Friday, November 6, 2009

facebooking..

menyebabkan ramai manusia mengabaikkan tanggungjawab terhadap kewajipan mereka.

.................................

sebelum membuat facebook :

kisah pertama : dengar di radio.
kisah ini dengar di radio. salah satu siaran yang terkemuka kat malaysia. bolehla. kisahnya dari seorang suami. suara hati sang arjuna raga itu akhirnya bersuara juga apabila melihat hidupnya yang dulu dijulang2 bagai menatang minyak yang penuh kini mula berubah kepada menatang nasib si pak belalang.

suara hati sang arjuna raga yang terpinggir :
saya suami. saya ada pengalaman mengenai facebook. saya tidak ada facebook tapi isteri tercinta saya punya satu. dia main farmville. saya tidak kisah pada mulanya. sebab saya fikir biar dia main isi masa lapangnya. tapi tibalah satu hari tu. saya balik tengah hari. mahu makan. saya tanya dia.

sang suami : abang balik ni ayang. ayang sedia makan apa?
si isteri : jap2 abang.

sang suami : awak buat apa?
si isteri : facebook.

sang suami : abang nak makan.
si isteri : jap abang. saya nak bagi makan lembu, kambing saya nie.

sang suami tidak terkata apa. hanya geleng kepala. melihat gelagat si isteri yang telah mengabaikannya. sang suami mengakhiri perbualan. nasib baik aku sayang bini. kalau tidak. ish2..

kisah kedua : dengar dari kawan2.
facebook ni fun. banyak benda kita boleh dapat kat sini. huhu,ada macam2 application kita leh apply main. terutamanya farmville. boleh bela2 binatang. best.

mOon : kak.dayah sanggup bangun 3 pagi semata nak kutip hasil.
aku : ya ka? gila.

pernah jugak aku tengah kat luar bersama dengan kawan aku yang digelar moon. dia dok asyik membelek2 jam tangan yang saiz yang agak besar di tangan keciknya itu. aku hairan. dengan penuh tanda soal bertaburan di atas kepala aku. aku runsing. lalu aku tanya dia dengan yakinnya.

aku : moon,napa tengok2 jam.
moon : kak. moon nak kutip hasil. nak kul 12 dah nie. takut moon rugi.

aku : ades. kutip apa?
moon : kutip hasil farmville. t dapat untung.

*geleng kepala*

moon : moon, nak mesej dayah. nak suh dia tolong kutip hasil.
aku : hurm,tak ley wat apa2 dah budak2 ni. rosak.

kisah ketiga : kejadian depan mata.
kisahnya apabila kawan aku yang sorang ni sanngup menghabiskan masa di hadapan laptop. untuk berlumba moto kat facebook. owh,tidak mungkin. kawan baik aku sendiri dah terkena sumpahan facebooking.

dia teralit main facebbok sampai terlupa dia perlu membuat permohonan biasiswa untuk kakak tercinta melanjutkan pelajaran. akibat teralit berlumba moto. kakak dia gagal mendapat biasiswa. bukan kerana kakak dia tidak pandai. tapi dia lupa isi borang kat internet. ish2,teruk2. sumpahan facebooking.

begitulah kisah sebelum aku membuat facebook. kemudian,angin bertiup sepoi2 bahasa dipipi kanan dan kiri aku. dan menyebabkan aku pun terbuat facebook. ini semua salah teo seok yin. pompuan cina. yang menghasut2 aku.

selepas membuat facebook.

jam pertama membuat facebook :
aku dihentam hebat oleh orang rumah aku. ades,bilik sebelah2 ja. tapi facebook jadi tempat mengeji aku. tidak cukup di rumah aku sahaja. kawan2 yang tinggal di seberang jalan pun mengeji aku.

jovy :
hey,kak qilah pun nak jadi orang yang mengabaikan orang yang tersayangkah?

dayah :
lepas nie pasti ada orang yang terabai.

teo :
welcome to the club. ni untuk orang muda sahaja,pompuan tua!

munie :
mak ayam facebook. nak solat pun sempat facebook.

diana :
jom,men moto.

ajib :
facebook fun. baru nak wat fb. apa beza kau ngan hawa?

kesimpulannya : itu baru jam pertama.

hari berikutnya :
aku masih tidak mengaplikasikan segala application di facebook. alhamdulillah. aku ignorekan sahaja.
aku pandai. tak nak memalukan diri. sebab aku mengeji mereka yang bermain sampaitidak peduli orang. hahaha,siot ja aku.poyo.

akhir kata : terima kasih kerana menyaport aku. sekarang masa untuk study fb > padahal exam sedang berjalan.
jangan tiru aksi ini.

hurm,facebook2.namamu meniti di bibir tiap hidupan. bagus sgtkah itu?

5 comments:

  1. blalalala....facebooking itu indah....
    peneman tatkala kesunyian..keseorangan...

    p/s: suka hati aku la..yg penting aku pny moto kat facebook da maju..vrrroooommm!!

    ReplyDelete
  2. noooooooobbbbbbbb.........yg bnar, ajib...

    ReplyDelete
  3. bongek la ko kak! fb,fb gak...ble nk follow i?
    dunia da maju..zaman da brubah...blaja pn gna fb..cina ajau..tp,ak xpndai lg r farmvile ni..hwaghhh!! penculikan!

    ReplyDelete
  4. hahahahhahah,aku dah follow.. ganu2.. jangan main fb.. tadi teraddict.. ramai pulak yg mengabaikan tanggungjawab..ish2..

    ReplyDelete