Thursday, July 26, 2012

hadiah.

"Perkara paling manis ialah ketika dua orang saling rindu, namun tidak berkomunikasi tetapi  keduanya mendoakan didalam sujud masing2"


Tuhan bantu aku untuk kuat. kadang2 manusia seperti aku diuji turun naiknya iman. kadang-kadang memandang manusia lain yang mungkin imannya kuat atau agamanya lebih baik dari aku seakan-akan sama tingkahnya seperti aku atau kadang-kadang sebaliknya lebih teruk. 

arghh,mungkin saja aku yang cetek soal agama. mungkin manusia macam aku ini tidak mahu memahami mereka atau mereka buat-buat tak faham yang aku melihat mereka untuk dijadikan contoh. tapi mereka gagal menjadi contoh terbaik buat aku.

salah aku juga, penah aku terbaca satu buku (tak pasti tajuk apa). disitu tertulis contoh perempuan terbaik didunia ini adalah siti khadijah khuwailid, siti aisyah r.a. fatimah az-zahra. semua wanita, perempuan-perempuan, gadis-gadis mahu jadi seperti mereka tetapi tidak akan berjaya walaupun mereka ingin menjadi yang demikian rupa.

khilaf aku juga salah pilih idola, huhu.

Tuhan. aku tahun Tuhan. iman aku lagi nipis daripada kulit bawang. tapi aku cuba usaha untuk menjadi wanita solehah suatu hari kelak. insyaAllah aku sedang berusaha ke arah itu. cuma kadang-kadang halangan persekitaran yang membuatkan aku lemas untuk menjadi seperti mereka.

bantu aku Tuhan. bantu aku dan dia. supaya kami berdua kuat untuk saling mendoakan masing2 dalam sujud kami tanpa kami dua tahu apa ibabat kami kepada-Mu, Tuhan. aku tidak mahu kelak ibadat aku akan dipersoalkan. atas alasan apa yang perlu dan harus aku beri pada-Mu waktu tu. aku takut.

Tuhan. mungkin aku khilaf dalam membuat keputusan dan penilaian terhadap mereka-mereka. jika aku salah. Kau tunjuk mana elok dan betulnya. dan jika aku betul. kau perelokkan aku untuk aku terus dan terus mencuba untuk menjadi yang baik. InsyaAllah. dan Tuhan jangan Kau biar aku membuat apa-apa keputusan dalam hidup ini walaupun sesaat, sesungguhn-Nya kau lah sebaik-baik wakil yang aku ada. insyaAllah.

terima kasih Tuhan. hari ini aku belajar sesuatu. permudahkanlah kami ke arah yang lebih baik. :)


1 comment: