ada batu belah batu bertangkup ja dalam kepala aku ni. kalian penah rasa tak apa yang aku rasa?

*siriyes*

rindu rumah. siriyes. rindu adik2 aku. ni ibu punya pasal la ni. kata sama aku yang adik selalu rindu bila aku tidak ada rumah. huhu,alih2. aku rindu adik aku. hahaha,aku kalah pada adik aku. siot2. malu2.

situasi pertama :
aku ada di sungei wang. telefon aku pulak buat hal. boleh dapat terima panggilan saja. owh,sangat sedih. tiba2 panggilan abah masuk. abah. tanya khabar aku. aku bilang sama abah handfon rosak la abah. buat nada sedih. kot2 dapat handfon baru ka. ^^

talian beralih tangan bila mana adik mahu cakap sama aku. kalian. adik aku ni baru 13 tahun ja. perangai mengalahkan budak 3 tahun. aduh,nampak ja mature. tapi alahai~ dia masih budak. jadi kalau jumpa jangan kata dia cantik. nanti dia perasan lebih2. kalah aku.

*batuk kecik*

adik : kamu kaya gila kak.
aku : apanya?

adik : kamu ada callerringtone.
aku : ceh.

adik : ni lagu apa eh?
aku : aku bukan superman. kenapa? kamu tak pernah dengar ka?

adik : pernah. tapi tak tahu lirik. adik dok dengar ringtone kamu la. adik dok hafal
aku : hahaha,kampung gila kamu ni.

*gelak besar*

adik : kuangjar la kamu ni kak. aku tahu la kamu dok bandar.

*terkilanlah tu. hikhik*

adik : kak,kamu nyanyi la jap.
aku : akak,kat supermarket lah ni. orang tengoklah. malu. dah la kawan akak ada kat sini ni.

*tengok kiri kanan. nyanyi jugak la nada rendah*

aku : dah ar. akak segan ar. kawan akak tengok2 dah. t balik akak nyanyi.
adik : balik pat tau.

talian tamat.

kesimpulannya : aku menang. dapat ikat adik aku dengan sebuah lagu. walaupun lagu bukan berunsur nasyid atau apa. sekurang2nya ada orang rindu sama aku! kan? nak harapkan kalian. mesti kalian akan kata owh,perlukah itu? iya kan?

situasi kedua :
bila balik rumah waktu cuti sekolah baru2 ini. sampai2 aku kena terkam. kalian pernah tengok klip video orang kena terkam dengan harimau kat zoo singapura. harap pernah. aku kena terkam macam tulah. nasib baik. tiada kesan calar balar pada makan dan muka aku. kalu tidak.

*tak ngaku adik,okay?*

dia suruh aku nyanyi. haha,aku pun nyanyi dengan bersungguh2. sedapnya bukan kepalang. bayangkanlah pukul 9malam aku sampai rumah. aku sampai ja. kena nyanyi. tak sampai nak pukul kepala biar tergoncang sikit gegendang telinga itu.

tengah nyanyi. tiba2. pekikan dari seorang wanita yang bergelar isteri kepada abah aku. dan ibu kepada anak abah aku. nyaring sungguh suara.

pekikan itu : oiiiiiiiiiiiiiit,sudahlah nyanyi. berdesing telinga. dah malam ni. masuk tidoq cepat.

*lari lintang pukang masuk bilik sambung nyanyi*

kesimpulannya : aku dan adik seri kena marah.

situasi ketiga :
bila cuti nak habis. masa makin suntuk untuk aku membelai2 dan bercakaran dengan adik2 aku. aku dah la tak beli lagi tiket lagi masa tu.

aku : bu,nak balik dah. jap gila cuti.
ibu : nanti adalah orang rindu kamu. dok tercari2 mana kawan nak bergaduh nak bercakar.

*pelik*

aku : sapa?
ibu : tu hah.

adik yang nak masuk bilik tak jadi.bila mana ibu tengah menunding jari mengatakan dialah orang yang rindu aku. hahaha,aku gelak setan. kejar adik aku. dia tak lari. macam nampak hantu. tapi dia jalan dengan laju. macam angin tiup membelai pipi runcing aku. kalian fikir apa? maksud aku. apa aku buat selepas itu.

nak tahu tak.
tak nak.
sudah.

*tapi aku nak cerita jugak*

aku membuntuti adik aku samapi ke dapur. mula2 dia lari ke bilik adik laki aku. kemudian ke dapur. sambil tu sakat2 dia. tapi kalian. tiada adegan cakar mencakar okay? dia sampai kat dapur. dia buka paip. lap air mata.

*huh?*

siriyes. sambil tu aku ejek2 dia. haha,kamu sayang aku rupanya. aku lari bertempiaran satu rumah bagitahu semua orang yang adik aku sayang aku. huhu,puas hati. adik aku tewas. ada air dimata dia. aku pulak. boleh tertouching sekejap.

*peluk*

kesimpulannya : adik aku yang berumur 13 tahun ni. sayangkan aku. haha,aku menang lagi.

situasi keempat :
bila mana sudah di cheras. berjauhan dari keluarga. owh,tidak. hanya beberapa hari saja. 3 hari saja pun. aku tak sedap hati. argh,siot! aku rindu rumah. sedih gila. kali ini aku tewas. tewas dengan diri sendiri. tapi takpa. rindu rumah ja. perkara baik apa.

*jangan fikir bukan2 lah*

hurm,rindu2. tak tahan dah ni. call jugak. nanti nak bukak puasa sudah.

jam 7.01 malam.

tut..tut..tut..

no yang anda dail tidak dapat dihubungi. maaf.

...............>gimik ja. abah angkat.

aku : abah. rindu rumah.
abah : nangis dah.

aku : mana ada.

urgh,malu2. tahan2. selindung sebalik suara. hahah,takut nampak sangat tidak cantik bila muka basah2. abah ni. macam tak faham pulak. orang rindu rumah la. abah memang tidak suka bila mana nak berdepan dengan situasi2 bila aku lalui saat genting macam ni. jadi dia.

abah : nak cakap ngan ibu ka?
aku : a`ah. ibu. ibu rindu rumah.

ibu : awal lagi. baru ja balik ari tu. adik kamu pun rindu jugak tergedik2 cari sapa nak basuh pinggan lepas makan. sapa nak ngemas rumah bila bersepah.

situasi di atas nampak macam aku seorang bakal isteri yang solehah. haha,siriyes. jangan sesekali denial apa yang aku kata.

*ngerti?*

aku : ibu la ni. kata rindu2. panggil adik ibu.
adik : akak2.

aku : kamu rindu akak ka?
adik : taklah sangat. kak2. adik dah tahu lagu superman. dapat lirik dari kawan adik

aku : kamu mintak ka?
adik : dia bagi.

*poyo lah. orang dah tahu lama la dik oi*

adik : kamu nak dengar adik nyanyi tak?
akak : nak.

adik : aku bukanlah superman. aku juga bisa nangis. bila kekasih hatiku pergi meninggalkan aku. bapak ku selalu berpesan denganku. laki2 tak boleh nangis. harus selalu kuat harus selalu tabah.

tiba2.

adik : kak,adik lupa pastu.tak hafal lagi. pastu sambung dia lagi camni. tapi mengapa sakitnya cinta buat aku menangis. aku bukanlah superman.

lalala. dia masih menyanyi lagi. argh,tak larat nak tulis.

jeritan2 kawan aku berkumandang waktu adik aku melagukan. tapi dia terlalu khusyuk menyanyi. huh? teruk gila kan? budak2 sekarang ni. fi`il nya sangat banyak. ades.

aku : okay. puas? huhu. rindu kamulah. dah sekarang dah okay sikit.
adik : ok. ni ada lagi orang nak cakap.

aku : sapa?
adik yang aku yang lagi cantik : kamu jangan nangis dah tau. tak mau nangis2 dah.

