Wednesday, May 26, 2010

perlu ker??



"aku adalah orang yang sudah terbiasa
menjadi orang yang biasa2 sahaja di depan kamu"

minta maaf untuk atas itu. mungkin biasa2 aku buat kamu dan aku beza. tapi beza itu bukankah indah? kalau dunia penuh dengan orang yang sama, perangai yang sama. tentu pelik bukan? dunia terlalu stereotaip. nampak bosan. tidak punya warna. dan aku tidak suka suasana itu. benci. kosong. tahu?

aku rasa aku tidak perlu ubah apa2 tentang aku,bukan? walaupun comot, hodoh, hitam sekali pun aku pada kamu. sudah namanya itu aku. mahu tidak mahu. itu kenyataannya. tidak perlu jadi orang luar biasa yang sanggup berpura2 suka tapi dalam jiwanya bernanah. penuh benci dan hina. jijik jika begitu. aku tidak suka.

teringat aku dulu2. waktu zaman muda-muda. yang masih ada lagi utusan surat wangi. bukan main lagi. mahu tiap2 hari kelihatan cantik depan dia. entah dia perasan atau tidak. waktu tu masih lagi berhingus. ada hati pula nak cuba bercinta. tapi disebabkan mahu jadi orang yang luar biasa di hadapan dia. muka putih suci sudah dirias merah. bukankah itu namanya pura2?

haish..

mujur habis situ sahaja. sekarang sudah lain. alam dewasa pula menapak. tak mahu ulang salah yang sama. tidak mahu lagi jadi orang luar biasa bila dihadapan dia. tak mahu. hurm,buat rosak muka sahaja. jadi yang biasa2 saja kan mudah. bukankah elok begitu?

..................................................

=)

tahulah yang aku nih
si comot hitam.



1 comment: