Wednesday, March 10, 2010

pesan abah ibu..

dah macam2 aku lalu bila jauh dari family. ibu abah dan adik2. rindu menjengah tiba2 kat semua orang.

aku teringat kisah2 cerita suka sedih kami sekeluarga sama2. bila aku pulang sahaja. ada kisah ibu mahu cerita. penah dia datang rapat dengan aku. cakap dengan aku depan adik2.

ibu penah pesan :
bila dah besar nanti
jangan lupa adik2
sayang adik2
tolong adik2

nasihat adik2
jangan gaduh dengan adik2
susah senang dengan adik2
gelak nangis dengan adik2.

mahu sahaja nangis depan dia. tapi di tahannya aku. adik2 pun genang2 depan aku. apatah lagi ibu. selalu mahu tunjuk kuat depan aku dengan adik2. ibu tak mahu aku lupa sepupu2 aku yang membesar bersama dekat umah opah waktu dulu2.

tiba2 teringat. waktu cuti yang lepas. masalah berkaitan keluarga aku. aku betul2 tak kuat. telefon ibu. kata mahu pulang. aku tak cukup kuat untuk dugaan ini. aku dengar ibu cuba sorok suara nangis dia. ibu kata kamu kena kuat kak. tapi dalam hati. aku tahu ibu sama macam aku.

cuma abah. dia tetap senyum walaupun hati dia menangis di dalam. abah betul2 tenang.
tenang untuk isteri dia.
mungkin.
tenang untuk anak2 dia.
itu pasti.

penah aku utarakan kat ibu dengan abah waktu dalam kereta.

aku : akak nak cepat besar. nak cepat dewasa. nak ubah semua2. akak rasa susah sangat sekarang. macam tak dapat nak tolong apa. i`m useless.

aku ditenang dalam kereta juga waktu itu.

ibu : akak kena lalui. zaman muda ni sekali ja. nanti dah besar, kamu tak rasa dah semua2 nih.
abah : waktu sekarang nih selagi abah dengan ibu ada. akak tak payah susah2 fikir. kamu masih tanggungjawab ibu abah lagi. faham?
aku : tapi abah. akak rasa lambat sangat.

*tunduk*

ibu : kita kena kuat.

=(

penah abah tanya aku. waktu aku duduk mengelamun.

abah : sian anak abah. kamu risau ka?
aku : tak. wat rilek sudah.

tapi dalam hati. aku tahu abah risau sama seperti aku bila fikir masalah kami sekeluarga. abah teman terbaik aku. dia manjakan aku. adik selalu kata macamtu. tapi adik tak tahu abah lagi sayang dia lebih dari aku. dan itu aku tahu.

abah pesan :
kita kena kuat. dunia makin lama makin kejam.bukan dunia kejam. tapi manusia yang tinggal di dunia itu membuatkan dunia sendiri kelihatan kejam. banyak manusia tidak boleh percaya. jangan percaya manusia lain selain keluarga sendiri. ibu. abah. adik2. itu sahaja. bukan abah tak bagi berkawan. tapi berpadalah. tahu?

*angguk*

kata abah memang ada benarnya. bila kawan yang depan kita. berkata baik tapi dibelakang kita menghina keji. hina plak disebar2kan. dapat pula dekat telinga sendiri. berapi2 rasa. menyesal tak percaya kata abah.

betul bila abah kata.
orang tua banyak makan garam.
lebih banyak pengalaman.

bila mana aku duduk diam sebentar. aku terfikir. daripada masalah yang menimpa ini, ada hikmahnya. aku belajar macam mana untuk hidup lebih kuat. macam ibu. macam abah.

masalah yang kami lalui,buat aku dengan adik2 aku bertambah2 rapat. erat. ada sahaja cerita di corong2 telefon kedengaran. gosip hangat. kawan2. periksa. hahahha,bukan main ghairah lagi bercerita.

dan untuk itu. aku tahu sesuatu.
Tuhan itu masih lagi adil untuk setiap umatnya,bukan?

labels ; tiap masalah ada himahnya,bukan?

3 comments:

  1. mmg betul setiap yg jd ada hikmahnya..
    kita cuma berharap,tp xsemua apa yg kita harapkan tu jd kenyataan..
    semakin kita dewasa,semakin bertambah pengalaman,tanggungjawab, ilmu n cabaran yg kita tempuh yg kita sendiri x terduga..bukan kita minta tp semuanya ditentukan oleh Allah..
    kak Eda ckp cmne sbb pengalaman byk mengajar kak Eda untuk jd cekal..so, kak Eda harap kamu bersabar setiap apa yg berlaku,dan kamu msti cekal untuk harungi segala yg bakal kamu tempuhi..
    may luck n happiness been with u 4ever..
    luv u dear..

    ReplyDelete
  2. macheh kak eda.. ^^ qilah dengar.. kadang2 nak ja give up..

    ReplyDelete
  3. TEPI SKET!!

    berusaha kak qilah!
    doa jgn lpe..

    ReplyDelete