Friday, October 28, 2011

meet my man yang merangkap boifren dan kekasih gelap..

dialahh~~



ABAH saya.


anak samseng jalanan. abah lelaki melayu terakhir abad ini.

dia lelaki yang paling baik penah saya jumpa.

*memanglah sebab tu abah kau,kn?? qilah! rasa nak menc**** shfgsfyhtygjhxbfjhfg*

hahahaha,teruk!

abah.
dia lebih baik daripada boifren2 dan kekasih gelap yang penah saya ada.

*cewahhhh,tipu!! macamlah banyak kekasih kau ada! ceittt*

abah;
dia yang jaga saya bila saya demam teruk.
dia yang paling risau bila saya kena angin dan migrain teruk.
dia yang paling suka paksa makan ubat.

abah;
dia yang paling kalut bila saya kemalangan 2007. (dosa sebab derhaka dekat abah)
dia yang paling risau bila saya masuk wad nak kena operate.
dia yang paling banyak soal bila saya kena jawab dengan hakim mahkamah pasal kemalangan 07'

abah;
dia selalu ada bila jatuh bagunnya saya.
dia yang selalu bagi semangat bila nak amik periksa--> dll
dia jugaklah yang banyak tnya lepas saya interbiu maktab.
dia selalu hantar mesej. ---> abah doakan kamu. abah selalu doakan anak2 abah.

*touching bila baca, tahu?*

abah;
dia merupakan orang pertama yang ucap selamat hari lahir pada setiap tahun hari lahir saya.

*huh?dah kata abah lagi baik daripada boifren2 dan kekasih gelap yang penah saya ada,kan?*

abah;
dia jarang mengeluh.
dia suka bagi nasihat. tapi selalunya dia sampaikan dekat ibu. dan ibu bagi ceramah macam radio!!

HAHA,teruk!

abah;
dia suka bercerita perihal kami adik-beradik dekat saya walaupun saya dah dengar cerita yang sama berulang-ulang.

saya tahu abah sengaja cari peluang untuk berborak. rindulahh tu. ^^

abah;
dia sayang saya. tapi sebenarnya dia sayang anak lelaki dia lagi. lebih.

boleh nampaklahh abah!!--> jeles

abah;
dia selalu dengar saya membebel2 kat adik2.
dia tokok tambah bila saya membebel kat adik2.

waktu tu paling seronok,tahu?

abah;
dia sebenarnya kuat merajuk.
kalau tak telefon lama, dia akan kata :

abah : ingat dah lupa abah.

kadang2

abah : saja telefon. rindu. kalau nak harap kamu. haish.--> talian mati

kadang2

adik : kakak! abah tanya kamu tak ingat rumah ke?

kadang2 jugak

adik : kakak! abah suruh kamu telefon dia balik.

----> nampak sangat kau teruk qilah!! macamanalahh kamu boleh lupa boifren kamu yang sebaik ini.

nota cinta untuk abah;

abah. akak minta maaf selalu tak balik rumah. akak sibuk sangat. sibuk dengan urusan maktab. urusan kerja. urusan suami, anak2, rumah, mak mertua. --> mula tipu dah. ok2,back to topik. akak, nak mintak maaf sebab selalu lupa abah. walaupun secara fizikalnya nampak macam akak nih lupa. (aku memang pelupa,teruk!). tapi akak tak abah. abah selalu kata abah doakan akak. doakan anak2 abah. sedih tahu bila baca,abah. abah. akak tak lupa abah. betul. tak lupa. abah selalu ada dalam doa akak setiap kali lepas solat.(harap abah tahu). akak selalu doa. untuk abah dengan ibu.

doa untuk kedua ibu bapa --> wajib hafal.
mana ada doa untuk boifren kawan2. ingat tu!! ^^

walaupun jauh. akak tak pernah lupa. abah,terima kasih sebab jadi abah akak. abah adalah abah terbaik pernah akak ada.(macamlahh ibu kawen 4,HAHA). terima kasih sebab jaga akak dengan adik2. walaupun akak tak secara totally nya jaga adik2 dengan baik. abah, terima kasih sebab sabar dengan perangai kami, adik beradik. sebab sabar dengan kata2 yang mungkin tak sedap didengar. abah, terima kasih sebab jaga ibu ngan adik2 walaupun akak tak dak. akak tahu abah kuat.

abah. terima kasih sebab jadi lelaki paling gagah dalam keluarga kita walaupun akak tahu abah selalu minta ibu sokong abah dalam diam. abah,terima kasih untuk semuanya. terima kasih sebab jadi lelaki paling atas dan paling gemok dalam hati merah saya. abah, nak apa mahu saya bila saya kawen t. saya mahu suami macam abah. walaupun tidak sesempurna abah. tapi nak jugaklahh macam abah. tak kira. mohon Tuhan dengar saya. bantu saya dan abah saya dan keluarga saya.

terima kasih,abah. ailebiu sangat.^^

akak.

Monday, October 24, 2011

semua cukup rasa.

hey,terima kasih.
untuk ini.








saya dapat tengok menara condong ini.
betul2 condonglahh!










terima kasih sebab berhenti ;
untuk lihat mulut melopong saya,
untuk ukur betapa luas mulut saya ketika melopong nganga.

terima kasih sebab berhenti ;

untuk lihat kegedikan saya mahu amik gambar,
untuk mengukur bertapa tingginya tahap gediknya saya waktu.

*sampai orang lain pandang2*

malu. aihhh

tapi tak mengapa;
semua itu buat saya saya sayang kamu juta2 lagi. juta plus2 tahu?


p/s : penat suruh drebar tu bawak saya laju2 jumpa kamu

Saturday, October 15, 2011

bila rasa-rasa sinis itu jadi rasa sayang eh- rasa sayang-sayang eh-

sumpah. aku suka.

rasa itu makin bercambah
dari hari ke hari.
walaupun ada surut turun naiknya
tapi aku suka.

ianya masih bertahan
biarpun siang malam sering bertukar rupa
walaupun ada juga yang mencaci hina
tapi aku suka.

harapan aku.
agar rasa-rasa sinis itu selalu bertukar rupa.

yalah.

tukar kepada rasa sayang eh-
rasa sayang sayang heh-
HAHA. gila!!

;)

Friday, October 14, 2011

jumaat.

hari ini rasa nak menulis.
tapi bila mana jiwa tiada untuk itu.
maka jadinya tak ikhlas.




p/s : hujan kat luar. tunggu matahari terbit