Sunday, August 30, 2009

pinjam sem-minute!!

puasa sudah menjelang. hurm,makin menginjak dewasa aku ni. cepat sangat masa berlalu. memang benar. demi masa. manusia dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh.

puasa. macam2 agenda yang penuh di benak hati. harap menjadi. tiba2 tekenang zaman muda waktu puasa dahulu kala. hahaha,aku tahu kalian juga punya cita sama macam aku. tapi nantilah aku mahu cerita sama kalian pasal kisah zaman muda remaja waktu bulan puasa.

tapi sekarang. entri aku bukan pasal puasa. tapi pasal kerja. argh, tensen. abdomen2 makin sakit. macam bob the builder tu. hahaha,ada kena mengena ka? bongek gila.

hahaha. sepatutnya bulan puasa penuh keberkatan. mulai sujud khadam menghadap-Nya. tapi aku? argh,bergelumang dengan kerja yang terbengkalai. argh,hina gila rasa. makin dewasa. cewah, makin dewasa. maksud aku, makin tua makin menjadi pulak.

dah2. masa berceloteh sudah habis. harap cepat berlalu. ada sesiapa mahu sedut penat aku? lelah aku bergelumang dengan kerja yang bertimbun macam busut ni. <....owh,percayalah aku!

pesanan untuk diri sendiri : dasar pemalas itu pemalas juga! dah2 pergi buat kerja cepat! adoi2..^^

Wednesday, August 19, 2009

kali ini aku biar lagi tanpa title.

hampir menjelang tengah malam waktu itu.

soalan diajukan kepada manusia bernama aku.
sama seolah pistol terarah ke arah muka.
pisau belati dihunus di perut.

apa perlu dibuat?

terlalu sukar menyata itu
kerana aku pernah merasa kehilangan
sama seperti kamu juga.

jangan usung aku mengait mimpi
jikalau itu bukan pasti lagi.
kerana aku penat untuk menanti hadap.

....................

aku takut untuk menapak.
kerna sakit itu masih berbaki.
celanya masih ada.

cheras
pagi.

Saturday, August 15, 2009

rehat.

aku perlu rehat. hati membungkam penuh sifat amarah. hurm,entah apa yang tidak kena.ada saja yang mengganggu. owh,sesungguhnya aku benar2 buntu rehat yang cukup.

ada sesiapa yang mahu sedut penat aku? kalau lah dunia ini ada vaccum yang boleh sedut penat. agaknya aku orang pertama kot. atau mungkin dunia juga buntu satu mesin seperti ini.

*garu2 kepala*

gila apa. tapi betul juga. nanti semua orang tak penat. tapi,kalau semua orang tak penat sapa pulak nak penat. ish,tak boleh jadi juga. tak mengapalah. tak payah ada mesin tu lah. sebab manusia dah cipta alat urut. Ogawa.

tiba2 teringat iklan ogawa. jalaluddin hassan. beli satu percuma satu. poyo gila. kalau kalian salah satu pembeli ogawa. mesti tahu iklan ni kan? familiar gila. kadang2 menyampah juga aku tengok.

*tahan gelak*

sebab aku dah promote alat urut ogawa kat kalian. maknanya pihak ogawa harus bagi saguhati aku kat aku ni. hahahaha..

*sila angguk cepat*

sudahlah. aku nak rehat. banyak sangat mengarut dah sampai kan iklan ogawa pun masuk. nasib baik kalian tak sempat dengar aku celoteh pasal iklan bio aura yang paling aku menyampah tu.

owh,pls. bawak aku jauh2 dari iklan yang menyampah2 tu. pls,someone bantu aku disini. rehat2. sambil nak termuntah terkenang2 iklan tu.


p/s: owh,tidak~tolong tutp tv untuk aku. tiba2 iklan bio aura muncul menerpa. off pls!!!!!!!!!!!!!


Friday, August 14, 2009

imiginasi ii

bisik kamu :
"aku cinta kamu,sayang!"

bicara aku :
hanya senyum.

bisik kamu :
tidur sayang. aku ada untuk kamu.

bicara aku :
menghela nafas kecil.

.......................................

harap esok masih ada untuk kita,
kekasih.

aku tahu kau dengar aku.
^^

p/s: tatkala melihat siaran ulangan program tv sehati sejiwa. adus,poyo gila!

Thursday, August 13, 2009

En. Bintang 14.

aku mungkin tidak pandai berkata bunga
hanya berbasa basi di tepi jalan.

untuk itu terima kasih.
ya. mahu ucap itu.

kerana sanggup ada di tepi jalan
dengan aku.

maksud aku.
sekarang.

..............................................


cheras
3pagi..


Tuesday, August 11, 2009

pesanan dia..

"Jadilah ilmuan yang berjiwa hamba.."
...................................................

pesanan itu aku simpan erat.

cheras
1.30ptg.

Monday, August 10, 2009

apa jawapan kamu kalau ini aku tanya?

kalau aku mahu tanya kamu.
"mengapa kamu tinggal aku dahulu?"

atau

"kemana kamu hilangnya pergi?"






rasanya..

apa jawab kamu ya?

..........................................................................
aku sangat penat.
Tuhan,send me somone pls
mohon itu.

Saturday, August 8, 2009

ada. tiada. ada. tiada.

hati merah mahu berbicara lagi
kerana ia sudah sangat penat.

mudahnya bicara
berbahang rindu bertaut kembali.
mengapa begitu mudah sekali.
kau fikir apa ya?

istana pasir yang terpempan indah.
sudah roboh pintu gerbangnya.

memang sabar itu fitrah manusia
tapi manusia seperti aku.
begitu sukar mendakap sabar.
sabar itu ada batasnya bukan?


hati merah sudah penat!
owh,tidak mungkin..


Friday, August 7, 2009

sakit malas.

aku malas.

nak aku tolong eja tak?








m.a.l.a.s!


malas~

('_')

Wednesday, August 5, 2009

kalau di beri pilihan..

kalian. hidup ini macam2 dugaan kan? ada turun naiknya iman. ada pasang surutnya cinta. ada kecil dan besarnya impian. bukan begitu? hurm,dalam hidup ini tidak semua apa yang kita mahu kita boleh dapatkan. betul tak? kalau sokong aku. kaulah sahabat. kalau tak sokong. kau macam sotong! hahahaha^^

tajuk entri kali ni. aku pun tak tahu bagaimana boleh tercetus. pada mulanya. aku hanya duduk bersembang dengan kawan aku. macam2 yang dibualkan. owh,Tuhan sesungguhnya aku terlalu sayangkan kawan aku yang satu nie. dia ada dengan aku.

selalu.
maksud aku benar2 ada.
susah aku.
senang aku.
sedih aku.
ketawa aku.

hurm,kali ni. bukan nak bercerita mengenai kawan baik aku yang sorang ni. tapi mengenai aku. kalau kalian mahu juga turut serta aku tidak keberatan. sama layan kerja gila dan impian aku. mana tahu kalau cita rasa kita sama? tak gitu? mana tahu kau dan aku. kita boleh jadi kawan baikkan?

*setujulah cepat*

ada beberapa soalan disini. yang cuba aku lontarkan kepada diri aku sendiri. macam2 jawapan boleh diterima pakai. aku harap begitu larh. mana taknya aku bagi soalan aku lah jawab. takkan kalian kot. tak gitu? jom kita test mana tahu citarasa kita sama.

kalaulah diberi pilihan :

a. aku nak bersuamikan lelaki tua yang kaya. hahaha,sesungguhnya aku ni manusia yang bermata duitan. owh,percayalah aku.
b. aku nak hantaran kahwin aku sebijik moto Ducati.
c. mahu kenal dengan lelaki selekeh yang kaya.
d. aku nak punya kawan macam diana sekarang ni. hahaha,harap2 dia tahu aku sayang dia.
e. aku nak punya suri rumah ramai2. sebab aku memang pemalas. nanti yang extra maid tu aku suruh tolong mak ayah aku.
f. nak ada sekolah sendiri. nak ajar anak murid aku sendiri supaya jadi macam aku.^^ macam besh ja aku ni kan?
g. aku nak buat dunia ni tak laku dengan wang. tapi laku dengan budi pekerti sebab aku ni lemah lembut. hahaha,percayalah.
h. mahu tadbir dunia sendiri. ala2 george bush tu.
i. aku mahu bila bangun pagi. ada ja orang tepi aku. tunggu aku bangun. sedia makan untuk aku. siap suap2 lagi. besh kan?
j. nak ada katil yang besar dalam tu ada air. nanti boleh lompat2. boleh kurus cepat sikit.

