Thursday, September 3, 2009

aku bukanlah superman.

sejak dua menjak. hati tidak tenang. apa di dalam benak fikiran. aku sendiri tak pasti. rasa macam ada batu belah batu bertangkup ja dalam kepala aku ni. kalian penah rasa tak apa yang aku rasa?

*siriyes*

rindu rumah. siriyes. rindu adik2 aku. ni ibu punya pasal la ni. kata sama aku yang adik selalu rindu bila aku tidak ada rumah. huhu,alih2. aku rindu adik aku. hahaha,aku kalah pada adik aku. siot2. malu2.

situasi pertama :
aku ada di sungei wang. telefon aku pulak buat hal. boleh dapat terima panggilan saja. owh,sangat sedih. tiba2 panggilan abah masuk. abah. tanya khabar aku. aku bilang sama abah handfon rosak la abah. buat nada sedih. kot2 dapat handfon baru ka. ^^

talian beralih tangan bila mana adik mahu cakap sama aku. kalian. adik aku ni baru 13 tahun ja. perangai mengalahkan budak 3 tahun. aduh,nampak ja mature. tapi alahai~ dia masih budak. jadi kalau jumpa jangan kata dia cantik. nanti dia perasan lebih2. kalah aku.

*batuk kecik*

adik : kamu kaya gila kak.
aku : apanya?

adik : kamu ada callerringtone.
aku : ceh.

adik : ni lagu apa eh?
aku : aku bukan superman. kenapa? kamu tak pernah dengar ka?

adik : pernah. tapi tak tahu lirik. adik dok dengar ringtone kamu la. adik dok hafal
aku : hahaha,kampung gila kamu ni.

*gelak besar*

adik : kuangjar la kamu ni kak. aku tahu la kamu dok bandar.

*terkilanlah tu. hikhik*

adik : kak,kamu nyanyi la jap.
aku : akak,kat supermarket lah ni. orang tengoklah. malu. dah la kawan akak ada kat sini ni.

*tengok kiri kanan. nyanyi jugak la nada rendah*

aku : dah ar. akak segan ar. kawan akak tengok2 dah. t balik akak nyanyi.
adik : balik pat tau.

talian tamat.

kesimpulannya : aku menang. dapat ikat adik aku dengan sebuah lagu. walaupun lagu bukan berunsur nasyid atau apa. sekurang2nya ada orang rindu sama aku! kan? nak harapkan kalian. mesti kalian akan kata owh,perlukah itu? iya kan?

situasi kedua :
bila balik rumah waktu cuti sekolah baru2 ini. sampai2 aku kena terkam. kalian pernah tengok klip video orang kena terkam dengan harimau kat zoo singapura. harap pernah. aku kena terkam macam tulah. nasib baik. tiada kesan calar balar pada makan dan muka aku. kalu tidak.

*tak ngaku adik,okay?*

dia suruh aku nyanyi. haha,aku pun nyanyi dengan bersungguh2. sedapnya bukan kepalang. bayangkanlah pukul 9malam aku sampai rumah. aku sampai ja. kena nyanyi. tak sampai nak pukul kepala biar tergoncang sikit gegendang telinga itu.

tengah nyanyi. tiba2. pekikan dari seorang wanita yang bergelar isteri kepada abah aku. dan ibu kepada anak abah aku. nyaring sungguh suara.

pekikan itu : oiiiiiiiiiiiiiit,sudahlah nyanyi. berdesing telinga. dah malam ni. masuk tidoq cepat.

*lari lintang pukang masuk bilik sambung nyanyi*

kesimpulannya : aku dan adik seri kena marah.

situasi ketiga :
bila cuti nak habis. masa makin suntuk untuk aku membelai2 dan bercakaran dengan adik2 aku. aku dah la tak beli lagi tiket lagi masa tu.

aku : bu,nak balik dah. jap gila cuti.
ibu : nanti adalah orang rindu kamu. dok tercari2 mana kawan nak bergaduh nak bercakar.

*pelik*

aku : sapa?
ibu : tu hah.

adik yang nak masuk bilik tak jadi.bila mana ibu tengah menunding jari mengatakan dialah orang yang rindu aku. hahaha,aku gelak setan. kejar adik aku. dia tak lari. macam nampak hantu. tapi dia jalan dengan laju. macam angin tiup membelai pipi runcing aku. kalian fikir apa? maksud aku. apa aku buat selepas itu.

nak tahu tak.
tak nak.
sudah.

*tapi aku nak cerita jugak*

aku membuntuti adik aku samapi ke dapur. mula2 dia lari ke bilik adik laki aku. kemudian ke dapur. sambil tu sakat2 dia. tapi kalian. tiada adegan cakar mencakar okay? dia sampai kat dapur. dia buka paip. lap air mata.

*huh?*

siriyes. sambil tu aku ejek2 dia. haha,kamu sayang aku rupanya. aku lari bertempiaran satu rumah bagitahu semua orang yang adik aku sayang aku. huhu,puas hati. adik aku tewas. ada air dimata dia. aku pulak. boleh tertouching sekejap.

*peluk*

kesimpulannya : adik aku yang berumur 13 tahun ni. sayangkan aku. haha,aku menang lagi.

situasi keempat :
bila mana sudah di cheras. berjauhan dari keluarga. owh,tidak. hanya beberapa hari saja. 3 hari saja pun. aku tak sedap hati. argh,siot! aku rindu rumah. sedih gila. kali ini aku tewas. tewas dengan diri sendiri. tapi takpa. rindu rumah ja. perkara baik apa.

*jangan fikir bukan2 lah*

hurm,rindu2. tak tahan dah ni. call jugak. nanti nak bukak puasa sudah.

jam 7.01 malam.

tut..tut..tut..

no yang anda dail tidak dapat dihubungi. maaf.

...............>gimik ja. abah angkat.

aku : abah. rindu rumah.
abah : nangis dah.

aku : mana ada.

urgh,malu2. tahan2. selindung sebalik suara. hahah,takut nampak sangat tidak cantik bila muka basah2. abah ni. macam tak faham pulak. orang rindu rumah la. abah memang tidak suka bila mana nak berdepan dengan situasi2 bila aku lalui saat genting macam ni. jadi dia.

abah : nak cakap ngan ibu ka?
aku : a`ah. ibu. ibu rindu rumah.

ibu : awal lagi. baru ja balik ari tu. adik kamu pun rindu jugak tergedik2 cari sapa nak basuh pinggan lepas makan. sapa nak ngemas rumah bila bersepah.

situasi di atas nampak macam aku seorang bakal isteri yang solehah. haha,siriyes. jangan sesekali denial apa yang aku kata.

*ngerti?*

aku : ibu la ni. kata rindu2. panggil adik ibu.
adik : akak2.

aku : kamu rindu akak ka?
adik : taklah sangat. kak2. adik dah tahu lagu superman. dapat lirik dari kawan adik

aku : kamu mintak ka?
adik : dia bagi.

*poyo lah. orang dah tahu lama la dik oi*

adik : kamu nak dengar adik nyanyi tak?
akak : nak.

adik : aku bukanlah superman. aku juga bisa nangis. bila kekasih hatiku pergi meninggalkan aku. bapak ku selalu berpesan denganku. laki2 tak boleh nangis. harus selalu kuat harus selalu tabah.

tiba2.

adik : kak,adik lupa pastu.tak hafal lagi. pastu sambung dia lagi camni. tapi mengapa sakitnya cinta buat aku menangis. aku bukanlah superman.

lalala. dia masih menyanyi lagi. argh,tak larat nak tulis.

jeritan2 kawan aku berkumandang waktu adik aku melagukan. tapi dia terlalu khusyuk menyanyi. huh? teruk gila kan? budak2 sekarang ni. fi`il nya sangat banyak. ades.

aku : okay. puas? huhu. rindu kamulah. dah sekarang dah okay sikit.
adik : ok. ni ada lagi orang nak cakap.

aku : sapa?
adik yang aku yang lagi cantik : kamu jangan nangis dah tau. tak mau nangis2 dah.

aku ; okay. tak janji.

tamat.

kesimpulannya : dah rindu nak buat bagaimana. aku tewas. tewas dengan rindu adik2 aku. raya dah nak datang. tak sabar mahu pulang. tunggu aku ya? di sini. bukanlah mahu cerita aku menang atau tidak. maksud aku. argh,kalau namanya adik beradik. air di cincang takkan terputus larh. rindu itu masih ada walaupun sentiasa bercakaran.

iyakan? setuju tidak?

p/s: untuk kalian. pesan aku. beli tiket raya awal2. t habis. takut tak dapat pulang. nanti jangan pula rindu rumah. rindu adik. rindu akak. rindu abang. rindu mak. rindu ayah. ingat tu!^^


3 comments:

  1. bagus ke superman...superman pn kadang2 tungging jugak..inikan manushia..

    ReplyDelete
  2. TEPI SKET!!!

    aku bukan lan superman
    aku juga nangis...
    jika???
    jika sedih la...

    errmmmm....

    ReplyDelete