Wednesday, June 24, 2009

siapa sanggup?

aku punya masalah. kalau kalian punya masalah sama seperti aku. kalian juga tentu fikir sama seperti aku kan? tapi tidak mungkin dengan idea sebongek aku! huhu. masalah aku. perlu penyelesaiannya.

*fikir ligat*

masalah dengan dapur dekat rumah sewa aku tu. huhu,memang la cukup. tapi ada yang kurang. huhu,dapur tu nadi sebuah rumah tau! ingat tu. kau tahu apa idea yang aku fikir. untuk selesaikan masalah ni.

idea tercetus dalam bilik air. waktu tu tengah gosok gigi. hahaha,banyak sangat fikir. kalau idea aku berhasil. sudah tentunya kawan2 serumah dengan aku tak perlu fikir2 lagi. dengan idea aku ni. ongkos juga dapat dijimatkan. kalian mahu tahu apa? dengar sini idea gila aku.


idea pertama :
aku kena kawin secepat mungkin.

idea kedua :
suruh teman rapat kawin dengan pasangan dia segera gila! sebab aku tak sedia lagi!

huhu,kalau idea ni menjadi. masalah aku selesai. nak tahu kenapa idea ni tercetus? kalau kawin kan hadiah dapat banyak gila. jadi jimat la sikit. kalian tentu perasan kan? hadiah orang kawin dapat sure ada barang dapur sikit. hahaha,hadiah tu boleh memenuhi ruang dapur sewa aku.

bijak tak? hadiah macam blander, set pinggan mangkuk, set minum petang, set minuman, periuk2, dapur2, tentu dapat waktu kawin kan? jadi. tak payah la susah2 nak beli.

huhu,kalau tak sanggup suruh teman rapat kawin. t boleh sapu hadiah kawin dia. keke,buat muka tak malu. kalaulah ada 10 orang macam aku. sudah tentu institusi perkahwinan kat malaysia ni runtuh. kes cerai sure meningkat! huhu.

*sengih*


aku ada war2kan hal ni pada teman aku. aku sarankan dia kawin. ikut idea gila aku. sian dia. sampai terbawak mimpi. huhu,fikir sangatlah kot apa aku bagitahu. tapi kalau jadi pun kira untung apa? hahaha.

jadi. tawaran kawin akan dibuka segera. masuk meminang aku. kerja gila betul! hahaha,kalau betul2 ada aku pun tak tahu nak buat apa. nantilah fikir idea gila lain. ini hanyalah imiginasi aku. tapi kalau benar terjadi tak salahkan. tentu bahagia gila rumahtangga. rumahtangga yang di bina atas dasar dapur sewa.^^

*gelak gatal*


AMARAN KERAS : kepada gadis2 diluar sana. jangan tiru idea gila ini. ini hanyalah imiginasi aku yang ingin menyelesaikan maslah dengan segera.

No comments:

Post a Comment