Wednesday, August 5, 2009

kalau di beri pilihan..

kalian. hidup ini macam2 dugaan kan? ada turun naiknya iman. ada pasang surutnya cinta. ada kecil dan besarnya impian. bukan begitu? hurm,dalam hidup ini tidak semua apa yang kita mahu kita boleh dapatkan. betul tak? kalau sokong aku. kaulah sahabat. kalau tak sokong. kau macam sotong! hahahaha^^

tajuk entri kali ni. aku pun tak tahu bagaimana boleh tercetus. pada mulanya. aku hanya duduk bersembang dengan kawan aku. macam2 yang dibualkan. owh,Tuhan sesungguhnya aku terlalu sayangkan kawan aku yang satu nie. dia ada dengan aku.

selalu.
maksud aku benar2 ada.
susah aku.
senang aku.
sedih aku.
ketawa aku.

hurm,kali ni. bukan nak bercerita mengenai kawan baik aku yang sorang ni. tapi mengenai aku. kalau kalian mahu juga turut serta aku tidak keberatan. sama layan kerja gila dan impian aku. mana tahu kalau cita rasa kita sama? tak gitu? mana tahu kau dan aku. kita boleh jadi kawan baikkan?

*setujulah cepat*

ada beberapa soalan disini. yang cuba aku lontarkan kepada diri aku sendiri. macam2 jawapan boleh diterima pakai. aku harap begitu larh. mana taknya aku bagi soalan aku lah jawab. takkan kalian kot. tak gitu? jom kita test mana tahu citarasa kita sama.

kalaulah diberi pilihan :

a. aku nak bersuamikan lelaki tua yang kaya. hahaha,sesungguhnya aku ni manusia yang bermata duitan. owh,percayalah aku.
b. aku nak hantaran kahwin aku sebijik moto Ducati.
c. mahu kenal dengan lelaki selekeh yang kaya.
d. aku nak punya kawan macam diana sekarang ni. hahaha,harap2 dia tahu aku sayang dia.
e. aku nak punya suri rumah ramai2. sebab aku memang pemalas. nanti yang extra maid tu aku suruh tolong mak ayah aku.
f. nak ada sekolah sendiri. nak ajar anak murid aku sendiri supaya jadi macam aku.^^ macam besh ja aku ni kan?
g. aku nak buat dunia ni tak laku dengan wang. tapi laku dengan budi pekerti sebab aku ni lemah lembut. hahaha,percayalah.
h. mahu tadbir dunia sendiri. ala2 george bush tu.
i. aku mahu bila bangun pagi. ada ja orang tepi aku. tunggu aku bangun. sedia makan untuk aku. siap suap2 lagi. besh kan?
j. nak ada katil yang besar dalam tu ada air. nanti boleh lompat2. boleh kurus cepat sikit.

*angguk cepat*

hurm,kalau ikut semuanya aku nak ubah. nanti pasti dunia huru hara pulak kan? tapi pilihan itu mustahilkan.^^

No comments:

Post a Comment