aku ; okay. tak janji.

tamat.

kesimpulannya : dah rindu nak buat bagaimana. aku tewas. tewas dengan rindu adik2 aku. raya dah nak datang. tak sabar mahu pulang. tunggu aku ya? di sini. bukanlah mahu cerita aku menang atau tidak. maksud aku. argh,kalau namanya adik beradik. air di cincang takkan terputus larh. rindu itu masih ada walaupun sentiasa bercakaran.

iyakan? setuju tidak?

p/s: untuk kalian. pesan aku. beli tiket raya awal2. t habis. takut tak dapat pulang. nanti jangan pula rindu rumah. rindu adik. rindu akak. rindu abang. rindu mak. rindu ayah. ingat tu!^^


Tuesday, September 1, 2009

tunggu sekejap.

pagi. hujan. gila. aku memang pemalas nak bangun. duhai apa nak jadi ni? syaitan apakah yang merasuk segenap ruang tubuh aku ni. hahaha,syaitan keji. dah kena gari pun masih nak memalaskan aku.

*sebenarnya salah sendiri*

tiba2 teringat lagu lama. p.ramlee. tunggu sekejap!!

tunggu sekejap.
duhai kasih.
kerana hujan masih renyai.

tunggu sekejap
dalam pelukan asmaraku.
jangan bimbang
walaupun siang akan menjelma.

*batuk*

lama dah tak menyanyi lagu ni. sweet gila lagu ni. walaupun lama. tapi sayangnya aku tak suka tengok filem melayu lama. hahaha,bukan sebab aku ni tidak menghargai karya agung lama.

kalian jangan la beritahu sama orang lain. ini rahsia kita dua tahu. maksud aku. kalian dengan aku saja sudahlah. eh? sila angguk kalau setuju. kalau tak annguk. skru tenggorakkan kalian tercabut nanti.

*ish2*

entah. bosan kot. sebab televisyen dulu tak dak kaler. jadi tak tau nak beza. owh,saya tidak suka. sangat tidak suka. siriyes. menjengkelkan betul aku ni.

tapi, aku tidak denial tiap perkara yang mereka lakukan.
kerana karya dahulu sangat agung.

p/s : tiap perkara di atas tidak ada kena mengena dengan tajuk entri. walaupun ada kena mengena sikit2. entri ini hanyalah gurauan cuma semata. dek kerana tunggu hujan renyai berhenti berlabuh.

....>untuk kamu yang tahu siapa kamu-terima kasih. untuk itu. ini. itu juga. apa2 ja lah.^^

takut tapi mahu

aku makin takut hilang kalian. aku benar sayang kalian. aku takut. masa ini terlalu suntuk buat aku. aku terlalu takut untuk menyatakannya. tapi aku mahu kalian tahu aku sayang kalian. kita sudah macam adik beradik.

*auta jalah*

tapi benar. aku terlalu takut. aku mahu kalian bersama aku. sama kita jalan seiring. pegang tangan bersama. berjalan menyata cinta. memaki hamun. bercanda tawa. sedih bersama. tangis sama. tanggung beban bersama. gaduh bersama.

tapi entahlah. tapi tu buat kita makin rapat. sehingga ada manusia yang selalu menghina dan mengeji kita tu lari keluar kerana kerjasama keji kita. hurm,tapi aku tidak kisah. sebab kalian ada sama aku. entah. walaupun keji tabiat itu. tapi aku suka.

*aku buat muka jijik*

kalian. kalau masa itu masih ada. aku mahu ulang cerita kita. biar berputar ligat dalam benak kepala. biar aku simpan kenangan kita mengembara bersama. walaupun hampir setengah tahun. tapi aku rasa masa itu suntuk sangat buat aku.

sungguh. aku sayang kalian. harap ukhwah kita hingga hujung nyawa. sebelum itu,biarlah sisa baki masa ini aku hirup. aku mahu menikmati masa ini. masa ini bersama kalian.

*tunduk*

p/s : i love you!!!

cheras
8malam.