Friday, February 5, 2010

bila mana semua manusia tidak mahu melayan aku.

mencabar betul tahun baru ini bagi aku. bulan kedua telah mula menjengah hidup aku. semua gadis2 keluar bila di hujung minggu. aku pulak membosankan diri kat rumah. argh,semua orang sibuk. hinggakan terlalu bosan. aku perdendangkan lagu raya untuk diri sendiri.

oOOOoo~balik kampung..
oOooooo~ balik kampung!

siriyes huduh gila. terfikir juga mahu buat apa supaya tiap saat dalam hidup aku tidak terbuang begitu sahaja. ada beberapa senarai yang boleh digunakan,aku rasalah.depa dok ligat dalam kepala aku. menari2 poco2. antara idea yang difikirkan oleh aku :

1. mencari kerja part time
tapi sebagai pelajar. cara membahagikan masa itu sangat penting. tambahan pula aku ini sibuk. kalah perdana menteri. mahu jaga tubuh badan lagi. mahu jaga anak2 patung. mahu jaga rumah. mahu jaga kulit. sibuk memasak lagi. sibuk tido yang utama. kerana sebagai pelajar aku haruslah mendapatkan tido yang cukup. betulkan?

2. menjadi baby sitter
tapi tak dak pula anak orang aku nak jaga. setakat anak2 patung kat rumah ni adalah. takkan kot aku hendak belai2, bagi makan anak2 patung budak2 rumah aku tu. gila namanya. nanti budak2 rumah kata aku meroyan hilang anak pulak.

3. bukak pusat tuisyen sendiri kat rumah sewa.
aku masalahnya. aku tak reti. nanti apa2 jadi kena tanggungjawab. lagi pun apa aku ley ajar? setakat abc 123 one two tree ok la. masuk plak sejarah nanti.aku yang tido dulu kot. idea nih tak patut. dah la area rumah aku ni kawasan cina. tak pasal aku ajar alif baa taa nanti.
hahaha,padan.

4. buka kedai fotostat sendiri
sementara bajet masih ada. aku boleh gunkan ruang ini untuk menyibukkan diri dengan main dengan printer kat rumah dan bergelumang dengan ink2 hitam. tentu cumel muka aku waktu tu kan?
percayalah~^^

5.pergi ke kelas menjahit.
siapa punya idea bengonglah nih. dah la pergi kelas jahit kena bayar. dan aku pulak tak suka bab2 bayar. remeh plak tu. tunggu aku dewasa sikit untuk aku belajar2 semua nih. sekarang aku tak nak ada komitmen dengan kain2.

6. berkahwin
ini aku suka. haha,tapi calon plak tiada. aduh,kalau ada pun. sure tak cukup duit. haha,aku rasa idea ni paling bernas kot. bila dah kahwin. suami aku mesti datang jumpa aku. hahaha,sambil selam minum air. jadi hujung minggu aku pasti tak bosan. tak duduk sorang kat rumah dah. duit pun tak banyak habis. sebab aku ditanggung halal.

kalau ikutkan kesemua idea yang di beri memerlukan peruntukan yang tinggi. hurm,bingung2. bosan. apa aku merepek pun aku tak tahu. sia2. jika ada cadangan bernas sila kemukakan. terima kasih.

2 comments: