Saturday, December 10, 2011

cakap memang mudah cuba kau buat tengok!! mampu?

"KOMITMEN"

apalah maksud disebalik word ini "komitmen". komitmen merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa penjajah. perkataan seerti dengan komitmen adalah tanggungjawab. menurut kamus dewan bahasa tanggungjawab bermaksud kewajipan yang dipikul oleh seseorang; iaitu segala yang wajib ditanggung oleh seseorang itu.

satu perkataan yang mudah disebut tapi sukar untuk dilaksanakan. itulah komitmen. tidak kiralah apa dasarnya sesebuah komitmen itu digubal dan dilaksanakan. yang pasti komitmen adalah suatu tanggungjawab yang berat untuk dipikul.

tanggungjawab untuk Maha Pencipta, tangungjawab untuk kedua ibu bapa, adik-beradik, suami isteri, anak-anak buah, anak2 murid, keluarga, sahabat, keja dan lain2 lagi. banyak,bukan? ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dipikul oleh sembarangan orang. jika manusia itu mampu. dia hebat. hebat dari pelbagai segi, IQ, EQ dan SQnya.

hari ini aku mahu berkongsi sedikit apa yang aku rasa mengenai komitmen. komitmen terhadap sesuatu perhubungan. tidak kiralah hubungan kekeluargaan atau hubungan suami-isteri, adik-beradik dan seangkatan dengannya.

bagi aku,seseorang yang betul2 yakin dengan dirinya sahaja yang boleh merancang dengan baik sesebuah pelan bagi memastikan kelancaran dalam sesuatu perhubungan. dan pelbagai isu timbul dalam benak fikiran aku sebelum dan semasa aku mengadakan komitmen dalam sesebuah perhubungan.

dan aku rasa aku terlalu muda untuk memberikan sepenuh komitmen dalam perhubungan.

betulkah?

ini andaian yang aku buat jika aku masih mahu meneruskan tangungjawab yang sedia ada ke arah yang sebuah perhubungan lebih siriyes.

1. muda lagilahhh.
muda? ceh!! 23 sudah umur nak menececah masih dikatakan muda!! muda wat~~ ececee.. tak nak ngaku! pelbagai persoalan yang muncul dalam kepala otak aku yang suka berfikir ini. antaranya : adakah aku terlalu muda untuk adakan sebuah komitmen perhubungan dengan bakal pasangan ku kelak? bukankah aku terlalu muda untuk menjaga hati2 manusia yang baru wujud dalam hidup aku? pandaikah aku ambil hati manusia2 itu? cukup matangkah pendapat aku yang aku utarakan nanti? siapa mahu dengar aku nanti jika aku terlalu muda untuk adakan komitmen dalam perhubungan ini?

nih pun merupakan hayat muda aku. sekali dalam seumur hidup. mahu rasa semua yang perlu aku buat. semua mahu cuba,setiap benda. bagilah peluang untuk aku rasa. kalu dah pegang title "tunang" atau "isteri". semua tu dah tak boleh. terbatas. terbatas semuanya termasuk ruang dan waktu. haish.

2. anak sulung dan banyak lagi komitmen lain.

sulung!! sah kau tak boleh adakan komitmen dengan pasangan kau nanti. nanti siapa mahu jaga adik2 kau? siapa yang nak bagi duit sekolah? siapa? nanti kau lupa adik2 kau bila kau ada pasangan kau nanti,camna? ibu bapa kau? nak bergantung pada siapa?bolehkah aku hidup tak dak ibu abah t? sapa nak bagi nasihat kat aku t?

boleh ker?? boleh ker??

3. banyak aktiviti lain yang tidak sanggup aku lepaskan.

aku sukakan aktivti lasak dan mencabar. aku suka buat semua benda sorang2. aku suka. rasa macam burung merpati. cewahhh!! nampak sahaja macam jinak tapi aku susah nak didekati. orang selalu salah sangka kata aku peramah,padahal aku pemalu. tapi itu semua orang tak percaya. maybe jugak sebab perwatakan aku yang kasar. tapi elok juga,cuma orang terdekat boleh kenal aku siapa. baik buruk dan tunggang langgangnya hidup seperti aku. aku seronok sangat jadi aku sebenarnya. bertapa aku sukakan cabaran sehinggakan aku terlepas ke sarawak bercuti sorang2 untuk tempoh hampir seminggu.

boleh ker nak buat semua kalau selepas kahwin nanti? terbatas2.

4.minat pada moto berkuasa besar
mampukah aku tinggalkan minat aku ini untuk lebih fokus dan siriyes pada masa akan datang kelak. ini minat aku sejak dari aku kecil. wahai perempuan,sabarlah jika kau terpaksa melupakan minat kau ini. simpan sahaja dan kuburkan minat kau ini. haish,tapi mampukah?? bagaimana pula jika komitmen kau pada perhubungan yang ada sekarang tidak membenarkan apa yang kau minatkan. kau diam sahaja kah??

boleh beri peluang nanti jika kesempatan. boleh ker?? banyak lagi menda lain perlu kita fikir.

5.sayang dengan apa yang aku ada sekarang.
maksud aku kehidupan yang aku ada sekarang. masih seronok2. berpoya2. wahh,bukanlah mainkan hati lelaki2 yang ada kat luar sana yang aku maksudkan. apa yang aku maksudkan sayang mahu meninggalkan apa yang aku ada sekarang. kawan2, kehidupan solo yang masih kanak2 riang, pergi ke sana sini, buat ikut suka hati, kawan dengan semua orang, sayang semua orang. nak buat itu, nak buat ini. haish, macam2lah lagi.

macam awak sayang nak tingalkkan dota,macam tu jugak saya.

6. salah percaturan dengan pilihan yang aku buat sebelum ini.
apa yang aku maksudkan adalah selama ini aku buat keputusan yang salah. sepatutnya aku tidak patut ada apa2 komitmen penting lagi. sebab gatai sangat, aku mengiyakan pilihan itu. dan itu tidak sepetutnya berlaku sejak awal2 lagi. salah aku kah yang buat pilihan??

betul ke kita salah?? atau salahkah kita mencuba?

7. ada orang lain sebab tu tak nak teruskan apa yang kau ada sekarang?
hell. itu tak dak kena mengena dengan kehidupan aku. aku rasa aku tak boleh nak jaga sesuatu perhubungan itu dengan baik. bukan sebab ada orang lain atau apa. aku rasa macam menyusahkan diri pun ada bila main kayu banyak nih. satu pun pun haru biru kalau dua naik biru2 hitam gelap,pehtu faham2 sendirilah.

saya perlu seorang jah. perempuan bukan boleh kahwin 4 pun. macam awak boleh 4,kan?

8. terlalu memaksa, dipaksa atau terpaksa?

aku terlalu memaksakah dalam sebuah perhubungan itu?? dia bagaimana? terpaksa atau dipaksa untuk ada kan sesuatu yang tidak ada supaya menjadi ada. itukah? atau bagaimana? betul2 keliru.

9. perbezaan latar belakang, minat dan lain2 lagi.
benda ini buat kita kadang2 bergaduh. jika tidak boleh beri komitmen pada sesuatu baik jangan beri pada mula. jangan langsung. bagaimana kalau tolak ansur itu wujud. bagus juga. kau dan aku saling2 tukar minat. kita share sama2. baru hidup kita variasi dan tidak mudah bosan.

saya mudah bosan. saya akui itu. saya tahu awak terima saya walaupun daripada ceruk sampah saya datang. terima kasih untuk itu. hargai sangat.

itulah beberapa andaian yang aku telah buat sebelum dan sedang mengadakan sebuah komitmen perhubungan. tetapi aku juga buat beberapa kesan2 yang mungkin aku terima dan bakal aku tempuh jika aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sebuah komitmen perhubungan yang mungkin tidak sepatutnya berlaku sebelum ini.

1. umur penghalang.
habis tu sampai bila kau betul2 bersedia untuk sesuatu perhubungan itu. apa umur yang kau letakkan untuk kau lebih bersedia? 23 itu bukanlah muda sangat pun. kalu lelaki yalah!! mens begin at 40. kalu kau,mau kedut2 datang dah.

2. sampai bila mahu berseronok?
sampai bila itu aku sendiri tak tahu. yang penting aku belum puas lagi nak meneroka bumi ini. kalau dapat pasanagn yang memahami jiwa boleh pergi sana sini after kahwin or wateva. aku sanggup.

3. orang lain okeh jah. kenapa tidak kau?
mahu jugakkk macam orang lain itu. seronok aja. yang kahwin tu memanglah seronok tetapi lepas tu kita tidak tahu apa jadi,kn? sapa juga situasi, aku bukannya status macam mereka2 tu. tunang orang,isteri orang. hahha,kalu ada mungkin aku pun sama. jaga tatasusila dan lain2 perkara lagi.

4. mungkin lepas nih kau jadi andartu.
hahahaha,betul jugakk. dah tidak siapa mahu kalu perangai dan andaian2 kau tu masih dok bergolak dalam kepala. haish, Tuhan itu Maha Tahu. tak takut pun jadi andartulahh.

5. kau mungkin takkan jumpa orang macam dia lagi.
betul. itu aku setuju. mungkin juga dia patut ada lain tak sepatutnya dia tersilap jumpa aku dulu. atau pun Tuhan sengaja bagi dia temui orang yang salah iaitu aku sebelum jumpa yang betul2 sesuai dengan dia.

6. ada kesan lain lagi.
entah. mungkin. mungkin aku tak lupa kau. dan mungkin juga menjejaskan kehidupan aku. untuk lupa apa yang kita2 pernah lalui dulu2.

hurm,konklusinya. aku masih keliru dengan apa yang aku mahu sekarang. dan aku rasa kau dan aku juga sama bukan?

arghhhhh,komitmen!! cakap senang arhhh,buat tengok.. kau mampu??




p/s : untuk awak yang mungkin bakal baca. kita perlu banyak belajar lagi. mungkin. kita tak cukup kenal antara satu sama lain.

1 comment:

  1. ehem! byk bfkir skrg k.qilah..
    makin matang! n dh nk masak ranum ni..haha

    ReplyDelete