*angguk cepat*

hurm,kalau ikut semuanya aku nak ubah. nanti pasti dunia huru hara pulak kan? tapi pilihan itu mustahilkan.^^

Sunday, August 2, 2009

apa itu betuk?

sudah lama aku tidak menulis entri kan? ada juga yang bertanyakan kemana perginya aku? huhu,aku sibuklah sikit. masalah banyak. minat untuk menulis terbuku sebentar. rindu itu ada. tetapi tidak mampu. mungkin entri aku sebelum ni amarahnya tinggi. kini. aku kembali tenang.

mahu tahu sesuatu? aku kembali pulih. marah itu masih berbaki. tetapi biarkanlah. mahu tahu satu benda. agak kelakar lah juga. kalu tidak pada kalian. huh,ada aku kisah? ^^

ikan oh ikan. apalah nasib kau~^^

situasi pertama :
kawan aku mula menyoal apa itu ikan betuk? bagaimana cara idea itu tercetus. bila dia terlihat muka aku dan kawan aku sorang lagi tergedik2 di hadapan dia.

kawan aku : weh,korang tahu ikan betuk tu ape?

aku : hotak kau. ikan apa tu? tak pernah dengar pun.

kawan aku : adalah sikit macam muka kau. 30% muka si mun. 70% muka kau ( si penulis ).

aku : agak celaka lah kau~

kawan aku mula berjalan menyoal kawan2 yang lain mengenai ikan betuk. dengan muka yang agak2 bengong2 unta. dia menyoal kawan2 yang lain.

*aku tahan gelak tengok*


kawan aku : weh,asal aku tanya sorang pun tak tahu. apalah. mak aku nak buat bisnes pasal ikan ini!

aku : boleh jalan ka? macam tak glamour ja.

kawan aku : tunggulah aku nak search ternet
.

*dia berlalu lari2 masuk dalam kelas nak search bahan. ^^ikan betuk bunyinya. aku ngan yang lain gelak2 bahan dia. *


2 minit berlalu..


5 minit berlalu..


10 mint berlalu..


akhirnya...


satu suara sayup2 kedengaran. bunyi macam kawan aku ja ni. hahaha,mesti nak cerita pasal ikan betuklah tu. muka dia berseri2 bawak maklumat. pergh,kalian tak lihat muka dia waktu tu. mata bercahaya bak kilauan emas di raub pahang!

*tekup mulut*

kawan aku : weh2. nak tahu tak ikan betuk itu ikan apa?

aku : apa?

yang lain mula kalut2 nak tahu. muka macam ala2 kanak2 yang terlalu buntukan ilmu. cis! siot. perasan gila. tapi macam tu la lebih kurang muka kitaorang waktu tu.

kawan aku : ikan betuk tu ikan puyulah~
ramai2 : bodoh. katalah ikan puyu. semua orang tahulah.

* kawan aku buat muka bongek. ala2 pisang yang kena lenyek tu*

siriyes. huduh gila! dia jadi bahan sampai malam. kesian pun ada. tapi aku tak kisah. mahu tahu sesuatu lagi. kesinambungan cerita ini? .. mari sini.

situasi dua :
kawan aku. dia mula pelik dan fikir. rupa dia macam einstein waktu tu. dia pun hantar mesej pada mak dia. dia ini orang melaka. cantik tau! percayalah. cepat. angguk! okay. bagus!

mesej2 tersebut berbunyi begini.

dia : mak. ikan betuk itu ikan puyu ea?
mak : kenapa kau tanya.

dia : kawan2 orang tak pernah dengar.
mak : laa.. samalah. bongok!

hahahaha. dia cita sama aku. aku jaja cita dia kena bongok ngan mak dia kat kelas. satu kelas gelak gila. siriyes. macam setan gelak. setan gelak pun tak macam tu. kiranya adik beradik setan lah tu~ ^^

situasi tiga :
bila mana situasi ini terjadi pada aku. mahu tahu apa?

mesej masuk dalam handphone :

penghantar : qilah2. ikan betuk tu apa? diana dok kata dalam friendster tadi.
aku : huh,mana tahu ni?

*sebab aku belum bercerita lagi*

aku : diana. mana budak ni dapat tahu pasal ikan betuk?
diana : maybe dekat friendster tadi. aku cakap aku main2 ngan ikan betuk.

aku : okay.
penghantar : ikan betuk tu apa? yang di buat pada kertas tu ka? origami tu eh?

aku : taklah. bangang gila. p la search sendiri
penghantar : ok. nanti eh.

aku kata dalam hati. mentang2 budak seni. bis semua nak bersenilah. poyo. hahahahaha^^

cheras.
12.30tengahari.