Monday, April 13, 2009

antara ego dan naive!

aku mahu bantu kamu. tapi aku tak berdaya. aku hanya mampu melihat. itu aja. aku harap ada jalan lain lagi.
naive kan? terlalu muda.. gambar curik aku amik!
mati aku. kalau dia tahu..('_')

hari ini.
hurm,aku masih serabut lagi. macam2 masalah plak menimpa aku sejak 2 3 hari ney. hurm,ntah la. tapi aku wat do no ja. kalaulah hidup aku semudah abc.. besh kan? senang ja nak happy,g amik gambar! aku gembira bila lakukan itu. setuju tak? tak setuju? blah!

kalian. kali ney tolong aku boley?aku perlu orang dengarin aku! kali ney entri aku bukan pasal diri aku. tapi pasal sorang budak laki.hurm,aku kasihan nasib dia. maklumlah jiwa remajanya semakin bergolak, masih tercari2 identiti. memberontak. untuk mencari dan mengenal diri dan jiwanya!

macam tu jugak aku dulu. aku lihat dia. cam lihat aku dulu. kalian juga sama seperti aku kan? masih2 mencari identiti. tapi,mujurlah aku senang ngan sapa aku sekarang. hehe,walaupun masih ada perubahan yang perlu dilakukan. tapi,aku bersyukur. sebab masih ada lagi yang tercari2 identiti,sampai kadang2 tu macam..
argh.. malaslah aku nak cakap banyak.

sekarang pasal budak laki tue. kejadian depan mata aku sendiri. takut bukan kepalang. macam terasa duduk kat bumi palestine plak. anak-bapak bergaduh. mujur tidak ada pertumpahan darah. itu aku bersyukur. setakat bertikam lidah untuk mempertahankan jiwa masing2 supaya tidak dihenyak.

si ayah juga lelaki. mungkin tak nak mengaku kalah disebabkan egonya sebagai seorang ayah kepada anak itu. walaupun bukan tertancap namanya di atas surat beranak remaja itu. tapi, disebabkan ego yang terlalu tinggi menggunung. habis cercaan dan segala sifat hitam yang terbuku keluar dari mulut. ah,kalau dah letak nafsu amarah di depan. sapa yang harus dipersalahkan?

si anak pula,masih mencari2 identiti. perlu kasih sayang seorang bapa. walaupun itu mungkin jauh sekali baginya. tapi, ntah lah. aku masih ingat lagi bait kata mereka waktu bertingkah:

bapa itu : kau nie anak jenis apa? bukan nak tolong aku! kat kedai pun tak tolong! kau dok umah ney wa apa? nak jadi saudagar bentan?
anak itu : mierul tolong la ayah. bukan tak tolong. napa nak cari salah lagi?

bapa itu : kau ney elok mampus! patut la bapak kau dulu tak nak bela kau. dok sini jangan nak senang2.
anak itu : apa hal ayah sebut2 plak ney.

bapa itu : pi mampus kau! anak supa haramjadah!
anak itu : ayah fikir la. mirul bukannya tak tolong. mirul tolong. anak ayah tu tak tolong. tapi ada ka ayah marah? bising2.

bapa itu : kau jangan kuangajar ngan aku. aku sepak kau kang!kau nak makan penumbuk aku?lahabau!

anak itu : ayah tak fikir. dah ar aku tahan nak dok kat umah ney. cam sial. panas ja! cari salah aku tak abis2!

bapa itu : kau tak puas ati? kau berambus sekarang!sekarang gak. aku tak kisah la kau nak dok2 mana2! mampus kau!
anak itu : aku memang tak nak dok sini. aku nak kuar sekarang!


*aku diam lama*

sampai situ ja dapat aku cerita. walaupun panjang lagi dialog dia. tapi, aku rasa tak perlu kowt. aku sendiri tercengang. diam tanpa kata. lidah aku kelu. aku tak tahu.aku tak dapat tolong. tapi,aku tingin bantu budak itu. dia perlu seseorang cakap ngan dia. Tuhan, bagaimana cara harus aku bantu? tolong aku?

aku harus cari jalan. kalian tahu napa aku benar2 concern sangat pasal budak ney. aku kenal jugak ngan dia. baik juga orangnya. tapi, disebabkan keadaan dia yang menyebabkan dia berubah demikian rupa. aku dah bercakap ngan dia. terlalu naif. tersepit antara keegoaan bapa dan kenaifan diri sendiri.

kalian. apa harus aku lakukan? bantu aku? aku perlu bantu dia. budak itu terlalu naif. aku simpati. kasihan.
jiwa aku turut sedih melihat dia. baru belasan tahun. apa benar dugaan itu untuk dia?

*gelisah*

apa pendapat kalian tentang ini? bagi aku. bapanya terlalu ego. terlalu tinggi ego dalam mendidik anak. terdapat jurang antara anak ngan bapa. walaupun itu bukan anaknya sendiri. bahasa seharian juga terlalu kasar. sehinggakan anak mula cakap sembarangan.

bila itu berlaku. kepada si bapa. ketidakpuasan berlaku. seolah2 tercabar keegoan seorang laki dan keeogoan sebagai seorang bapa. keegoan yang menebal mula terasa dihenyak dan disiat2. tambah pula, nafsu amarah diletakkan diatas kepala. syaitan mula menceracak melompat riang! bangga dia.

*jiwa aku sakit untuk semua ini*

aku benar2 sakit. jiwa aku terlalu lemah bila berhadapan dengan masalah begini. naluri perempuan aku terlalu kuat untuk membantu. aku tahu dia buntu aku. jiwa aku juga setuju. kalian? setuju sama aku tak? hurm. tak setuju blah la.

aku akan cuba bantu sebaik mungkin. insan yang naive itu. mudah-mudahan. keadaan kembali normal. nanti kalau ada masa aku tulis lagi pasal dak mierul ney. aku juga tak sabar dengan kesudahannya. harap endingnya macam love story. happy ever after. tapi, tak mungkinlah. tapi, tak juga mustahil! kan?

*jiwa aku mula semangat untuk membantu*

bantu aku ya. support aku. benar2. buntu kalian juga. doa aku. sayang kamu! benar.^^

abah pesan. sayangi semua orang. jangan lupa solat. solat bentuk kita. bentuk jiwa kita tenang. aku yakin itu. aku bertuah ada abah ngan ibu sebaik mereka. kalian juga sama seperti aku,kan? punya abah dan ibu yang baik2.

No comments:

Post a Comment