Monday, June 15, 2009

terbang jauh surat cinta.

kali ney entri pasal surat cinta. hahaha,zaman muda2 dulu rajin juga berutus surat. macam2 jenis surat dapat.

surat cinta. surat di ajaknya bertumbuk. surat dari sekolah. surat dari posmen? dah tentulah kan? tidak puas sama akukah? tak mengapa.

hahaha. tapi adegan utus mengutus ni, aku rasa tidak lagi untuk zaman ini kan? kerana. dunia kan maju. sampai lupa cara nak utus surat. kalau dahulu suratlah paling canggihkan? pengikat kasih pasangan belangkas yang hangat bercinta.

sekarang peranan surat telah diambil alih oleh teknologi moden. sebagai contoh, sms, perbualan melalui telefon, chatting di internet.. hahahaha,gila! sapa terasa. buat muka tertelan biji durian tau!^^

surat bagaimana pula? aduh,ditinggalkan pula adabnya. pendek kata. dilupakan terus! macam kacang lupakan kulit. dan macam dia yang lupakanku tu! haha,aku bisa sengih. tapi....

*kelat*

patutlah cinta dahulu kekal kot. institusi perkahwinan tak runtuh. tak jatuh macam cendawan tumbuh kan?cinta dahulu hebat. tidak goyah walaupun taufan melanda. kira kalau tsunami datang tu. goyang2 inul ja! bluweks! suka hati aku la nak kata apa kan? tapi sekarang. mudahnya goyah.

mana tidaknya. kekuatan itu tidak ada. akar yang yang mencengkam tidak cukup kuat dan kukuh. kalau dahulu,surat itu ada sebagai pengukuh ikatan. secara literal nampak sebegitulah. hahaha,iyakan aja kalau tidak setuju pun. tidak salahkan? ^^

tapi sekarang tidak ada kekuatan itu! sebab itulah institusi perkahwinan kian jatuh. dan makin runcing. yang kasihannya kebajikan anak2 terbengkalai. disini. tujuan aku hanya nak berbasa basi dengan kalian. dan bukan juga promote surat cinta untuk memudahkan kalian bercinta.

hahahaha. indah apa dapat surat cinta. aduh! tingat plak kenangan disekolah. masa muda remaja. masa itu tiada lagi garis2 halus ketawa, garis2 halus di mata yang terbentuk secara semulajadinya apabila usia kita menginjak dewasa. tak nak sebut tua. ramai terasa kelak. termasuk aku!

seingat otak aku yang ligat berfikir ini. ingat lagi baik kata pantun yang selalu digunakan :

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap dibalas..

huwaa.... benarkah cinta itu buta? aduh,umur tidak sampai belasan tahun pun. sudah pandai berpantun!^^
tapi adatkan? masih adakah budaya itu lagi? ada rasanya kot. tapi tak ramai bilangannya.

pengalun jiwa yang mengalun irama cinta di surat2 merah hati. mereka melafazkan apa terbuku di dada sebagai pengikat janji! poyosh gila. tapi itulah. adat melayu menulis surat cinta. romantis katanya orang melayu lama.

secara konklusinya. tradisi surat cinta ini masih ada. walaupun sedikit bilangannya. kerana pengalun jiwa itu sangat romantis bicaranya ketika mencoret bait di papar merah hati itu. hahaha,teringin juga pengalun seperti tu la. keke^^

p/s : aku ada terima something! tapi bukan surat cinta tau! tapi... biarlah rahsia. untuk silent reader itu terima kasih ya?

No comments:

Post a Comment