Tuesday, April 7, 2009

resipi cinta Imam Ibnu Athaillah..

malam dah larut dah. kalut gak nak tulis. huh? penyakit menggila datang. aku baru mengenali Ibnu melalui penulisan2 yang terdahulu. kagum aku dengan sifat dan ilmu yang begitu banyak yang ada padanya. perkataannya terhadap erti perkataan cinta. mengundang satu persepsi baru untuk aku. persepsi yang mengubah dan merungkai segala makna.

benarlah.
cinta itu buta? apa benar manusia bodoh atau jadi buta kerna cinta?

telah lama.. cinta kita tersasar.. dari cinta Agung itu!
telah lama.. cinta kita tersisih.. dari cinta Hakiki!
manusia. sering terbuai nafsu. dan begitu juga aku.
leka. cuai. perasaan yang berubah2. bagai ombak yang membelah pantai.

sapa yang tidak pernah jatuh cinta? aduh,sedangkan itu fitrah manusia. tidak kira laki atau perempuan. kadang2 ia membawa kepada kebaikan, kadang2 sebaliknya pula. ikut masing2 punya caralah. itu aku tak peduli! ada pada masanya ia memberi sumber kekuatan, kadang2 ia melemahkan. merana. pedih.

itulah sebahagian daripada penyakit cinta. Ya, penyakit! bagi cinta sejati ia menyembuhkan bukan menyakitkan.

*sengih*

resipi cinta Imam Ibnu Athaillah :

tidak ada yang dapat mengusir nafsu syahwat
atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah s.w.t yang mengetarkan hati, atau merasa rindu kepada Allah s.w.t
yang membuat hati merana..

hampir semua orang pernah jatuh cinta kan? perasaan itu tidak bisa kau keluarkan atau luakkan dari dalam hati, kecuali jika kau milikki dua hal! iaitu :
  • rasa cinta kepada Allah yang luar biasa, yang menggetarkan hatimu. sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir
  • rasa rindu kepada Allah yang dahsyat sampai hatimu merasa merana. jika kau merasa merana karena rindu kepada Allah, kau tidak mungkin merana karena rindu kepada yang lain. jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain.

huh?kali ney ayat dia. lagi makan dalam. isk, tapi elok la dijadikan iktibar. secara tak lansung ia mendidik dan mengajar aku juga. huhu,aku memang kagum gila dengan lelaki ini. nak juga rasanya jadi cam dia. cendikiawan termashyur. >ntah betul ka tak ejaan aku sendiri pun tak tau!<

*senyum*

tambah dia lagi hati seseorang akan menjadi miskin oleh kerana cinta dan rindu kepada Allah, maka hatinya akan dijajajah oleh satu perasaan oleh cinta dan rindu kepada pada orang lain. itulah yang membuat diri kita terseksa. merana. pedih.perit. mencintai makhluk itu tinggi peratusannya untuk menemui kegagalan dan kesedihan. tambahan pula, peluang untuk merasa perpisahan juga tinggi.

hanya cinta kepada Allah yang tidak. jika kalian mencintai seseorang mungkin ada dua kemungkinannya iaitu: diterima atau ditolak. jika ditolak, pasti sakit rasanya,kan?

namun, jika kalian mencintai Allah, kalian pasti tidak akan pernah merasakan kehilangan. tidak akan ada yang merebut cinta kalian terhadap Allah dalam hati kalian. tak ada akan orang yang bisa merampas cinta itu dari kalian. allah akan sentiasa menyertai kalian. takkan pernah berpisah dari kalian. kecuali kalian yang jauh daripadanya.

hurm,terkesan gak la lepas aku baca kisah dia. huh? memang makan dalam la. mungkin dulu aku juga pernah tersasar.tapi, Dia masih sayangkan aku. aku bersyukur itu. kalian juga. Dia sayang.

*senyum*

puas!tenang. sedingin salju.

hihi, Tuhan makasih ya!

No comments:

Post a Comment