Thursday, June 25, 2009

tatkala melihat orang lain..

cemburu bertandang bila malam larut datang. tatkala melihat orang lain senyum. cemburukah aku? argh,persetankan rasa itu! hari esok akan menjengah. tapi aku? masih disini. tatkala orang semua lena diulit mimpi indah. aku pula? sibuk melayani hati gundah. biarlah itu berlalu~ andai itu takdir-Nya..

dia yang pernah bertakhta di hati..

bicara hati merah itu
kata rindu pada kamu
tatkala gerimis mengundang
mengusik jiwanya yang bergalang.

bicara hati merah itu lagi
apa khabarnya kamu disana?
sudah makankah?
cukup pakaikah?

kata hati merah itu.
dia mahu menjerit nama kamu.
panggil kamu pulang.
kerana bau kamu semakin hilang.

bisik hati merah yang kecil itu.
dia doa kamu.
pesannya jangan pernah lupa dia.
kerna dia juga pernah bertakhta di hati.


p/s : aku masih mampu tersenyum. hari esok tunggu aku ya?


No comments:

Post a Comment